Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIOLOGI T4 BAB 15

Total questions: 24

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Antara urutan berikut, yang manakah betul bagi pergerakan sperma keluar dari testis?

a)

Epididimis -> Vas deferens -> Uretra

b)

Epididimis -> Vas deferens -> Ureter

c)

Epididimis -> Uretra -> Vas deferens

d)

Tubul Seminiferus -> Uretra -> Epididimis

2.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan gejala sindrom prahaid?

a)

Demam

b)

Sakit gigi

c)

Bertambah berat badan

d)

Sakit di bahagian abdomen

3.

Apakah struktur P, Q, R, dan S?

a)

P- Duktus sperma

Q- Uretra

R-Skrotum

S-Testis

b)

P-Duktus sperma

Q- Uretra

R-Testis

S-Skrotum

c)

P-Uretra

Q-Duktus sperma

R-Skrotum

S-Testis

d)

P-Uretra

Q-Duktus sperma

R-Testis

S-Skrotum

4.

Rajah menunjukkan sistem pembiakan perempuan.


Antara A,B,C dan D, manakah tempat persenyawaan berlaku?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

5.

Rajah menunjukkan peringkat perkembangan folikel di dalam ovari.


Apakah fungsi hormon yang dirembeskan oleh X?

a)

Merangsang penebalan folikel

b)

Merangsang perkembangan folikel di dalam ovari

c)

Memperbaiki dan menebalkan dinding endometrium

d)

Merangsang ovulasi

6.

Bahagian manakah dalam sistem pembiakan wanita ovum dihasilkan?

a)

Serviks

b)

Ovari

c)

Uterus

d)

Faraj

7.

Rajah menunjukkan pembentukan kembar seiras.


Antara yang berikut, yang manakah TIDAK BENAR tentang ciri kembar di atas?

a)

Mempunyai kandungan genetik yang sama

b)

Mempunyai sifat fizikal yang sama

c)

Mempunyai plasenta yang berbeza

d)

Mempunyai jantina yang sama

8.

Rajah menunjukkan 28 hari kitar haid seorang wanita.


Antara bahagian kitar, A, B, C dan D, di manakah pengovulan paling mungkin berlaku?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

9.

Apakah hormon yang dirembeskan oleh bahagian hipotalamus otak manusia?

a)

Hormon perangsang folikel (FSH)

b)

Hormon peluteinan (LH)

c)

Hormon estrogen

d)

Hormon gonadotrofin (GnRH)

10.

Hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari ialah ...

a)

FSH

b)

GnRH

c)

LH

d)

progesteron

11.

Bilakah GnRH dirembeskan dalam suatu kitar haid?

a)

Hari kelima kitar haid

b)

Selepas habis haid

c)

Sehari sebelum haid

12.

Apakah fungsi FSH dalam kitar haid?

a)

merangsang ovulasi

b)

merangsang perkembangan folikel dalam ovari

c)

merangsang endometrium menjadi lebih tebal

d)

merangsang ovari untuk merembeskan progesteron dan estrogen

13.

Apakah sel yang terkandung dalam folikel ini?

a)

oosit primer

b)

oosit sekunder

c)

oogoium

d)

ovum

14.

Apakah nama proses yang ditunjukkan oleh rajah?

a)

Persenyawaan

b)

Perembesan hormon

c)

Ovulasi

d)

Peluluhan endometrium

15.

Apakah hormon yang merangsang ovulasi yang dijangka berlaku pada hari ke-14 dalam kitar haid?

a)

FSH

b)

estrogen

c)

LH

d)

progesteron

16.

Hormon ...... merangsang endometrium menjadi lebih tebal dan kaya dengan salur darah sebagai persediaan untuk penempelan embrio.

a)

FSH

b)

estrogen

c)

LH

d)

Progesteron

17.

Estrogen dirembeskan oleh ...

a)

hipotalamus

b)

kelenjar pituitari

c)

folikel Graaf

18.

Jika persenyawaan TIDAK berlaku, apakah yang terjadi kepada korpus luteum?

a)

Terus merembeskan estrogen dan progesteron

b)

Berkembang menjadi folikel Graaf

c)

Merosot

19.

Nyatakan fungsi uretra pada sistem pembiakan lelaki

a)

Merembeskan bendalir yang mengandungi nutrien untuk sperma

b)

Salur untuk mengeluarkan sperma dan air kencing keluar dari badan

c)

Memindahkan sperma ke dalam faraj perempuan semasa persetubuhan

d)

Memegang dan melindungi testis

20.

Nyatakan fungsi zakar pada sistem pembiakan lelaki

a)

Merembeskan bendalir yang mengandungi nutrien untuk sperma

b)

Salur untuk mengeluarkan sperma dan air kencing keluar dari badan

c)

Memindahkan sperma ke dalam faraj perempuan semasa persetubuhan

d)

Memegang dan melindungi testis

21.

Nyatakan fungsi skrotum pada sistem pembiakan lelaki

a)

Merembeskan bendalir yang mengandungi nutrien untuk sperma

b)

Salur untuk mengeluarkan sperma dan air kencing keluar dari badan

c)

Memindahkan sperma ke dalam faraj perempuan semasa persetubuhan

d)

Memegang dan melindungi testis

22.

Apakah fungsi serviks dalam sistem pembiakan perempuan?

a)

Mengeluarkan mukus untuk memudahkan sperma berenang ke dalam uterus

b)

Menghasilkan gamet betina (ovum) dan hormon seks wanita

c)

Memindahkan sperma ke dalam faraj perempuan semasa persetubuhan

d)

Menerima sperma dan menjadi saluran bayi dilahirkan

23.

Antara kaedah pencegah kehamilan berikut, yang manakah merupakan kaedah yang kekal ?

a)

Kondom

b)

Ligasi

c)

Vasektomi

d)

Implan

24.

Nutrien yang manakah penting untuk mencegah ibu hamil daripada menghidap anemia?

a)

Zat besi

b)

Protein

c)

Asid folik

d)

Karbohidrat