wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PAT PENDIDIKAN ISLAM T3

Total questions: 82

Worksheet time: 7hrs 51mins

Name
Class
Date
1.

1. Pilih pernyataan yang tepat maksud hukum mad dari segi istilah :

a)

Penambahan atau pemanjangan

b)

Memanjangkan suara pada huruf mad atau huruf lin

c)

Memanjangkan suara pada huruf mad selepas huruf hamzah

d)

Tempat keluar huruf hijaiyah yang membezakan sebutan dan bacaan

2.

2. " Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah"

" Dibaca dengan panjang 4/5 harakat"

Pernyataan di atas merujuk kepada ___________

a)

mad badal

b)

mad asli

c)

mad wajib muttasil

d)

mad 'aridh lissukun

3.

3. Mad badal ialah huruf ______ bertemu huruf mad dalam satu kalimah :

a)

ء

b)

و

c)

ا

d)

ي

4.

Antara yang berikut yang manakah cara bacaan mad lin?

a)

2 harakat

b)

5 harakat

c)

3/5 harakat

d)

2/4/6 harakat

5.

Antara berikut, yang manakah huruf mad?

I - Ya'

II - Jim

III - Alif

IV - Wau

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I,II,III dan IV

6.

Bahagian mad terbahagi kepada dua iaitu Mad Asli dan _______

a)

mad faraq

b)

mad far'i

c)

mad lazim harfi

d)

mad lazim kalimi

7.

Berikan hukum tajwid bagi potongan ayat di bawah :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ

a)

mad asli

b)

mad wajib muttasil

c)

mad badal

d)

mad jaiz munfasil

8.

Berikan hukum tajwid bagi potongan ayat di bawah :

أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ

a)

mad lin

b)

mad aridh lissukun

c)

mad badal

d)

mad asli

9.

Berikut adalah huruf Fawatih as-Suar yang dibaca panjang dua harakat kecuali

a)

ط

b)

ن

c)

ر

d)

م

10.

Hukum membaca basmallah pada permulaan surah al-Fatihah ketika dalam solat adalah

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

makhruh

11.

Pilih pernyataan yang benar maksud aurat.

a)

Seluruh tubuh badan yang wajib ditutup

b)

Batas anggota badan iaitu rambut dan dada

c)

Batas anggota badan yang wajib ditutup menurut hukum syarak

d)

Seluruh anggota badan yang wajib ditutup kecuali muka

12.

Antara yang berikut yang manakah bukan golongan mahram bagi wanita?

a)

Bapa angkat

b)

Menantu lelaki

c)

Anak saudara

d)

Adik-beradik lelaki

13.

" Ketika bersama dengan wanita bukan Islam "

Pilih pernyataan yang benar keadaan aurat seorang perempuan berdasarkan situasi di atas :

a)

Dari pusat hingga lutut

b)

Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan

c)

Seluruh badan kecuali anggota yang zahir ketika bekerja

d)

Seluruh anggota badan dengan berpakaian sopan yang boleh menutup tubuhnya

14.

Berikut ialah panduan menundukkan pandangan kecuali

a)

sentiasa ingat Allah swt

b)

menghadiri keramaian

c)

memperbanyak amalan puasa

d)

menghindari tempat-tempat maksiat

15.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan syarat menutup aurat dalam Islam?

I - Pakaian yang tidak jarang

II - Pakaian yang kemas

III - Pakaian yang bersih

IV - Pakaian yang longgar

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

16.

Antara cara memelihara kehormatan kecuali

a)

boleh berjabat tangan antara lelaki dan perempuan bukan mahram

b)

memperbanyak amalan puasa

c)

menyesal atas dosa yang dilakukan

d)

berazam tidak mengulangi perbuatan dosa

17.

- Malas

- Lemah

- Pengecut

Pernyataan di atas merujuk kepada sifat yang dinyatakan dalam hadis berkaitan " _____________"

a)

Ikhlas dalam kehidupan

b)

Sedekah kunci kebaikan

c)

Menghindari sifat negatif

d)

Mungkar dicegah hidup berkat

18.

" Orang yang tidak berani melakukan atau menghalang sesuatu situasi "

Pernyataan di atas merujuk kepada ________

a)

penipu

b)

pencuri

c)

pengecut

d)

perompak

19.

