wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KOMSAS TING 2

Total questions: 55

Worksheet time: 1hrs 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah perkara yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam rangkap pertama Pantun Alam Remaja?

a)

anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu di rumah.

b)

ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak masih kecil.

c)

adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama

d)

pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.

2.

Apakah tema bagi Pantun Alam Remaja?

a)

Nasihat yang dijadikan panduan kepada masyarakat agar mereka sentiasa melakukan kebaikan

b)

Sindiran terhadap segelintir masyarakat yang selalu mengamalkan sikap negatif

c)

Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

d)

masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi

3.

Yang manakah merupakan bentuk Pantun Alam Remaja?

a)

terdiri daripada 10 hingga 11 bilangan patah perkataan

b)

Terdiri daripada tujuh rangkap

c)

mempunyai pembayang

d)

terdiri daripada 18 hingga 20 suku kata

4.

Pilih gaya bahasa yang betul dalam Pantun Alam Remaja.

a)

Imej alam- tanjung, saga, daun, emas

b)

Personifikasi- bijak bertemu dengan jauhari

c)

Imej alam- ikan, buah sintang, buah senikul

d)

Peribahasa - besar hati

5.

Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam Pantun Alam Remaja kecuali

a)

hormat-menghormati

b)

baik hati

c)

tanggungjawab

d)

tolong-menolong

6.

berikan maksud rangkap 4 pantun kiasan ini.

Pokok terap tumbuh di bukit,

Belat berbanjar panjang ke hulu;

Jangan diharap guruh di langit,

Kilat memancar hujan tak lalu.

a)

mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

b)

berhajatkan sesuatu yang besar

c)

menginginkan kehidupan yang senang

d)

bercita-cita tinggi

7.

Nyatakan maksud bagi rangkap 5 pantun.

Limau Bentan di tepi tingkap,

Budak-budak melempar burung;

Harimau di hutan lagi kutangkap,

Kononlah pulak cicak mengkarung.

a)

Sikap seseorang yang gemar memarahi orang lain.

b)

Sikap seseorang yang suka mengejek orang lain.

c)

Sikap seseorang yang sombong dengan kebolehan diri serta memandang rendah ternadap orang lain.

d)

Sikap sambil lewa dalam pekerjaan.

8.

Pantun kiasan mempunyai...

a)

17 rangkap

b)

15 rangkap

c)

1 rangkap

d)

21 rangkap

9.

Laksana gadis Menteri Bogor,

Bijak membilang ayam betina;

Nyawa menangis di pintu kubur,

Hendak pulang ke dalam dunia.

Rangkap pantun ini membawa maksud..

a)

Orang yang melakukan dosa tetapi sudah terlambat untuk bertaubat.

b)

Orang yang sudah mati meninggalkan kita

c)

Orang yang lupakan segala pengorbanan yang telah dilakukan

d)

Orang yang memberikan kasih sayang telah pergi buat selamanya.

10.

Pilih satu unsur alam yang terdapat dalam pantun ini.

a)
b)
c)
d)
11.

Sikap negatif manusia yang terdapat dalam rangkap ketiga Pantun Budi ialah...

a)

Sikap tidak berbudi bahasa

b)

Sikap tidak membayar hutang

c)

Sikap tidak berpegang pada janji

d)

Sikap iri hati terhadal kejayaan orang lain

12.

Apakah perkara yang akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang?

a)

Budi yang baik

b)

Ketinggian jawatan

c)

Kemuliaan keturunan

d)

Kekayaan harta benda

13.

Apakah pengajaran yang dapat dipelajari daripada rangkap keempat Pantun Budi?

a)

Kita perlulah menjaga kata- kata semasa berbicara dengan orang lain.

b)

Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian kita.

c)

Kita janganlah terlalu memandang tinggi golongan kaya yang tidak berbudi bahasa.

d)

Kita hendaklah berbudi bahasa terhadap semua orang.

14.

Berikut merupakan rangkap 1 bagi Pantun Budi.

Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung;

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik rasa nak junjung.

