Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SK1 SEJARAH SPM B8T4

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Apakah pilihan raya yang terawal di negara kita?

a)

Pilihan raya negeri

b)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town

c)

Pilihan Raya Majlis Bandaran Kota Bharu

d)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

2.

Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji hal ehwal pilihan raya yang akan dijalankan. Apakah jawatankuasa tersebut?

a)

Jawatankuasa Pilihan Raya

b)

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

c)

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan

d)

Jawatankuasa Perundangan Persekutuan

3.

Mengapakah Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Persekutuan dibentuk?

a)

Membentuk Kabinet pertama

b)

Meluluskan Ordinan Pilihan Raya

c)

Membolehkan Perikatan memenangi pilihan raya umum

d)

Mengkaji dan membuat cadangan tentang pilihan raya umum

4.

Apakah kepentingan pilihan raya peringkat awal di negara kita?

a)

Memperkenalkan birokrasi Barat

b)

Menggalakkan kerjasama politik

c)

Menyedarkan rakyat tentang demokrasi

d)

Membolehkan rundingan kemerdekaan

5.

Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya peringkat

a)

Majlis Negeri

b)

Majlis Daerah

c)

Majlis Perbandaran

d)

Majlis Perundangan Persekutuan

6.

Pilihan Raya X.

# Pilihan raya pertama diadakan

# Bertujuan memilih 9 orang ahli Pesuruhjaya Perbandaran

Di manakah pilihan raya X diadakan?

a)

Ipoh, Perak

b)

Alor Setar, Kedah

c)

Bangsar, Kuala Lumpur

d)

George Town, Pulau Pinang

7.

Apakah implikasi daripada pilihan raya pada peringkat awal?

a)

Menyedarkan rakyat tentang amalan demokrasi

b)

Membolehkan pemimpin mendapat jawatan yang diminati

c)

Mengelakkan perpecahan kaum

d)

Menyeru rakyat mempelajari perundangan negara

8.

Dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952, UMNO bahagian Kuala Lumpur dan MCA bahagian Selangor mengadakan kerjasama dan bergabung. Gabungan tersebut dikenali sebagai __________.

a)

Perikatan

b)

Persepakatan

c)

Permuafakatan

d)

Persefahaman

9.

Dalam pilihan raya peringkat negeri 1954, Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. Apakah kesimpulan yang dapat diambil daripada kemenangan tersebut?

a)

Manifesto yang bagus mudah memenangi hati rakyat

b)

Masyarakat mula sedar tentang kepentingan berpolitik

c)

Penerimaan masyarakat terhadap kerjasama kaum dalam politik

d)

Parti yang memperjuangkan kepentingan kaum mempunyai masa depan yang cerah

10.

Apakah DUA sebab Pilihan Raya Umum Pertama diadakan?

a)

Memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan

b)

Usaha awal ke arah kemerdekaan negara

c)

Menggalakkan kerjasama politik pelbagai kaum

d)

Menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perundangan

11.

# Tunku Abdul Rahman

# Tan Cheng Lock

# Dato' Abdul Razak Hussein

Apakah tujuan mereka ke London pada 21 April 1954?

a)

Menyelesaikan isu berkaitan dengan kaum

b)

Menentukan bentuk susunan MPP yang dikehendaki

c)

Mendapatkan sokongan Britishdalam pembentukan kerajaan

d)

Merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

12.

Apakah kepentingan Rang Undang-Undang Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu yang diluluskan pada 18 hingga 19 Ogos 1954?

a)

Menetapkan syarat pilihan raya

b)

Mengenal pasti bentuk susunan MPP

c)

Membolehkan pembentukan kerajaan sendiri

d)

Membolehkan pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu diadakan

13.

Apakah DUA persamaan syarat sebagai calon dan pengundi?

a)

Umur

b)

Pekerjaan

c)

Tempat tinggal

d)

Kewarganegaraan

14.