" Meninggalkan sesuatu yang mampu dilakukan "

Pernyataan di atas merujuk kepada _______

a)

malas

b)

lemah

c)

nyanyuk

d)

pengecut

20.

Pilih pengajaran yang betul bagi hadis berkaitan " Menghindari Sifat Negatif "

I - Kita hendaklah menguasai bahasa bagi mengelakkan ditipu

II - Kita hendaklah rajin berusaha agar dapat mencapai kejayaan

III - Kita hendaklah berani menegakkan kebenaran supaya disayangi Allah swt

IV - Kita hendaklah mendekatkan diri kepada Allah swt agar hidup diberkati

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

I dan IV

21.

" Ketentuan Allah swt yang azali terhadap semua makhluk "

Pernyataan di atas merujuk kepada maksud _______ dari segi istilah

a)

qada'

b)

qadar

c)

qadar muallaq

d)

qada' mubram

22.

Berikut ialah maksud beriman kepada qada' dan qadar kecuali .......

a)

semua ketentuan Allah swt mempunyai hikmah

b)

hanya yang baik tertakluk kepada kehendak Allah swt

c)

Allah swt melaksanakan ketentuan mengikut ketetapanNya

d)

Allah swt menentukan setiap yang berlaku dengan ilmuNya

23.

_______ seseorang yang telah ditentukan oleh Allah swt dan tidak akan berubah ialah contoh qada' mubram

a)

bahasa

b)

budaya

c)

jantina

d)

kecantikan

24.

- Beriman kpd Allah swt

- Berima kpd malaikat

- Beriman kepada kitab

- Beriman kepada rasul

- Beriman kpd hari akhirat

- X

Apakah X?

a)

Beriman kepada taghut

b)

Beriman kepada perkara ghaib

c)

Berima kpd qada' dan qadar

d)

Beriman kpd hari pembalasan

25.

Berikut ialah kesan beriman kepada qada' dan qadar kecuali .......

a)

Mengelakkan diri dari perbuatan syirik

b)

bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan

c)

berusaha mencapai kecemerlangan dalam hidup

d)

hanya berserah kepada Allah swt tanpa berusaha

26.

" Berusaha menggunakan seluruh kemampuan yang diberikan oleh Allah swt untuk mencapai sesuatu maksud"

Pernyataan di atas merujuk kepada konsep ______

a)

usaha

b)

syukur

c)

hikmah

d)

tawakal

27.

Berikut ialah golongan asnaf yang layak menerima zakat kecuali .......

a)

fakir

b)

muallaf

c)

ibnus sabil

d)

anak tunggal

28.

" Orang yang berhutang di jalan Allah swt dan berhak menerima zakat"

Pernyataan di atas merujuk kepada maksud ______

a)

amil

b)

muallaf

c)

fi sabilillah

d)

al-gharimin

29.

" Selepas terbenam matahari pada hari raya pertama"

Apakah hukum mengeluarkan zakat fitrah pada waktu seperti di atas ?

a)

wajib

b)

sunat

c)

haram

d)

makruh

30.

Antara yang berikut, yang manakah jenis zakat harta yang betul?

I - Zakat emas dan perak

II - Zakat haiwan ternakan

III - Zakat fitrah

IV - Zakat Perniagaan

a)

I,II dan III

b)

II, III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

I, II, III dan IV

31.

Berikut ialah jenis zakat harta yang mengikut syarak kecuali

a)

saham

b)

pendapatan

c)

tempat tinggal

d)

emas perhiasan

32.

Pilih syarat wajib yang betul bagi mengeluarkan zakat harta

I - Mahal

II - Cukup haul

III - Sempurna milik

IV - Hamba

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

33.

- Mendidik jiwa pemberi zakat dengan sifat pemurah

- Meningkatkan syiar Islam

Pernyataan di atas merujuk kepada ____ disyariatkan zakat.

a)

cara

b)

jenis

c)

asnaf

d)

hikmah

34.

Kadar zakat fitrah di Malaysia berbeza-beza mengikut ______

a)

umur

b)

negeri

c)

jantina

d)

bangsa

35.

- Tetap beriman walaupun diseksa

- Hamba kepada Umaiyah bin Qalaf

- Dilantik menjadi muazzin pertama

Siapakah tokoh yang dimaksudkan di atas ?

a)

Abu Bakar

b)

Muaz bin Jabal

c)

Bilal bin Rabah

d)

Abdul Rahman bin Auf

36.

