wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T4B4-6 Kolaboratif Selangor

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

T4B4M94

Apakah bentuk pentadbiran yang diisytiharkan di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua?

a)

Westminster

b)

Malaya Union

c)

Persekutuan Tanah Melayu

d)

British Military Administration

2.

T4B4M94

Apakah masalah yang dihadapi oleh British Military Administration (BMA) untuk memulihkan keamanan Tanah Melayu?

a)

Kerosakan bangunan

b)

Ketiadaan kepakaran

c)

Kekurangan modal

d)

Ketegangan kaum

3.

T4B4M96

Maklumat berkaitan pentadbiran British di Tanah Melayu.

Apakah rancangan pentadbiran tersebut?

a)

Malayan Union

b)

Suruhanjaya Reid

c)

Rancangan Briggs

d)

Persekutuan Tanah Melayu

4.

T4B4M96

Bagaimanakah tindakan British menguasai semula Tanah Melayu melalui Malayan Union?

a)

Memantapkan sistem pentadbiran

b)

Memisahkan Negeri-negeri Melayu

c)

Menubuhkan pentadbiran berpusat

d)

Memperkenalkan sistem perundangan

5.

T4B4M97

Siapakah yang dilantik menjadi ketua pentadbir dalam Malayan Union?

a)

Gabenor British

b)

Residen Jeneral

c)

Penasihat British

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

6.

T4B4M98

Sebagai rakyat yang patriotik, mengapakah anda menentang Malayan Union?

a)

Menyekat usaha perpaduan kaum

b)

Membawa masuk golongan imigran

c)

Membentuk penjajahan secara mutlak

d)

Membantut kemajuan ekonomi negara

7.

T4B4M101

Peristiwa berikut berkaitan dengan penentangan terhadap Malayan Union.

Bagaimanakah penentangan dilakukan terhadap ahli parlimen tersebut?

a)

Menghalang laluan perjalanan ke bandar

b)

Mengugut melakukan serangan senjata

c)

Menggantung sepanduk sepanjang jalan

d)

Mengadakan perhimpunan besar-besaran

8.

T4B4M102

Akhbar Majlis telah menyiarkan berita gagasan Malayan Union pada 12 Ogos 1945.

Apakah kesan penyiaran berita tersebut?

a)

Mengukuhkan perpaduan kaum

b)

Menyokong pentadbiran baharu

c)

Mengembalikan kepercayaan rakyat

d)

Mencetuskan kesedaran nasionalisme

9.

T4B4M102-106

Bagaimanakah cara orang Melayu menentang Malayan Union?

a)

Mengecam melalui akhbar

b)

Mengadakan serangan militan

c)

Menggunakan tindakan radikal

d)

Menandatangani surat pemulauan

10.

T4B4M107

Mengapakah Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarak kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946? (pilih 2 jawapan)

a)

Desakan kerajaan British

b)

Masalah pewarisan takhta

c)

Kedudukan tidak strategik

d)

Kekurangan bahan mentah

11.

T4B4M108

Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British telah diisytiharkan di Kuching.

Apakah impak (kesan) penyerahan tersebut terhadap Sarawak?

a)

Kegiatan perdagangan terjejas

b)

Negeri menjadi tanah jajahan

c)

Sempadan wilayah berubah

d)

Sistem beraja tergugat

12.

T4B4M109

Mengapakah penyerahan Sarawak tidak dipersetujui oleh penduduk Sarawak?

a)

Mencanggahi Perlembagaan 1941

b)

Mendapat tentangan ahli Majlis Negeri

c)

Menjejaskan sistem pentadbiran tempatan

d)

Menghapuskan hak istimewa pemimpin tempatan

13.

T4B4M114

British Military Administration (BMA) telah diperkenalkan di Sabah selepas Jepun menyerah kalah.

Apakah matlamat BMA di Sabah?

a)

Mengatasi masalah pasaran gelap

b)

Memajukan sektor perdagangan

c)

Mengembalikan ketenteraman negeri

d)

Menyatukan sistem pentadbiran negeri

14.