Apakah peranan Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan?

a)

Meluluskan lambang parti calon

b)

Menentukan kawasan pilihan raya

c)

Mengendalikan kempen pilihan raya

d)

Menjalankan pendaftaran parti politik

15.

Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada tahun 1955. Apakah parti yang memenangi pilihan raya tersebut?

a)

Parti Buruh

b)

Parti Negara

c)

Parti Progresif

d)

Parti Perikatan

16.

Mengapakah pilihan raya tempatan pertama diadakan pada tahun 1956 di Sarawak?

a)

Penolakan penjajahan mutlak British

b)

Pengundian untuk menyertai Malaysia

c)

Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

d)

Penyelesaian penyatuan pelbagai kaum

17.

Bagaimanakah cara pemilihan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dilakukan?

a)

Dipilih melalui pilihan raya

b)

Dipilih melalui keturunan

c)

Dipilih berdasarkan kelayakan

d)

Dipilih berdasarkan pengalaman

18.

Manakah DUA pernyataan yang tepat berkaitan dengan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

Kempen pilihan raya selama 45 hari

b)

Hari mengundi pada 27 Julai 1955

c)

Kempen pilihan raya selama 60 hari

d)

Hari mengundi pada 1 Ogos 1955

19.

Berikut merupakan perkara yang berkaitan dengan Pilihan Raya Umum Majlis Perundangan Persekutuan 1955 KECUALI

a)

Pendaftaran pengundi mulai 18 Oktober 1954 di seluruh Tanah Melayu

b)

Hari penamaan calon pada 15 Jun 1955

c)

Hari pembuangan undi pada 27 Julai 1955

d)

Kempen pilihan raya dijalankan selama 60 hari

20.

Mengapakah pilihan raya Kuching Municipal Council (KMC) 1956 dan Sibu Urban District Council (SUDC) 1957 mendapat sambutan baik daripada rakyat pelbagai kaum?

a)

Mencapai kemerdekaan

b)

Mencapai kemajuan bandar

c)

Mengeratkan perpaduan kaum

d)

Memberi peluang memilih wakil dalam kerajaan

21.

Bilakah pilihan raya kerajaan tempatan pertama diadakan di Sabah?

a)

1946

b)

1957

c)

1962

d)

1963

22.

Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 1955, Parti Perikatan memperoleh kemenangan besar iaitu sebanyak 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Parti manakah yang turut memenangi kerusi dalam pilihan raya tersebut?

a)

Parti Negara

b)

Parti Progresif Perak

c)

Parti Kemerdekaan Malaya

d)

Parti Islam Se-Tanah Melayu

23.

Apakah DUA tujuan pilihan raya diadakan?

a)

Asas berkerajaan sendiri

b)

Menyuarakan pendapat

c)

Menyatupadukan rakyat

d)

Rakyat boleh memilih wakil atau parti untuk membentuk kerajaan

24.

Perikatan UMNO-MCA memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi negeri yang dipertandingkan. Apakah yang telah diperlihatkan daripada kemenangan tersebut?

a)

Kekuatan parti

b)

Toleransi antara calon

c)

Kesungguhan kempen

d)

Penerimaan masyarakat terhadap kerjasama antara kaum dan politik

25.

Apakah DUA kesan penting pilihan raya?

a)

Rakyat boleh berkempen

b)

Mengelakkan perselisihan

c)

Rakyat berpeluang memilih pemimpin

d)

Menyedarkan rakyat tentang amalan demokrasi

26.

Apakah yang dilakukan oleh pihak British bagi menjamin pelaksanaan pilihan raya yang sistematik?

a)

Mengetatkan kawalan

b)

Mengawal proses pilihan raya

c)

Memastikan pengundi mematuhi arahan

d)

Melantik T.E. Smith untuk menyelia urusan pilihan raya

27.

Apakah langkah kelima dalam proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

Mengundi

b)

Penamaan calon

c)

Kempen pilihan raya

d)

Pendaftaran pengundi

28.