- Golongan Muhajirin

- Wafat pada tahun 32 hijrah

- Seorang hartawan

Biodata di atas merujuk kepada :

a)

Muaz bin Jabal

b)

Bilal bin Rabah

c)

Khalid bin al Walid

d)

Abdul Rahman bin Auf

37.

Berikut ialah bukti kepahlawanan Khalid bin al-Walid kecuali ......

a)

digelar sebagai "Saifullah"

b)

menyertai Perang Mut'ah dan Yarmouk

c)

dilantik oleh Rasul sebagai pakar rujuk al Quran

d)

panglima bagi menentang nabi-nabi palsu pada zaman Sayidina Abu Bakar

38.

Antara yang berikut, yang manakah sahabat yang meninggal dunia ketika usia remaja?

a)

Muaz bin Jabal

b)

Bilal bin Rabah

c)

Khalid bin al Walid

d)

Abdul Rahman bin 'Auf

39.

Pilih iktibar kepahlawanan yang betul berkaitan Khalid bin al Walid.

I - Kita hendaklah bersedia bekorban mempertahankan agama Islam

II - Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar disayangi Allah swt

III - Kita hendaklah menguasai ilmu supaya tidak mudah ditipu

IV - Kita hendaklah menyusunstrategi dengan baik agar berjaya

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

40.

Mengikut Fiqh Manhaji, 2 marhalah bersamaan dengan _____ kilometer

a)

81

b)

54

c)

90

d)

125

41.

Hukum bermusafir untuk menghubungkan silaturrahim ialah

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

makruh

42.

Berikut ialah adab sebelum bermusafir kecuali

a)

tidak meninggalkan solat fardhu

b)

pastikan niat musafir yang baik

c)

baca basmalah dan doa keluar dari rumah

d)

pastikan bekalan ketika bermusafir mencukupi

43.

Adab bermusafir dapat melatih jiwa seseorang agar lebih _____

a)

resah

b)

diberkati

c)

berdisiplin

d)

rasa dihargai

44.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan adab berkomunikasi?

I - Tidak melalikan daripada melakukan ibadah

II - memastikan keshahihan maklumat yang diterima

III - Pemilihan perkataan yang canggih dan moden

IV - Menggunakan intonasi yang tinggi

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

45.

Antara hikmah beradab dalam berkomunikasi kepada individu ialah

a)

dapat bertukar-tukar pandangan

b)

lahir individu berakhlak mulia

c)

hidup dalam keadaan aman

d)

menimbulkan kemesraan

46.

Berikut ialah contoh komunikasi melalui perantara melalui

a)

emel

b)

surat

c)

radio

d)

bahasa isyarat

47.

Berikut ialah masa yang tidak sesuai untuk menggunakan gajet kecuali ___

a)

ketika menunggang motosikal

b)

ketika menziarahi sanak saudara

c)

ketika mencari maklumat tertentu

d)

ketika mendengar khutbah Jumaat

48.

" Allah swt berfirman : Apabila datang orang fasik dengan khabar berita, maka pastikanlah keshahihannya terlebih dahulu" al-Hujurat : 6 "

Apakah kempen yang bersesuaian dengan terjemahan ayat al Quran di atas?

a)

siasat sebelum sebar

b)

anda bijak zauhi zina

c)

tukar kata laluan media sosial

d)

telefon pintar memang pintar, tapi pintarkah anda?

49.

Berikut ialah larangan ketika berkomunikasi kecuali

a)

bergosip

b)

memfitnah

c)

mengadu domba

d)

saling menasihati

50.

Berikut adalah syarat wajib zakat perniagaan kecuali

a)

harta yang halal

b)

hasil usaha yang baik

c)

harta tersebut bukan untuk kegunaan peribadi

d)

sumber harta adalah melalui cara pembelian atau pertukaran aset

51.

Berapakah nisab bagi zakat kambing dan biri-biri ?

a)

5 ekor

b)

20 ekor

c)

30 ekor

d)

40 ekor

52.

Berapakah kadar zakat bagi haiwan ternakan iaitu lembu ?

a)

1 ekor lembu betina yang berumur 1 tahun setengah

b)

2 ekor lembu betina yang berumur 1 tahun ke atas

c)

1 ekor lembu jantan yang berumur 1 tahun ke atas

d)

1 ekor lembu jantan dan 1 ekor lembu betina yang masing-masing berumur 2 tahun

53.

