Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN BAHASA MELAYU

Total questions: 35

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

.......orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.

a)

Ketiga

b)

Tiap-tiap

c)

Sesetengah

d)

Kedua-dua

2.

Pemandu kenderaan dikehendaki berhati-hati ketika melalui jalan lereng bukit yang......itu.

a)

dalam

b)

curam

c)

pendek

d)

rendah

3.

Kota itu telah ditinggalkan sejak......oleh penjajah.

a)

berzaman-zaman

b)

berdekat-dekat

c)

beratus-ratus

d)

beribu-ribu

4.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

1. Kami sampai sejambak bunga kepada guru.

2. Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai aras bahaya.

3. Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8 malam.

4. Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.

a)

1 dan 2

b)

1,2 dan 4

c)

3 dan 4

d)

2,3 dan 4

5.

Pasukan bola sepak Johor FC......kalah setelah mengharungi sepuluh perlawanan liga.

a)

sudah pernah

b)

belum pernah

c)

masih pernah

6.

"Kamu pergilah dahulu, saya ...... menyusul dari belakang", kata Rahman kepada kawan-kawannya.

a)

akan

b)

telah

c)

pernah

d)

sedang

7.

Kereta itu ...... ke dalam parit selepas cuba mengelak seekor anjing yang melintas jalan.

a)

terbelok

b)

terlajak

c)

terbabas

d)

terpeson

8.

Kakak Aniza berhati-hati semasa ...... dulang minuman yang hendak dihidangkan kepada para tetamu.

a)

mengandar

b)

menjinjing

c)

mengelek

d)

menatang

9.

Abang berasa marah kerana ...... dalam kesesakan jalan raya petang tadi.

a)

terlibat

b)

terkurung

c)

terperangkap

d)

terhimpit

10.

Penduduk kampung bergotong-royong ...... balai raya kampung mereka.

a)

mengecat

b)

pengecat

c)

catan

d)

dicat

11.

Selepas mandi, kami berjalan-jalan di pantai ...... berbual-bual.

a)

sambil

b)

hingga

c)

semenjak

d)

jika

12.

Cuaca pagi ini kurang baik, ...... para nelayan tidak turun ke laut.

a)

atau

b)

maka

c)

jika

d)

agar

13.

Johari sedang berbual-bual dengan Salaman ...... rakan-rakan yang lain sedang mengulangkaji pelajaran.

a)

selagi

b)

manakala

c)

namun

d)

walaupun

14.

Mereka sentiasa berada di ...... ibu yang sedang menjalani rawatan di hospital.

a)

sisi

b)

tepi

c)

antara

d)

pinggir

15.

Pokok paku pakis untuk hiasan itu diperoleh dari ...... hutan.

a)

hujung

b)

pinggir

c)

sebelah

d)

hulu

16.

Sila pilih antonim untuk ayat bergaris.

Encik Rahmat membatalkan hasratnya hendak membeli kereta Proton Waja.

a)

menafikan

b)

mengesahkan

c)

mengumumkan

17.

Sultan Ahmad berasa sangat sedih kerana puteri ...... diserang penyakit ganjil.

a)

patik

b)

baginda

c)

dia

d)

nya

18.

Encik Haris bersetuju ...... harga rumah yang ditawwarkan oleh syarikat perumahan tersebut.

a)

kepada

b)

demi

c)

untuk

d)

dengan

19.

Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa ...... tembakan untuk meleraikan rusuhan itu.

a)

butir

b)

das

c)

biji

d)

patah

20.

Sila pilih perkataan sinonim untuk perkataan bergaris.

Baju Pak Hashim lencun kerana hujan lebat.

a)

hapak

b)

kering

c)

kuyup

d)

lembap

21.

Abang ...... tunangnya sebentuk cincin berlian sebagai tanda kasih.

a)

hadiahkan

b)

menghadiahi

c)

menghadiahkan

d)

dihadiahi

22.

Kami ...... sehelai kain songket untuk ayah sempena hari jadinya.

a)

dihadiahi

b)

dihadiahkan

c)

mengahadiahi

d)

menghadiahkan

23.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

1. Pakaian pengemis itu terlalu buruk.

2. Ibu membuang bunga mawar yang sudah buruk.

3. Niat buruk Rosman telah diketahui oleh teman-temannya.

4. Keadaan menjadi bertambah buruk semenjak kami berpindah ke sini.

a)

1 dan 2

b)

1,2 dan 4

c)

2 dan 3

d)

1,3 dan 4

24.

Pilih perkataan belawanan bagi ayat bergaris.

Lampu di dalam bilik itu terpadam secara tiba-tiba.

a)

mennyalakan

b)

bersinar

c)

bersilau

d)

mengerlip

25.

...... yang digoreng oleh ibu sungguh sedap dimakan.

a)

Agar-agar

b)

jemput-jemput

c)

Obor-obor

d)

kek-kek

26.

Rani tidak dapat makan kerana ......nya sakit dari pagi tadi.

a)

jejari

b)

sesiku

c)

lelangit

d)

bebola

27.

Saleh membaca buku sambil berehat di bawah pohon yang ...... itu.

a)

redup

b)

renek

c)

rendang

d)

pendek

28.

Tuan Zaidi mendermakan ...... daripada hartanya kepada anak-anak yatim.

a)

sebahagian

b)

sesetengah

c)

beberapa

d)

ribuan

29.

Pasukan Keselamatan telah mengetatkan kawalan pintu masuk ke sempadan Malaysia ...... menjaga keselamatan negara.

a)

akan

b)

demi

c)

agar

d)

supaya

30.

" Wahai Tuhan, kepada ...... kusandarkan harapan", ujar Salim dalam doanya.

a)

Engkaulah

b)

Bagindalah

c)

Dialah

d)

Andalah

31.

Adik hanya memakan se...... limau yang diberikan oleh ibu kerana rasanya masam.

a)

biji

b)

buah

c)

ulas

d)

pangsa

32.

Sila pilih perkataan sinonim untuk perkataan bergaris.

Pemuda itu berfikiran cetek kerana kurang membaca.

a)

tohor

b)

ketat

c)

sesak

d)

sempit

33.

Petani itu menggunakan air perigi untuk ...... pokok terung di kebunnya.

a)

membasuh

b)

menyiram

c)

mengairi

d)

merenjis

34.

Letusan gunung berapu yang dahsyat itu telah ...... banyak nyawa dan harta benda.

a)

menghilangkan

b)

membinasakan

c)

mengorbankan

d)

memusnahkan

35.

Bola tenis itu ...... kembali apabila dipukul ke arah tembok.

a)

melompat

b)

melantun

c)

menganjal

d)

melayang