Pada 1 Februari, Jawatankuasa Pilihan Raya telah dibentuk dengan 46 orang ahli. Antara berikut, yang manakah DUA bentuk penyata susunan MPP Bentuk A?

a)

60 orang yang dipilih melalui pilihan raya

b)

Pilihan raya diadakan tidak lewat daru bulan November 1954

c)

Tidak menetapkan tarikh pilihan raya

d)

Seorang ahli tidak rasmi

29.

Apakah tujuan kerajaan mengadakan Pilihan Raya Pertama di Tanah Melayu?

a)

Membentuk perpaduan antara kaum

b)

Memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan

c)

Memperkukuhkan pembinaan negara dan bangsa

d)

Menggubal undang-undang di peringkat persekutuan

30.

Apakah DUA syarat untuk menjadi seorang pengundi berdasarkan Pilihan Raya Umum 1955?

a)

Berumur 18 tahun ke atas

b)

Berumur 21 tahun ke atas

c)

Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

d)

Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

31.

Sebelum tahun 1955, keanggotaan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) merupakan satu jawatan yang dilantik. Siapakah yang bertanggungjawab melantik anggota MPP?

a)

Residen British

b)

Gabenor British

c)

Majlis Raja-Raja Melayu

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

32.

Pilihan raya merupakan langkah awal ke arah kemerdekaan negara. Apakah yang dilakukan oleh British bagi menjamin pelaksanaan pilihan raya yang sistematik?

a)

Mengetatkan kawalan oleh Ketua Polis

b)

Melantik T.E. Smith untuk menyelia urusan pilihan raya

c)

Mengawal proses pilihan raya oleh Jawatankuasa Pilihan Raya

d)

Memastikan pengundi mematuhi arahan melalui Undang-Undang Pilihan Raya

33.

Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan?

a)

Melantik Pegawai Pentadbiran Kerajaan

b)

Merancang perkembangan ekonomi negara

c)

Melaksanakan dasar-dasar kerajaan Persekutuan

d)

Menggubal undang-undang pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu

34.

Antara peranan kabinet pertama PTM ialah meminta agar kuasa veto Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan. Apakah DUA maksud yang menerangkan kuasa veto tersebut?

a)

Kuasa terhad

b)

Kuasa penuh

c)

Kuasa pemutus

d)

Kuasa pembatal

35.

Apakah manifesto Parti Perikatan yang mesti dipenuhi oleh V.T. Sambanthan selaku Menteri Buruh?

a)

Mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat tahun

b)

Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan

c)

Menjaga hak asasi rakyat Persekutuan Tanah Melayu

d)

Mewajibkan pendidikan kepada semua lapisan masyarakat

36.

Apakah kepentingan Ordinan Pilihan Raya yang diwujudkan pada tahun 1950?

a)

Menetapkan tarikh pilihan raya

b)

Menentukan syarat membuang undi

c)

Mengenal pasti syarat menjadi calon pilihan raya

d)

Membolehkan majlis tempatan mengadakan pilihan raya

37.

Berapakah bilangan kawasan yang terlibat dalam Pilihan Raya Umum 1955 bagi menentukan bilangan ahli MPP?

a)

52

b)

55

c)

60

d)

62

38.

Antara berikut, yang manakah DUA parti politik yang bertanding dalam pilihan raya awal di Sabah?

a)

IMP

b)

USNO

c)

UNKO

d)

UMNO

39.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa upacara pembukaan MPP pada 31 Ogos 1955 merupakan hari yang amat penting dalam sejarah negara?

a)

Rakyat bebas bersuara dalam MPP

b)

Rakyat dapat menggubal undang-undang

c)

Rakyat dapat mempertahankan hak mereka

d)

Rakyat berjaya membentuk kerajaan sendiri

40.

Mengapakah proses pemindahan kuasa daripada pegawai British kepada pegawai tempatan berlaku secara berperingkat dan mengambil masa?

a)

British enggan melepaskan jawatan

b)

British masih menyelia bidang keselamatan

c)

Pegawai tempatan tiada pengalaman

d)

Pertukaran dilaksanakan mengikut perlembagaan