wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI AKHLAK ISLAMIAH BAHAGIAN 4

Total questions: 17

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud gelaran Al-Amin yang diberikan kepada Rasulullah SAW?

a)

Orang yang dipercayai

b)

Orang yang cerdas

c)

Orang yang baik

d)

Orang yang rajin

2.

Bagaimanakah 2 tingkah laku yang tidak beradab terhadap Rasulullah SAW?

a)

Tidak mentaati perintah Baginda

b)

Tidak berselawat ketika nama Baginda disebut / didengar

c)

Mengamalkan sunnah Rasulullah saw

d)

Mengucapkan selawat keatas Nabi ketika mendengar nama Baginda disebut

3.

Apakah 3 akhlak mulia yang terdapat pada diri Rasulullah SAW?

a)

Menjaga tutur kata

b)

Berlapang dada dan pemaaf

c)

Rajin beribadah kepada Allah

d)

Bersikap keras dan kasar

4.

Berikan 3 contoh sunnah Rasulullah SAW yang kita boleh lakukan setiap hari.

a)

Mengucap salam

b)

Bangun malam, bertahajut

c)

Menuntut ilmu

d)

Malas melakukan ibadah

5.

Pilih 3 jawapan yang boleh membawa maksud sifat harus bagi Rasul?

a)

Makan dan minum

b)

Tidur dan juga bangun

c)

Mempunyai kehidupan dan bekerja

d)

Hidup kekal selamanya

6.

Apakah 2 kelebihan mengamalkan adab-adab tidur?

a)

Merehatkan tubuh badan

b)

Menghindari sihir dan gangguan syaitan

c)

Sering bermimpi buruk

d)

Menjadi malas dan tidak berdisiplin

7.

Apakah 2 kelebihan mengamalkan adab-adab mandi & qada’ hajat?

a)

Membersihkan anggota badan

b)

Mencerdaskan akal fikiran

c)

Mudah mendapat penyakit

d)

Kebersihan diri tidak terjaga

8.

Apakah antara 3 ciri-ciri pakaian mengikuti syariat islam?

a)

Berpakaian dengan mengikuti kesesuaian jantina

b)

Mestilah menutup aurat

c)

Menggunakan pakaian bersesuaian dengan tempat yang ingin dituju

d)

Memakai pakaian yang tidak mengikuti syarak

9.

Apakah 3 hikmah beradab ketika berpakaian

a)

Kelihatan sopan

b)

Melambangkan keperibadian seseorang

c)

Disukai Allah dan Rasulullah saw

d)

Tidak menjadi contoh kepada masyarakat

10.

Pilih doa makan dengan betul.

a)

اَللَّهُمَّ باَرِكْ لَناَ فِيماَ رَزَقْتَناَ وَقِناَ عَذاَبَ النَّارِ

“Ya Allah berkatilah rezeki kami dan jauhi kami daripada azab neraka.”

b)

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي اَطْعَمَناَ وَسَقاَناَ وَجَعَلَناَ مُسْلِمِينَ

“Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta jadikan kami orang islam.”

11.

Apakah 3 akibat sekiranya tidak mengamalkan adab ketika masuk & keluar rumah?

a)

Keselamatan dan kebersihan rumah tidak terjaga

b)

Rumah yang tidak ada peraturan menyebabkan persekitaran menjadi kotor

c)

Rumah tidak ada keberkatan

d)

Mendaoat pahala

12.

Pilih doa berpakaian yang betul.

a)

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

 

“Maha Suci Allah yang telah menundukkan untuk kami (kenderaan) ini, padahal sebelumnya kami tidak mampu untuk menguasainya, dan hanya kepada-Mu lah kamu akan kembali.”

b)

اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَاهُوَ لَهُ، وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ وَشَرِّمَا هُوَلَهُ

“Ya Allah, aku memohon kebaikan pakaian ini & kebaikan yang dijadikan untuknya, & aku berlindung kepada Engkau daripada kejahatan pakaian ini & kejahatan yang dilakukan untuknya.”

13.

Pilih doa keluar tandas dengan betul.

a)

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الأَذَى وَعَافَانِي

“Aku memohon keampunan Mu (Ya Allah), Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku sesuatu yang menyakiti dan menyihatkan aku”

b)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الخُبُثِ وَالخَبَائِثِ

 

“ Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari syaitan lelaki dan syaitan perempuan.”

14.

Berikan 3 contoh alat-alat digunakan untuk mandi.

a)

Tuala

b)

Syampoo

c)

Sabun mandi

d)

Bantal

15.

Jelaskan 2 kelebihan menghormati Rasulullah SAW.

a)

Mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah

b)

Kita semakin beradab sesama makhluk Allah

c)

Kehidupan tidak diberkati Allah

d)

Sukar untuk membezakan perkara baik dan buruk

16.

Pilih satu jawapan yang betul tentang sifat mustahil bagi Rasul beserta maksudnya.

a)

البلادة

(Bijak)

b)

الکتمان

(Menyampaikan)

c)

اخيانة

(Tidak jujur)

d)

الکذب

(Bercakap benar)

17.

Pilih pernyataan tentang pengertian beradab dengan Rasulullah yang betul.

a)

Mengamalkan sunah Rasulullah SAW serta mengikuti setiap adab yang diamalkan dan tidak melakukan perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah SAW

b)

Tidak mengamalkan sunah Rasulullah SAW serta mengikuti setiap adab yang diamalkan dan tidak melakukan perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah SAW