WorksheetsMODUL 2 : PENGENALAN MASAKAN (FUNDAMENTAL OF COOKING)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Apakah sikap yang perlu bagi seorang penyedia makanan.
i. Profesional dan bermaruah.
ii. Cekap dan berhati-hati.
iii. Sentiasa bersedia.
iv. Bijak mengawal situasi.
A. i, ii, dan iii
B. i, iii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv
2. Takrifkan alat Deep Fat Fryers (menggoreng minyak banyak) dalam penyediaan makanan.
i. Alat ini perlu dicuci setiap kali digunakan.
ii. Alat ini digunakan dengan berhati-hati dan berpengalaman.
iii. Alat ini merugikan dan banyak menggunakan tenaga elektrik
iv. Alat ini menggunakan kuasa elektrik atau gas dan mempunyai kawalan thermostatik.
A. i, ii dan iv
B. i, iii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. ii dan iv
3. Apakah jenis peralatan dan perkakas yang digunakan dalam menyediakan Kuah Laksa Johor?
A. Mesin pengisar, dapur, periuk, pisau, senduk dan mangkuk.
B. Mesin pengisar, dapur, periuk, pisau, papan pemotong dan senduk.
C. Hand mixer, dapur, penapis, periuk, jug penyukat, sudu, foodtong dan papan pemotong.
D. Mesin pengisar, dapur, penapis, periuk, mangkuk, pisau, papan pemotong dan senduk.
4. Kaedah menggoreng terbahagi kepada empat (4) cara iaitu tanpa minyak, minyak sedikit (shallow frying), saute dan minyak banyak (deep frying). Manakah bahan berikut sesuai menggunakan semua kaedah tersebut?
A. Ikan
B. Ayam
C. Kerang
D. Daging
5. Apakah peringatan yang perlu untuk menjimatkan masa dan tenaga sebelum menggunakan peralatan atau perkakas?
i. Tentu suis terpasang.
ii. Ikut sukatan dengan betul dan tepat.
iii. Tentukan bahagian-bahagian alat terpasang dengan betul.
iv. Letakkan ditempat yang sesuai supaya mudah menggunakannya.
A. i, ii dan iii
B. i, ii, iii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. iii dan iv
6. Apakah peralatan berat yang digunakan semasa membakar Roti, kek dan biskut?
A. Broiler
B. Griddle
C. Salamander
D. Ketuhar gelombang mikro dan oven
7. Bagaimanakah proses kaedah kukus berlaku?
A. Wap sejuk dari air ais.
B. Haba panas dari bara api.
C. Haba panas dari alat pembakar.
D. Wap air dari air yang mendidih
8. Berikan sebab jenis potongan sayur memberi kesan yang menarik ketika dihidangkan?
i. Potongan yang sama.
ii. Saiz potongan yang sesuai.
iii. Apabila dihidang lebih menarik.
iv. Jenis potongan mestilah berbeza.
A. i, ii dan iii
B. i, iii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv
9. Apakah faktor persembahan makanan dan pengiraan kos makanan?
A. Harga bahan.
B. Jenis masakan.
C. Saiz porsi makanan.
D. Perkakas yang digunakan.
10. Bagaimanakah memelihara kandungan vitamin C di dalam sayuran yang dicelur supaya tidak hilang?
A. Meletakkan sedikit garam di dalam air rebusan.
B. Meletakkan sedikit lada sulah di dalam rebusan.
C. Meletakkan sedikit gula di dalam air rebusan dan rendam sebentar di dalam air.
D. Meletakkan sedikit lemak di dalam air rebusan dan rendam sebentar di dalam air ais
11. Apakah yang dimaksudkan dengan butchery?
A. Orang yang ditugaskan untuk menyembelih haiwan
B. Orang yang menyediakan standard potongan daging, ayam ikan
C. Orang yang ditugaskan melapah daging
D. Satu jabatan/ bahagian yang mengendalikan kerja-kerja butcher sebagai penyediaan bagi penghasilan produk
12. Berikut merupakan jenis-jenis potongan sayur KECUALI
A. Jardiniere
B. Macedoine
C. Mirepoix
D. Onion pique
13. Pisau digunakan untuk…
A. Menyukat suhu cecai atau makanan
B. Bekas atau container bagi meletakkan bahan-bahan masakan
C. Memotong, meghiris, mendadu dan pelbagai jenis potongan bahan masakan
D. Alas pada tangan ketika memegang peralatan yang panas dan sebagainya
14. Ciri-ciri potongan JULIENNE?
A. 5 jaluran, berukuran 3mm x 3mm x 3mm
B. Ptongan fries dengan ukuran 6mm x 6mm x 6-7cm
C. Potongan dadu kecil dengan ukuran 3mm x 3mm x 3mm
D. Potongan dadu besar dengan ukuran 12mm x 12mm x 12mm
15. Ciri-ciri potongan MIREPOIX?
A. Pisau 5 jaluran, berukuran 3mm x 3mm x 6cm
B. Potongan fries dengan ukuran 6mm x 6mm x 6-7cm
C. Sayuran seperti lobak merah, seleri dan bawang besar
D. Potongan dadu kecil dengan ukuran 3mm x 3mm x 3mm
16. Memasak bahan masakan di dalam cecair yang mendidih atau menggelegak’, merujuk kepada kaedah masakan?
A. Mereneh
B. Merebus
C. Mencelur
D. Merendidih
17. 'Memasak makanan dengan radiasi haba dari permukaan atas’, merujuk kepada kaedah masakan?
A. Membakar
B. Sauteing
C. Broiling
D. Pan fry
18. Apakah kegunaan kitchen towel’?
A. Menyukat suhu cecair atau makanan
B. Pekakas atau container bagi meletakkan bahan-bahan masakan
C. Memotong, meghiris, mendadu dan pelbagai jenis potongan bahan masakan
D. Alas pada tangan ketika memegang peralatan yang panas dan sebagainya
19. Antara perkara yang paling penting di dalam penjagaan bahan masakan adalah memahami proses penyediaan makanan itu sendiri. Proses penyediaan mengikut turutan ialah..
i. Penghidangan
ii. penyimpanan dan penstoran
iii. Penyediaan dan pra penyediaan
iv. Penerimaan bahan mentah
A. i, ii, iii, iv
B. iv, iii, ii, i
C. iii, iv, ii, i
D. ii, iv, iii, i
20. Memasak bahan masakan di dalam cecair yang mendidih tetapi tidak menggelegak dengan laju’, merujuk kepada kaedah masakan?
A. Mereneh
B. Merebus
C. Mencelur
D. Merendidih