Apakah maksud rangkap tersebut?

a)

Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.

b)

Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

c)

Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.

d)

Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.

15.

Tema bagi Pantun Budi ialah...

a)

Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.

b)

Masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa.

c)

Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan nilai budi bahasa.

d)

Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana.

16.

Apakah maksud bagi rangkap kedua dalam Pantun Nasihat?

a)

Jangan dibiarkan perasaan sedih dan risau berpanjangan

b)

Tutur kata haruslah sentiasa dijaga agar kita tidak menanggung sengsara

c)

Sesuatu yang haram dan memabukkan hendaklah tidak diambil sama sekali

d)

Seseorang hendaklah beradat ketika hidup di dunia dan bahasa itu tidak dapat dijual beli

17.

Berdasarkan pantun nasihat yang telah dipelajari, berikan maksud rangkap ketiga Pantun Nasihat.

a)

Sesuatu yang haram dan memabukkan hendaklah tidak diambil sama sekali.

b)

Seseorang isteri hendaklah mengelakkan diri daripada memarahi suami yang sedang letih kerana dikhuatiri dia akan mencari perempuan lain.

c)

Tutur kata haruslah dijaga agar kita tidak menanggung sengsara.

d)

Jangan dibiarkan perasaan sedih dan risau berpanjangan.

18.

Apakah pesanan pemantun kepada pembaca dalam rangkap ketujuh?

a)

para perantau dinasihatkan agar tidak mempercayai orang yang tidak dikenali

b)

para perantau diingatkan tidak melakukan sesuatu yang haram dan memabukkan

c)

para perantau dinasihatkan agar pandai membawa diri ketika berada di tempat orang lain

d)

para perantau diingatkan agar tidak membuat perkerjaan yang sia-sia dan berlebih-lebihan

19.

Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam pantun ini, kecuali..

a)

Rasional

b)

Ketabahan

c)

Baik hati

d)

Kasih sayang

20.

Pada pendapat anda, mengapakah para perantau harus pandai menjaga diri semasa berada di tempat orang?

a)

supaya mereka tidak mudah tertipu oleh orang lain di perantauan.

b)

supaya mereka tidak memalukan diri dan keluarga sepanjang berada di perantauan.

c)

supaya mereka selamat semasa dan diterima dengan baik oleh masyarakat di tempat mereka merantau.

d)

supaya mereka dibenarkan berdagang dan mendapat keuntungan berlipat ganda.

21.

Apakah tema pantun kasih sayang?

a)

perasaan cinta dan kasih sayang kepada ahli keluarga

b)

perasaan cinta dan kasih sayang kepada seseorang

c)

perasaan cinta dan kasih sayang antara teruna dan dara

22.

Berapakah bilangan rangkap pantun kasih sayang?

a)

5

b)

6

c)

7

23.

"Anak udang meniti batang" ialah contoh gaya bahasa?

a)

metafora

b)

asonansi

c)

imej alam

d)

personafikasi

24.

Antara berikut yang manakah contoh penggunaan simile dalam pantun Kasih Sayang?

a)

Buah mengkudu kusangka kandis

b)

bagaikan rasa hendak dicapai

c)

asam di darat ikan di laut

25.

Nilai yang tidak terdapat dalam pantun Kasih Sayang

a)

kasih sayang

b)

rasional

c)

baik hati

d)

keikhlasan

26.

Yang manakah berikut ialah tema Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)?

a)

Menjaga tingkah laku dan adab sopan.

b)

Bertemakan perasaan cinta, kasih, dan sayang kepada seseorang.

c)

Pengadilan dan perbicaraan mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan.

d)

Nasihat daripada ayah kepada anak agar memimpin negara dengan bijaksana dan adil.

27.

Mengapakah seseorang perlu berilmu?

a)

supaya mendidik ank-anak.

b)

supaya dapat hidup mewah.

c)

supaya pandai mengambil tindakan.

d)

supaya dapat hidup senang.

28.

Menuntut ilmu janganlah segan merupakan gaya bahasa_______________.

a)

Inversi

b)

Responsi

c)

Asonansi

d)

Simile

29.