Pilih pernyataan yang benar syarat wajib zakat haiwan ternakan .

I - Binatang dipelihara di padang terbuka

II - Binatang ternakan bukan digunakan untuk bekerja

III - Binatang ternakan dibela sejak berumur 1 tahun

IV - Binatang dimiliki hendaklah seimbang jantan dan betina

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

54.

Berapakah kadar zakat bagi zakat perniagaan?

a)

2.5%

b)

3.5%

c)

4.5%

d)

5.5%

55.

Antara berikut yang manakah kuniyah Muaz bin Jabal RA?

a)

Abu Abdul Rahman

b)

Abu Sulaiman

c)

Abu Abdullah

d)

Abu Muhammad

56.

Antara yang berikut yang manakah benar maksud beriman kepada qada' dan qadar?

a)

Meyakini Allah swt Maha mencipta sesuatu

b)

Meyakini Allah swt Maha menyempurnakan sesuatu

c)

Meyakini Allah swt Maha bijaksana terhadap ketentuanNya sejak azali

d)

Meyakini Allah swt yang menentukan setiap perkara yang berlaku kepada makhluk dengan ilmu dan iradahNya

57.

- Hasil harta perniagaan

- Melibatkan barangan atau perkhidmatan

Pernyataan di atas merujuk kepada zakat _______

a)

galian

b)

ternakan

c)

mata wang

d)

perniagaan

58.

Maksud rikaz ialah ________

a)

harta yang tertanam dalam tanah

b)

harta yang dihasilkan oleh logam

c)

harta yang diproses daripada bijih timah

d)

harta yang diproses menjadi emas dan perak

59.

Antara yang berikut yang manakah tidak benar mengenai Abdul Rahman bin Auf

a)

wafat ketika berusia 72

b)

alim dalam ilmu halal dan haram

c)

pernah membebaskan 30 hamba dalam sehari

d)

berusaha dengan kemahiran dan modal yang ada

60.

Pilih pernyataan yang benar mengenai keturunan Muaz bin Jabal RA

a)

Bani Hashim

b)

Bani Makhzum

c)

Bani Zuhrah bin Kilab

d)

Bani Salamah daripada golongan Ansar

61.

Senaraikan 3 huruf mad :

4 lines
62.

Berikan cara bacaan mad 'iwadh

4 lines
63.

Nyatakan dua contoh nama hukum mad

4 lines
64.

Cara bacaan bagi mad wajib muttasil adalah 4,5 dan ______

4 lines
65.

Huruf hamzah bertemu dengan huruf mad dalam satu kalimah ialah _____

4 lines
66.

Jelaskan batas aurat bagi perempuan

4 lines
67.

Nyatakan satu cara kamu untuk menjaga kehormatan diri sebagai seorang pelajar

4 lines
68.

Nyatakan maksud taubat

4 lines
69.

Berikan dua syarat bertaubat

4 lines
70.

Berikan dua jenis qada'

4 lines
71.

" Pelajar sekolah menengah tidak mampu memahami isi pelajaran peringkat universiti "

Berikan sifat negatif yang bersesuaian dengan situasi di atas

4 lines
72.

" Selepas terbenam matahari pada hari raya pertama "

Nyatakan hukum bagi pengeluaran zakat pada situasi di atas

4 lines
73.

" Sepanjang bulan Ramadan "

Nyatakan hukum pengeluaran zakat bagi situasi di atas

4 lines
74.

Apakah hukum mengeluarkan zakat ?

4 lines
75.

" Bermusafir untuk melakukan perkara yang diharuskan oleh syarak"

Tuliskan hukum bermusafir yang betul bagi situasi di atas.

4 lines
76.

" Bermusafir untuk melakukan perkara yang haram "

Nyatakan hukum bermusafir yang berkaitan dengan situasi di atas

4 lines
77.

Berikan satu adab bermusafir

4 lines
78.

Nyatakan satu adab berkomunikasi yang kamu tahu

4 lines
79.

" Komunikasi mestilah tidak melalaikan daripada tanggungjawab"

Tuliskan "betul" atau "salah" pada pernyataan di atas

4 lines
80.

" Maklumat yang diperoleh boelh disebarkan terus kepada orang lain "

Tuliskan " betul" atau " salah" pada penyataan di atas

4 lines
81.

Nama Penuh :

4 lines
82.

Tingkatan :

4 lines