wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MASIH INGATKAH?

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Biasanya orang yang _______ akan mudah mendapat kawan.

a)

ringan tulang

b)

ringan kepala

c)

ringannya barang ni

d)

ringan tangan

2.

Jalan ke rumah Sarip Kamil bengkang-bengkok seperti _______.

a)

keli kena ketuk

b)

ular kena palu

c)

gergaji dua mata

d)

rusa masuk kampung

3.

Segala nasihat yang diberikan oleh Cikgu Hael tidak diendahkannya.

a)

Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri.

b)

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

c)

Harapkan pegar, pegar makan padi.

4.

Budak perempuan yang hampir lemas itu diberikan bantuan pernafasan.

a)

Tua-tua keladi

b)

Tidur-tidur ayam

c)

Nyawa-nyawa ikan

5.

Walau apa-apa pun yang terjadi, saya tetap tidak akan memafkan kesalahannya.

a)

Berpatah arang berkerat rotan

b)

Biar mati anak, jangan mati adat

c)

Berani kerana benar, takut kerana salah

6.

Dayang tidak pernah menghargai hadiah daripada tunangnya walaupun hadiah tersebut mahal.

a)

Seperti ayam berak kapur

b)

Seperti kerbau dicucuk hidung

c)

Seperti kera mendapat bunga

7.

Sahabat karib Edison Chen telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pagi tadi.

Perkataan SINONIM bagi karib ialah _____

a)

baik

b)

hampir

c)

dekat

d)

rapat

8.

Banyak pembeli rumah di situ mengeluh apabila pembinaan rumah mereka terbengkalai.

Perkataan SINONIM bagi terbengkalai ialah _____

a)

terabai

b)

tertunda

c)

tertangguh

d)

terhenti

9.

Bambam mengambil cebisan kain lalu membalut luka di kakinya.

Perkataan ANTONIM bagi membalut ialah ____

a)

membungkus

b)

membuka

c)

melipat

d)

menutup

10.

Saya tidak suka akan sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk dan becok itu.

Perkataan ANTONIM bagi becok ialah ____

a)

bisu

b)

pemalu

c)

bersopan

d)

pendiam