T4B4M117

Mengapakah terdapat rakyat Sabah yang menyokong penyerahan Sabah kepada British?

a)

Memajukan bidang perniagaan

b)

Mengatasi ancaman komunis

c)

Mengurangkan kuasa pembesar

d)

Meluaskan jaringan perdagangan

15.

T4B5M126

Penentangan berterusan terhadap Malayan Union menyebabkan British menubuhkan pentadbiran yang baharu.

Apakah pentadbiran tersebut?

a)

Sistem Ahli

b)

Jawatankuasa Kerja

c)

Persekutuan Tanah Melayu

d)

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

16.

T4B5M126

Apakah kesan penubuhan Jawatankuasa Kerja terhadap negara?

a)

Pembentukan persekutuan

b)

Pembinaan negara bangsa

c)

Permuafakatan antara kaum

d)

Penggubalan perlembagaan

17.

T4B5M128

Bagaimanakah golongan nasionalis Melayu radikal menentang penubuhan Jawatankuasa Kerja?

a)

Menyerang British

b)

Menubuhkan kongres

c)

Membentuk PUTERA

d)

Melakukan demonstrasi

18.

T4B5M129

Apakah matlamat perjuangan golongan nasionalis Melayu radikal? (pilih 2 jawapan)

a)

Berkompromi dengan British

b)

Penubuhan kesatuan Melayu

c)

Kebebasan daripada penjajahan

d)

Penyatuan seluruh Tanah Melayu

19.

T4B5M130

Terdapat cadangan warna latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu dalam Perlembagaan Rakyat.

Apakah cadangan warna tersebut?

a)

Putih dan hijau

b)

Biru dan kuning

c)

Merah dan putih

d)

Kuning dan hijau

20.

T4B5M132

Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang berlaku di Tanah Melayu.

Mengapakah British bersetuju melakukan perubahan tersebut?

a)

Permintaan orang dagang

b)

Peperangan dengan Jepun

c)

Penentangan orang Melayu

d)

Pelancaran revolusi bersenjata

21.

T4B5M133

Mengapakah pentadbir British berikut menyokong konsep persekutuan di Tanah Melayu?

a)

Menjamin kemajuan ekonomi

b)

Mengatasi ancaman komunis

c)

Mengurangkan beban kewangan

d)

Mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu

22.

T4B5M134

Bagaimanakah kedudukan Singapura setelah Persekutuan Tanah Melayu dibentuk?

a)

Tanah jajahan

b)

Negara merdeka

c)

Negara naungan

d)

Bertaraf bebas

23.

T4B5M135

Rakyat Raja diperoleh secara kuatkuasa undang-undang.

Apakah syarat untuk menjadi Rakyat Raja? (pilih 2 jawapan)

a)

Tingkah laku yang baik

b)

Memahami adat resam

c)

Bertutur bahasa setempat

d)

Keluarganya rakyat tempatan

24.

T4B5M136

Apakah kebaikan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja?

a)

Pemansuhan sistem pewarisan takhta

b)

Pengukuhan kedudukan Raja-raja Melayu

c)

Pengenalan Sistem Raja Berperlembagaan

d)

Pentadbiran diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong

25.

T4B5M136

Mengapakah orang bukan Melayu menyokong Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Diterima sebagai rakyat asal

b)

Dianggap sebagai kaum bumiputera

c)

Diberi peluang menjadi warganegara

d)

Dikecualikan membayar cukai tahunan

26.

T4B5M137

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mewujudkan perpaduan antara kaum.

Apakah sumbangan Persekutuan Tanah Melayu ke arah perpaduan tersebut?

a)

Penubuhan CLC

b)

Pembentukan jus soli

c)

Penggabungan persatuan

d)

Pengenalan Majlis Negeri

27.

T4B5M137

Apakah kesan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) kepada negara?

a)

Menyusun semula masyarakat pelbagai kaum

b)

Membantu perkembangan sosioekonomi negara

c)

Membangunkan peluang pekerjaan di luar bandar

d)

Memupuk persefahaman pemimpin pelbagai kaum

28.

T4B5M137

Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya ditubuhkan pada tahun 1948.

