WorksheetsKUIZ PENGURUSAN ASET
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) hendaklah ditubuhkan dan bermesyuarat setiap tiga (3) bulan sekali selepas tamat tempoh sesuatu suku tahun.
Betul
Salah
Pegawai Aset hendaklah dilantik oleh Pengurus Sekolah dan bilangannya adalah mengikut kesesuaian.
Betul
Salah
Pihak Jabatan Pendidikan Daerah Dogo telah membeli dua (2)unit LCD dengan jumlah harga RM2,550.00. Harga seunit ialah RM1275.00 dan didaftarkan sebagai Harta Modal oleh Pegawai Aset.
Betul
Salah
Pihak SK Juara telah menyewa satu unit mesin fotostat dari Syarikat Gemilang Enterprise dan satu perjanjian sewa yang lengkap telah disediakan. Mesin fotostat tersebut telah didaftarkan di dalam Kew PA 3 sebaik sahaja diterima oleh pihak sekolah.
Betul
Salah
Senarai Aset Alih (Kew PA 7) hendaklah disediakan dalam dua (2) salinan oleh Pegawai Aset/Pembantu Pegawai Aset. Satu (1) salinan disimpan oleh Pegawai Aset/Pembantu Pegawai Aset manakala satu (1) salinan dipamerkan di lokasi.
Betul
Salah
Pemeriksaan Aset Alih hendaklah dilakukan oleh Pegawai Pemeriksa ke atas semua (100%) aset alih pada tahun semasa secara berperingkat.
Betul
Salah
Pemeriksaan Aset Alih yang dilakukan oleh Pegawai Pemeriksa adalah bertujuan untuk menilai keadaan aset tersebut bagi urusan pelupusan.
Betul
Salah
Guru Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah ABC telah memohon untuk meminjam satu unit komputer riba daripada Pegawai Aset. Beliau hanya perlu menyediakan satu surat permohonan rasmi dan permohonan itu luluskan oleh Pengurus Sekolah.
Betul
Salah
Sekolah Menengah CDE mempunyai banyak kerusi dan meja murid yang telah rosak dan tidak ekonomik untuk diperbaiki. Pegawai Aset telah mencadangkan kepada Pengetua supaya kerusi dan meja tersebut dilupuskan.
Betul
Salah
Semasa Pemeriksaan Aset Alih dilakukan oleh Pegawai Pemeriksa di Sekolah Kebangsaan FIG didapati satu unit komputer riba yang sepatutnya berada di dalam bilik tayangan (mengikut rekod KEW PA 3) telah gagal dikesan walaupun usaha-usaha mencarinya secara intensif telah dilakukan. Dalam situasi ini, ketiadaan komputer riba tersebut di anggap sebagai Kehilangan Aset Alih Kerajaan.
Betul
Salah
