Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SK1 SEJARAH SPM B9T5

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah bukti yang menunjukkan wujudnya hubungan antara kerajaan awal Alam Melayu dengan negara China?

a)

Menghantar utusan

b)

Menghadiahkan bunga emas

c)

Memberikan bantuan ketenteraan

d)

Memeterai memorandum persefahaman

2.

Apakah DUA kepentingan hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15?

a)

Membantu Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam

b)

Memperoleh perakuan tentang kedaulatan Melaka

c)

Membolehkan Melaka menggubal sendiri dasar luar

d)

Memudahkan Melaka menguasai seluruh Alam Melayu

3.

Apakah DUA bentuk hubungan luar negara semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj?

a)

Probarat

b)

Terbuka

c)

Berkecuali

d)

Antikomunis

4.

Apakah faktor yang mempengaruhi hubungan luar Malaysia dengan Turki, Yaman, Mesir dan Arab Saudi?

a)

Ikatan budaya

b)

Ikatan sejarah

c)

Ikatan nasional

d)

Ikatan keagamaan

5.

Apakah sebab berlakunya Perang Dingin?

a)

Konflik politik antara dua blok dunia

b)

Perebutan tanah jajahan akibat imperialisme

c)

Perbezaan teknologi pensejataan dan pertahanan

d)

Kepentingan ekonomi dan geopolitik

6.

Mengapakah negara kita menyertai pertubuhan Komanwel sebaik saja selepas mencapai kemerdekaan?

a)

Keperluan terhadap bantuan pertahanan dan ketenteraan

b)

Pelaksanaan dasar berbaik-baik dengan semua negara

c)

Ikatan sejarah dengan negara serantau

d)

Bekas tanah jajahan dan naungan British

7.

Apakah pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa?

a)

Hormat-menghormati kedaulatan wilayah

b)

Hidup bersama secara aman

c)

Menjaga kepentingan nasional Malaysia

d)

Bebas, Berkecuali dan Berbaik-baik

8.

Apakah sumbangan Dr. Ismail Abdul Rahman terhadap PBB?

a)

Dihantar sebagai misi pemerhati di Lubnan

b)

Dihantar sebagai ketua misi pengaman di Congo

c)

Ditugaskan sebagai setiausaha Majlis Ekonomi

d)

Dilantik sebagai wakil tetap yang pertama

9.

"Hidup bersama secara aman"

Apakah pertubuhan yang menggunakan pendirian tersebut?

a)

OIC

b)

PBB

c)

NAM

d)

Komanwel

10.

Apakah agensi PBB yang memberi pengiktirafan Tapak Warisan Dunia?

a)

WHO

b)

UNHCR

c)

UNESCO

d)

FAO

11.

Apakah tanggungjawab United Nations High Commissioner of Refigees (UNHCR)?

a)

Membantu mangsa peperangan

b)

Menjadi pemerhati di negara bergolak

c)

Mengawal keselamatan antarabangsa

d)

Menjaga golongan yang tidak bernegara

12.

Apakah DUA tugas pasukan pengaman anjuran PBB di negara yang berkonflik?

a)

Melindungi mangsa pelarian

b)

Memberi bantuan kewangan

c)

Mengawasi gencatan senjata

d)

Memastikan keselamatan penduduk

13.

- Menjadi juru bahasa

- Memberi latihan teknikal

- Membantu pentadbiran dan pengurusan

Tugas di atas berkaitan dengan misi pegawai Malaysia di bawah PBB iaitu

a)

Pengaman

b)

Penganjur

c)

Pengerusi

d)

Pemerhati

14.

- Doktor perubatan dan aktivis kemanusiaan

- Ketua Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia di PBB

Siapakah tokoh tersebut?

a)

Datuk Maimunah Mohd Sharif

b)

Tan Sri Razali Ismail

c)

Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood

d)

Dr. Jomo Kwame Sundaram

15.