Apakah faktor utama Persekutuan Tannah Melayu berjaya ditubuhkan?

a)

Persefahaman antara orang Melayu

b)

Kerjasama antara pemimpin UMNO

c)

Tindakan agresif Raja-raja Melayu

d)

Berlaku tolak ansur antara kaum

29.

T4B6M146

Apakah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels?

a)

Sosialisme

b)

Kapitalisme

c)

Liberalisme

d)

Komunisme

30.

T4B6M147

Bagaimanakah Parti Komunis Malaya (PKM) menyebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu?

a)

Melalui organisasi agama

b)

Melalui Kesatuan Sekerja

c)

Melalui agensi kerajaan

d)

Melalui Ketua Kampung

31.

T4B6M147

Trade Union Ordinance No. 9 of 1948 telah diluluskan oleh British di Tanah Melayu.

Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

a)

Menangkap golongan radikal

b)

Menyekat pengaruh komunis

c)

Menyekat kebebasan bersuara

d)

Menghalang pencerobohan Jepun

32.

T4B6M148

Undang-Undang Darurat telah dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948.

Mengapakah undang-undang tersebut dikuatkuasakan?

a)

Melakukan penjajahan baharu

b)

Menghapuskan pengaruh Jepun

c)

Membanteras ancaman komunis

d)

Menangkap kumpulan anti-British

33.

T4B6M149

Parti Komunis Malaya (PKM) telah mencetuskan huru-hara walaupun Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan.

Apakah tujuan PKM bertindak sedemikian?

a)

Menghilangkan keyakinan penduduk terhadap British

b)

Bertindak untuk menunjukkan kekuatan

c)

Mendapatkan sokongan daripada pembesar Melayu

d)

Bergabung dengan pertubuhan politik tempatan

34.

T4B6M150

Parti Komunis Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis.

Mengapakah PKM melakukan tindakan tersebut? (pilih 2 jawapan)

a)

Menamatkan penjajahan Barat

b)

Menuntut kemerdekaan negara

c)

Mencetuskan keadaan huru-hara

d)

Menunjukkan ketidakupayaan kerajaan

35.

T4B6M153

Bagaimanakah pasukan Cawangan Khas mendapatkan maklumat daripada PKM?

a)

Menyerang kubu komunis

b)

Menyamar sebagai komunis

c)

Menguasai selok belok hutan

d)

Membuat rondaan di kampung

36.

T4B6M155

Bagaimanakah kerajaan mengawal pergerakan penduduk di bawah Undang-Undang Darurat? (pilih 2 jawapan)

a)

Penggunaan kad pengenalan

b)

Sistem pendaftaran kebangsaan

c)

Penubuhan pasukan keselamatan

d)

Penempatan Kampung Baru

37.

T4B6M158

Apakah matlamat pengisytiharan pengampunan kepada komunis?

a)

Anggota komunis menyerah diri

b)

Rakyat Tanah Melayu bertambah

c)

Operasi risikan dapat dijalankan

d)

Kegiatan Min Yuen dapat dibanteras

38.

T4B6M159

Terdapat beberapa langkah di bawah program Perang Saraf yang berjaya mewujudkan bangsa yang bersatu.

Apakah program tersebut?

a)

Memperkenalkan konsep kawasan putih

b)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

c)

Memajukan perkhidmatan penerangan

d)

Menawarkan hadiah wang tunai

39.

T4B6M160

Mengapakah Chin Peng menolak tawaran pengampunan yang ditawarkan dalam Rundingan Baling?

a)

Kerajaan tidak membayar ganti rugi

b)

Kerajaan meneruskan Perang Saraf

c)

Ketidaksamaan kaum dalam rundingan

d)

Keengganan kerajaan mengiktiraf PKM

40.

T4B6M162

Komunis telah menyerang kawasan ladang dan lombong.

Apakah kesan serangan tersebut kepada negara? (pilih 2 jawapan)

a)

Pengenalan tanaman bergilir

b)

Menjejaskan ekonomi negara

c)

Kekurangan bekalan makanan

d)

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi