wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tasawwur Islam Tema 3&6

Total questions: 64

Worksheet time: 48mins

Name
Class
Date
1.

Sistem yang mengawal dan memberi panduan berkaitan cara manusia berhubung antara satu sama lain

(a)  

2.

Kalam Allah swt yang diturunkan melalui malaikat jibril as kepada Rasulullah saw untuk diamalkan dan disampaikan kepada umat manusia

(a)  

3.

segala perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat fizikal atau akhlak

(a)  

4.

Kesepakatan para ulama mengenai sesuatu hukum syarak berasaskan al-quran dan al-sunnah selepas kewafatan Rasulullah saw

(a)  

5.

Menyamakan sesuatu hukum yang tiada nasnya dengan sesuatu hukum yang ada nasnya disebabkan adanya persamaan illah (sebab) hukum

(a)  

6.

Tingkah laku sopan, berbudi bahasa, pekerti yang halus dan mulia

(a)  

7.

Prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia

(a)  

8.

Unit sosial yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat

(a)  

9.

Komunikasi antara seorang individu dengan individu lain berteraskan syariat Islam

(a)  

10.

Sesuatu perkara yang dapat menghiburkan dan menggembirakan hati seseorang yang selari dengan kehendak syarak

(a)  

11.

Aktiviti seni atau hasil karya yang dicipta dengan menggunakan bakat dan kreativiti manusia bagi menzahirkan keindahan dan kehalusan yang menepati syarak

(a)  

12.

Menyelaraskan tenaga manusia agar mengikut satu perancangan untuk mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan

(a)  

13.

Mengguna serta menyelenggara sumber manusia dan sumber alam untuk kebajikan manusia

(a)  

14.

Perancangan dan pergerakan oleh sesuatu organisasi berhubung dengan kaedah, peraturan, tanggungjawab dan tugas dalam pengolahan sumber manusia dan sumber alam selari dengan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah swt di muka bumi

(a)  

15.

Perasaan taasub perkauman

(a)  

16.

Mesyuarat yang dijalankan bagi melakukan pertimbagan secara kolektif dan membuat keputusan yang paling berkualiti berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt

(a)  

17.

Panduan Islam bagi individu yang diberikan amanah untuk mentadbir dan mengurus sesebuah organisasi

(a)  

18.

Individu, organisasi, mesin dan lain-lain yang boleh menjalankan tugas dengan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga

(a)  

19.

Tindakan dan usaha yang mendatangkan hasil seperti diharap-harapkan

(a)  

20.

Kaedah pemerintahan sesebuah negara yang ditadbir berdasarkan ajaran agama Islam serta melaksanakan syariat Islam

(a)  

21.

Piagam bertulis pertama di dunia

(a)  

22.

Sistem pemerintahan Islam yang dinaungi oleh seorang pemimpin Islam yang adil, taat dan patuh kepada syariat Allah swt

(a)  

23.

Individu yang diamanahkan oleh Allah swt untuk mengurus dan mentadbir dunia mengikut syariat Allah swt

(a)  

24.

Seluruh penduduk dalam sesebuah negara yang berkewajpan untuk mentaati khalifah selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam

(a)  

25.

Negara yang mengarahkan segala urusan pemerintahan dan pentadbirannya tunduk kepada hukum Islam yang bersumberkan al-quran dan al-hadis serta ijtihad yang sebenar

(a)  

26.

Sesuatu tindakan atau keputusan diambil menyebelahi pihak yang benar

(a)  

27.

Perintah supaya mengerjakan perbuatan atau amalan yang baik

(a)  

28.

Melarang perbuatan atau amalan yang jahat

(a)  

29.

-Memisahkan sesebuah negara berdasarkan faktor geografi dan mementingkan taraf kewarganegaraan rakyat

-Meletakkan pendapat majoriti rakyat sebagai asas pemerintahan

-Mengabaikan syarat keimanan dan ketakwaan dalam memilih pemimpin

-Menjadikan undang-undang ciptaan manusia sebagai undang-undang negara

(a)  

30.