Yang manakah berikut merupakan contoh gaya bahasa simile.

a)

Menuntut ilmu janganlah segan.

b)

Seperti air di dalam gelas.

c)

Kerja kebajikan janganlah malas.

d)

Hendak menghukumkan tiada tahu,

hendak diam hati tak mahu

30.

Yang manakah berikut merupakan contoh gaya bahasa sinkope.

a)

Menuntut ilmu janganlah segan.

b)

Seperti air di dalam gelas.

c)

Kerja kebajikan janganlah malas.

d)

Hendak diam hati tak mahu.

31.

Apakah tema sajak Dalam Persekitaran Kata-Kata?

a)

orang yang beriman akan membantu orang yang susah.

b)

manusia yang mementingkan diri sendiri.

c)

manusia yang mementingkan darjat.

d)

Manusia dan alam ialah ciptaan Tuhan

32.

Kata berlabuh yang terdapat dalam sajak Dalam Persekitaraan Kata-kata bermaksud

a)

sungai

b)

tasik

c)

berhenti

d)

membuat takrif

33.

Engkau beri kami kata-kata


Gaya bahasa di atas ialah

a)

asonasi

b)

aliterasi

c)

anafora

d)

imej alam

34.

Pilih contoh gaya bahasa anafora dalam sajak

a)

Kami pindahkan makna

b)

Engkau beri kami kata-kata

c)

dari tempat ke tempat

dari zaman ke zaman

d)

langit, bumi, laut, gunung

35.

Berdasarkan sajak ini, apakah nikmat Tuhan kepada manusia?

a)

Tuhan memberikan manusia kebolehan mendengar.

b)

Tuhan memberikan manusia kebolehan bercakap.

c)

Tuhan memberikan manusia kebolehan bercakap dan akal fikiran.

d)

Tuhan memberikan manusia akal fikiran.

36.

Apakah tema bagi Sajak Roti?

a)

Cara membuat roti

b)

Orang yang meminta-minta makanan

c)

Orang yang beriman ketika kenyang tidak melupakan golongan miskin

d)

Menjual roti

37.

Apakah ciri bagi Sajak Roti?

a)

Sajak ini mempunyai enam rangkap

b)

Sajak ini berbentuk terikat

c)

Jumlah perkataan bagi sajak ini adalah antara dua hingga tujuh patah perkataan

d)

Sajak ini terdiri daripada lima hingga empat belas suku kata

38.

Maksud selera kian menggelepar ialah

a)

kemahuan seseorang yang ingin kebebasan

b)

kemampuan seseorang untuk menikmati makanan

c)

keinginan untuk makan semakin bertambah

d)

kehendak manusia yang mahu makan makanan mahal

39.

Sajak ini mempunyai berapa rangkap?

a)

enam rangkap

b)

tiga rangkap

c)

lapan rangkap

d)

lima rangkap

40.

Apakah persoalan yang terdapat dalam rangkap ketiga sajak?

a)

Apabila roti dibakar, baunya membangkitkan selera

b)

Bersyukur apabila mendapat sesuatu merupakan tanda keimanan

c)

Orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika mereka kenyang

d)

Apabila manusia makan makanan yang sedap, manusia akan makan sehingga kenyang dan bersendawa

41.

Apakah tema sajak 'Kucari Damai di Sini'?

a)

Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejehtaraan negara

b)

Rasa sayang terhadap negara

c)

Tanda terima kasih kepada negara

d)

Penghargaan kepada usaha kerajaan selama ini

42.

Di negara ini, rakyat hidup aman dan semoga berkekalan hingga bila-bila. Rangkap manakah bagi maksud tersebut?

a)

Rangkap 1

b)

Rangkap 2

c)

Rangkap 3

d)

Rankap 4

43.

apakah gaya bahasa bagi "antara realiti dan mimpi"

a)

paradoks

b)

hiperbola

c)

metafora

d)

personifikasi

44.