Penyelaras Penyelidikan (Kehormat) Kumpulan Antara Kerajaan G24 bagi Hal Ehwal Kewangan dan Pembangunan Antarabangsa

a)

Tan Sri Aboo Samah Aboo Bakar

b)

Tan Sri Razali Ismail

c)

Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood

d)

Dr. Jomo Kwame Sundaram

16.

Komanwel merupakan sebuah badan yang dianggotai oleh

a)

negara bekas tanah jajahan Amerika Syarikat

b)

negara bekas tanah jajahan dan naungan British yang merdeka

c)

negara serantau yang terletak dalam lingkungan Alam Melayu

d)

negara yang menjalinkan hubungan luar dengan benua Eropah

17.

Apakah isu yang pernah dibangkitkan oleh Malaysia dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel?

a)

Dasar Aparteid

b)

Sekatan ekonomi

c)

Pemerdagangan manusia

d)

Penyalahgunaan dadah

18.

Mengapakah Rancangan Colombo penting kepada negara anggota Komanwel?

a)

Memajukan sektor pertanian

b)

Menyediakan kemudahan perubatan

c)

Menggalakkan aktiviti pelancongan

d)

Menangani masalah kemiskinan

19.

Mengapakah Malaysia menentang dasar Aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan?

a)

Menyalahgunakan hak asasi manusia

b)

Menghalang program senjata kimia

c)

Memiliknegarakan pelaburan asing

d)

Menghapuskan sekatan perdagangan

20.

Apakah tujuan Malaysia menganjurkan temasya Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur?

a)

Mengukuhkan semangat kesukanan

b)

Melambangkan kekuatan negara peserta

c)

Mengukuhkan hubungan antara negara anggota

d)

Menunjukkan kecekapan mengendalikan sukan antarabangsa

21.

Siapakah yang telah mengadakan lawatan ke negara China pada tahun 1974 sebagai tanda wujudnya hubungan diplomatik dengan negara tersebut?

a)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

b)

Tun Abdul Razak Hussein

c)

Tun Hussein Onn

d)

Tun Mahathir Mohamad

22.

Mengapakah Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN diadakan di Bali, Indonesia pada tahun 1976?

a)

Membincangkan pergolakan di Indochina

b)

Mengatasi ancaman komunis di Thailand

c)

Menamatkan dasar konfrontasi Indonesia

d)

Menyelesaikan pencemaran alam sekitar

23.

Apakah kesan daripada penamatan perjanjian Anglo-Malaysian Defence Agreement (AMDA) antara Malaysia dengan Britain?

a)

Sistem pertahanan Malaysia dipertingkatkan

b)

Memutuskan hubungan dengan Britain

c)

Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu penamatan perjanjian

d)

Menandatangani perjanjian pertahanan baharu iaitu Five Power Defence Arrangements (FDPA)

24.

Apakah kesan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) terhadap Malaysia?

a)

Menyelaraskan sempadan perairan

b)

Memperkukuhkan keselamatan negara

c)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

d)

Mengekalkan hubungan diplomatik

25.

Pada 8 Disember 1976, Perjanjian Berkongsi Pengeluaran Carigali dan Kemajuan Perusahaan Minyak dilakukan antara PETRONAS dengan

a)

SHELL

b)

ESSO

c)

MOBIL

d)

CALTEX

26.

MAPHILINDO merupakan gabungan antara Malaysia dengan DUA negara berikut iaitu

a)

Filipina

b)

Thailand

c)

Indochina

d)

Indonesia

27.

Apakah matlamat penubuhan MAPHILINDO?

a)

Meningkatkan persefahaman

b)

Menghapuskan ancaman komunis

c)

Memajukan kegiatan perdagangan

d)

Membentuk pakatan tentera serantau

28.

Apakah keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada tahun 1971?

a)

Penubuhan Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC)

b)

Pembentukan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)

c)

Pengisytiharan Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)

d)

Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM)

29.