Membuat perancangan dan pemantauan yang berterusan

(a)  

31.

berikut merupakan sumber utama sistem sosial islam kecuali

a)

al-quran

b)

al-sunnah

c)

al-ijmak

d)

al-qias

e)

akal

32.

matlamat sistem sosial islam ialah

a)

mendapat keredhaan Allah

b)

berpandukan al-quran dan sunnah

c)

mengamalkan akhlak mulia

d)

menghormati pelbagai budaya dan adat

33.

hak asasi manusia

a)

kebebasan beragama

b)

perlindungan nyawa

c)

pemilikan harta

d)

kebebasan bersuara

e)

kehormatan diri

34.

keistimewaan sistem sosial islam

a)

menjadikan keluarga sebagai asas

b)

membangun modal insan yang berilmu

c)

bersumberkan al-quran dan al-sunnah

d)

menjaga hak asasi manusia

e)

keamanan dan keselamatan

35.

yang manakah bukan daripada rukun nikah ?

a)

suami

b)

isteri

c)

anak

d)

wali

36.

asas pergaulan ialah ;

a)

saling mengenali

b)

saling memahami

c)

saling bekerjasama

d)

saling tolong- menolong

37.

Maksud Pentadbiran ialah

a)

Menyelaraskan tenaga manusia agar mengikut satu perancangan untuk mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan

b)

Mengguna serta menyelenggara sumber manusia dan sumber alam untuk kebajikan manusia.

38.

Maksud Pengurusan ialah

a)

Menyelaraskan tenaga manusia agar mengikut satu perancangan untuk mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan

b)

Mengguna serta menyelenggara sumber manusia dan sumber alam untuk kebajikan manusia.

39.

Pentadbiran dan Pengurusan Zaman Rasulullah SAW


Pilih pernyataan yang benar sahaja

a)

Mengalakkan semangat ‘asabiyyah (perasaan taasub perkauman

b)

Islam dijadikan dasar pentadbiran dan pengurusan negara.

c)

Syura kaedah menguruskan pentadbiran.

d)

Piagam Madinah sebagai perlembagaan

e)

Akidah Islamiah dijadikan pegangan dalam urusan pentadbiran

40.

Pentadbiran dan Pengurusan Zaman Khulafa’ ar-Rasyidin


Pilih pernyataan yang benar sahaja

a)

Keputusan melalui kaedah syura (berdasarkan suara ilmuan, pakar bidang tertentu dan suara majoriti).

b)

Piagam Madinah sebagai asas Perundangan Islam

c)

Pentadbiran wilayah diketuai oleh gabenor dan dibantu oleh setiausaha dan pegawai jabatan

d)

Khalifah berperanan sebagai panglima tertinggi dalam pentadbiran.

·

e)

Institusi baitulmal menguruskan kewangan negara

41.

Prinsip-prinsip Tadbir Urus dalam Islam


Prinsip berikut adalah benar kecuali

a)

Bermatlamatkan dunia dan akhirat.

b)

Pentadbir sebagai alat

c)

Urusan pentadbiran dijalankan berdasarkan konsep syura.

d)

Mengamalkan konsep keadilan dalam pentadbiran.

42.

Ciri-ciri Pentadbiran dan Pengurusan Islam


Pilih pernyataan yang tidak benar

a)

Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis.

b)

Mengeratkan ukhuwah (persaudaraan) dalam pengurusan yang berteraskan nilai akhlak.

c)

Melaksanakan keadilan untuk semua pihak.

d)

Mementingkan hak individu daripada kepentingan masyarakat dan negara

43.

Etika Tadbir Urus Islam ialah


Kenyataan yang paling tepat ialah

a)

Sistematik,

Amar makruf dan nahi mungkar,

Integriti (Telus)

Efektif (Hasil tercapai)

b)

Saling hormat menghormati

Amar makruf dan nahi mungkar,

Integriti (Telus)

Efektif (Hasil tercapai)

c)

Saling hormat menghormati

Allah dan Rasul sebagai pengangan

Integriti (Telus)

Efektif (Hasil tercapai)

44.

(BADI BIPI)

1. Beriman

2. Amanah

3. Dinamik

4. Integriti

5. Berwawasan

6. Ikhlas

7. Positif

8. Inovatif


Sifat di atas ialah

a)

Ciri-ciri Pentadbir dan Pengurus

b)

Etika Tadbir Urus

c)

Prinsip Tadbir Urus

45.

Kesan Mentadbir dan Mengurus mengikut Syariat


i. Melaksanakan tanggungjawab dengan amanah.

ii. Mendapat ketaatan daripada orang bawahan.

iii, Berlaku pertelingkahan.

iv. Menyebabkan kemunduran organisasi dan negara

·

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i dan iv

d)

iii dan iv

46.