Mengapakah kita harus bersyukur ?

a)

kerana hidup dalam keadaan yang zalim

b)

kerana hidup dalam keadaan yang susah

c)

kerana hidup dalam keadaan yang aman

d)

kerana hidup dalam keadaan yang daif

45.

4. Pengajaran yang berikut terdapat dalam sajak 'Ku Cari Damai di Sini', kecuali

a)

kita hendaklah berusaha untuk terus memajukan negara

b)

kita hendaklah berjuang untuk mempertahankan negara

c)

kita hendaklah bersyukur kerana memiliki negara yang aman

d)

kita hendaklah mengekalkan keamanan negara

46.

Berapakah rangkap sajak Pada Sekuntum Mawar?

a)

2 rangkap

b)

Serangkap

c)

3 rangkap

d)

4 rangkap

47.

Mawar yang terdapat pada sajak ini membawa maksud...

a)

Seorang lelaki

b)

Seorang gadis

c)

Sekadar tumbuhan

d)

Seorang ibu

48.

apakah hukum menghancurkan hati ibu bapa

a)

mendapat pahala

b)

mendapat restu

c)

mendapat dosa

d)

mendapat anugerah

49.

apakah nilai yang boleh didapati di dalam puisi ini

a)

kasih sayang

b)

bangga diri

c)

berseronok

d)

tidak berwaspada

50.

Sekuntum mawar

bukan melontar harum indahmu

di hujung lembah

tapi mengangkat seri mahkotamu

ke puncak iman.


Maksud rangkap ketiga sajak Pada Sekuntum Mawar di atas ialah ....

a)

Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak akan membiarkan diri mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat.

b)

Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan merasakan bahawa segala-galanya telah musnah. Dia merasakan bahawa hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia juga merasakan bahawa segala-galanya telah musnah dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaiki keadaan tersebut.

c)

Maksud Sajak Penyajak mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah seorang gadis tercemar, maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua

51.

Apakah tema yang bersesuaian bagi Prosa Tradisional Pelanduk Mengajar Memerang?

a)

Balasan dosa yang diberikan kepada pesalah

b)

Balasan terhadap golongan yang menganiayai orang lain

c)

Apa yang dilakukan akan mendapat balasan di kemudian hari

d)

Perbuatan baik akan dibalas baik.

52.

Apakah kelebihan Nabi Allah Sulaiman?

a)

Boleh bercakap dengan tumbuhan

b)

Boleh bercakap dengan haiwan

c)

Boleh menukar tongkat menjadi ular

d)

Boleh bercakap sejak dilahirkan

53.

Siapakah perdana menteri yang paling bijaksana?

a)

Landak

b)

Unggas

c)

Jin Ifrit

d)

Manusia

e)

Pelanduk

54.

Ketika Syah Alam di RImba melawat kawasan pemerintahan, dilihatnya sebuah lubang yang menjadi tempat tinggal memerang. Selepas itu......

a)

Syah Alam di Rimba melihat tujuh ekor anak memerang sedang bermain-main. Syah Alam di Rimba bertanyakan di mana ibu bapa mereka pergi, Anak-anak memerang itu menjawab ibu bapa mereka pergi mencari ikan buat makanan.

b)

Syah Alam di Rimba melihat empat ekor anak memerang sedang bermain-main. Syah Alam di Rimba bertanyakan di mana ibu bapa mereka pergi, Anak-anak memerang itu menjawab ibu bapa mereka pergi mencari Sang Sebarau buat makanan.

c)

Syah Alam di Rimba melihat tujuh ekor anak memerang sedang tidur. Syah Alam di Rimba membangunkan mereka dan bertanya di mana ibu bapa mereka pergi, Anak-anak memerang itu menjawab ibu bapa mereka pergi mencari ikan buat makanan.

55.

Mengapakah Syah Alam di rimba tidak bersenang hati?

a)

Ikan-ikan di rimba telah semakin pupus

b)

Memerang telah memakan semua ikan di rimba

c)

Memerang sering melakukan penganiayaan terhadap ikan-ikan

d)

Bekalan ikan-ikan tidak dapat menampung sehingga tujuh keturunan