Apakah insentif yang dilaksanakan bagi meningkatkan perdagangan antara negara ASEAN?

a)

Skim Keutamaan Perdagangan (SKP)

b)

Projek Industri ASEAN (AIP)

c)

Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan

d)

Rancangan Colombo

30.

DUA bentuk kerjasama dalam bidang kebudayaan antara negara anggota ASEAN.

a)

Menganjurkan Tahun Melawat ASEAN

b)

Mengadakan festival kebudayaan dan kesenian

c)

Menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN

d)

Menganjurkan Sukan SEA

31.

Antara berikut merupakan sumbangan Malaysia dalam NAM KECUALI

a)

Tuan rumah Sidang Kemuncak NAM

b)

Memperjuangkan isu Palestin dan Bosnia-Herzegovina

c)

Lantang bersuara tentang isu dasar Aparteid

d)

Menangani ancaman komunis dan masalah pelarian di Vietnam dan Kemboja

32.

Antara berikut merupakan DUA isu yang dibawa oleh Malaysia dalam Sidang Kemuncak NAM kali ke-13 pada tahun 2003 iaitu

a)

Sikap NAM terhadap isu Palestin

b)

Pengisytiharan kebebasan Bangsamoro dari Filipina

c)

Pelarian etnik Rohingya ke negara serantau

d)

Serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq

33.

Apakah kesan daripada tindakan Malaysia membangkitkan isu Bosnia dan Herzegovina dalam Sidang Kemuncak NAM di Jakarta, Indonesia?

a)

Menyekat bantuan ketenteraan

b)

Menggulingkan pemimpin Serbia

c)

Menghentikan kerjasama ekonomi

d)

Menggantung keahlian Yugoslavia

34.

Pada tahun 1970, dalam isu kawalan senjata nuklear, Malaysia sebagai anggota NAM telah menandatangani

a)

Deklarasi Zon Senjata Nuklear

b)

Deklarasi Zone of Peace, Freedom and Neutrality

c)

Triti Pengharaman Senjata Nuklear

d)

Perisytiharan Lusaka

35.

Apakah peristiwa yang membawa kepada penubuhan OIC?

a)

Krisis Perang Teluk

b)

Konflik antara Iran dan Iraq

c)

Serangan pengganas di masjid Christchurch

d)

Serangan ganas Zionis terhadap Masjid al-Aqsa

36.

Siapakah yang telah mencetuskan idea penubuhan OIC?

a)

Raja Al-Malek Faisal

b)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

c)

Tun Abdullah Ahmad Badawi

d)

Recep Tayyip Erdogan

37.

Apakah matlamat penubuhan OIC?

a)

Mengekalkan keamanan dunia

b)

Meningkatkan hubungan perdagangan

c)

Menjaga kepentingan masyarakat Islam

d)

Memperjuangkan hak asasi manusia

38.

Apakah DUA kerjasama Malaysia terhadap OIC dari segi pembangunan pendidikan?

a)

Membuka pusat penyelidikan dan pembangunan

b)

Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

c)

Memberikan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC

d)

Mengadakan pertukaran pelajar antara negara anggota

39.

Bagaimanakah sokongan Malaysia terhadap perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul?

a)

Membenarkan pembukaan pejabat perwakilan di Kuala Lumpur

b)

Menghantar 15 orang pegawai tentera sebagai pemerhati PBB

c)

Menyuarakan penentangan secara lantang di Sidang Kemuncak

d)

Mencadangkan pemberian hak mereka sebagai negara merdeka

40.

Apakah faedah yang diperoleh Malaysia daripada penyertaan dalam Bank Pembangunan Islam (IsDB)?

a)

Melaksanakan projek pembangunan negara

b)

Mengukuhkan kestabilan ekonomi negara

c)

Mengguna pakai mata wang dinar emas

d)

Memperoleh bantuan khidmat nasihat