Kesan Mentadbir dan Mengurus tidak mengikut Syariat


i. Mewujudkan persefahaman antara ketua dengan anak buah.

ii. Melaksanakan tanggungjawab dengan amanah

iii, Hilang sokongan daripada orang bawahan.

iv. Berlaku pertelingkahan.

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i dan iv

d)

iii dan iv

47.

Apakah kepentingan melaksnakan Takbir Urus dalam Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Islam terhadap individu

a)

Menimbulkan nilai keimanan dan ketaqwaan

b)

Memastikan kelancaran urusan pentadbiran sesebuah organisasi

c)

Menjalankan urusan dengan penuh amanah dan tanggungjawab

d)

Meneladani tadbir urus negara seperti yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW

48.

Kepentingan Melaksanakan Tadbir Urus dalam Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Islam terhadap negara

a)

Menjaga hubungan baik antara ketua dan ahli-ahlinya.

b)

Menaikkan imej sesebuah organisasi.

c)

Mewujudkan pentadbiran negara yang efisien dan efektif serta menjadi contoh kepada negara lain

d)

Menyelesaikan sesuatu urusan secara rundingan dan muafakat.

49.

Tindakan Merealisasikan Tadbir Urus Islam dalam Organisasi

a)

Mengadakan mesyuarat dalam segala urusan

b)

Menjaga kebajikan setiap pekerja

c)

Memberi kerjasama dalam menyelesaikan tugasan

d)

Memberi penghargaan kepada semua staf

50.

#Sistem yang mengawal dan memberi panduan berkaitan cara manusia berhubung antara satu dengan yang lain.


Pernyataan di atas menerangkan maksud

a)

Sistem Muamalah Islam

b)

Sistem Perundangan Islam

c)

Sistem Ekonomi Islam

d)

Sistem Sosial Islam

51.

Sistem sosial Islam mementingkan hubungan manusia dengan Allah SWT semata-mata.

a)

BETUL

b)

SALAH

52.

Matlamat sistem sosial Islam ialah ___

a)

mendapat kepercayaan negara luar

b)

menjamin kemewahan hidup

c)

memperoleh keredhaan Allah SWT

d)

memantapkan ekonomi negara

53.

Perbezaan warna kulit dan taraf hidup tidak menghalang wujudnya kerjasama dan toleransi.

a)

BETUL

b)

SALAH

54.

Sistem Sosial Islam lebih mengutamakan umum daripada ________________.

a)

individu

b)

masyarakat

55.

Tingkah laku sopan, berbudi bahasa, pekerti yang halus dan mulia

a)

Etika

b)

Nilai

c)

Adab

56.

Sikap saling bantu membantu dapat diwujudkan melalui aktiviti gotong royong seperti _______________ kawasan persekitaran tempat tinggal.

a)

merawat

b)

membersihkan

c)

menyucikan

57.

Masyarakat yang bertakwa sentiasa menyeru kepada _____________ dan mencegah kemungkaran

a)

kebaikan

b)

kebaikkan

c)

mahmudah

58.

Sistem yang mengawal dan memberi panduan berkaitan cara manusia berhubung antara satu sama lain.

a)

Sistem Sosial Islam

b)

Asas Sosial Islam

c)

Matlamat sistem sosial Islam

59.

Sistem Sosial Islam bersifat Rabbani

a)

Betul

b)

Salah

60.

Al-ijmak meupakan sumber rujukan yang keempat dalam Islam

a)

Betul

b)

Salah

61.

Sistem sosial Islam ialah satu sistem yang mengawal dan mengatur cara pergaulan dan

perhubungan sesama manusia dalam menjalani kehidupan masing-masing, yang dibina

berdasarkan___________________ dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT

a)

perkara

b)

undang-undang

c)

hukum

62.

Perhubungan sesama manusia adalah atas dasar__________ dan keimanan kepada Allah

SWT.

a)

percaya

b)

hormat

c)

taqwa

63.

Sistem sosial Islam yang bersifat ______________adalah asas untuk mewujudkan masyarakat yang

bertoleransi demi kehidupan yang sejahtera dan harmoni

a)

Rabbani

b)

Insani

c)

Alami

64.

Sistem sosial Islam menjadikan semua manusia adalah _______________ tanpa mengira

warna kulit, kedudukan atau pangkat seseorang. Persaudaran dalam Islam adalah

berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT

a)

bersama

b)

bersaudara

c)

bersekutu