wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEP AKHIR TAHUN , PEND. ISLAM . T2

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Para malaikat dan orang berilmu mengakui _____, Keagungan dan Kebijaksanaan Allah SWT.

a)

Ketaatan

b)

Keesaan

c)

Kekuatan

d)

Kekayaan

2.

berikan maksud ayat ( فَٱعۡفُ عَنۡهُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ )

a)

tentulah mereka lari dari kelilingmu

b)

kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadanya

c)

dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati

d)

oleh itu, maafkanlah mereka dan pohonlah ampun bagi mereka

3.

MAKSUD FIRMAN ALLAH .... وسارعوا الي مغفرة من ربکم

a)

YANG DISEDIAKAN UNTUK ORANG BERTAKWA

b)

ALLAH MENYUKAI ORANG YANG BERBUAT KEBAIKAN

c)

DAN BERSEGERALAH KAMU KEPADA KEAMPUANAN ALLAH

d)

DAN SYURGA YANG LUAS SELUAS LANGIT DAN BUMI

4.

MAKSUD HADIS: TAKUTILAH KAMU AKAN API NERAKA WALAUPU BERSEDEKAH DENGAN

a)

BERAS

b)

GANDUM

c)

TAMAR

d)

ZAITUN

5.
Maksud dosa adalah
a)
Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhan-Nya
b)
Balasan yang setimpal kepada pendosa
c)
Kemurkaan Allah kerana melanggar perintah-Nya
d)
Balasan baik kerana melakukan maksiat
6.

Terangkan mengapa kita dituntut menjaga tutur kata dan tingkah laku ketika berada di tempat awam

a)

Untuk mengelakkan pergaduhan sesama orang ramai jika bercakap tidak sopan kita kan dibenci, kesimpulannya kita perlu berakhlak mulia

b)

Untuk menjaga maruah diri agar tidak dipandang rendah oleh orang lain supaya hidup menjadi tenang dan harmoni

c)

Untuk menjaga maruah diri dan keluarga agar tidak dicemuh oleh orang ramai sekiranya berkelakukan tidak sopan menyebabkan kita dan keluarga dihina

d)

Untuk menjaga maruah diri dan keluarga dari kejian orang ramai akibat tingkah laku yang tidak sopan, kesimpulannya kita perlu menjaga kemuliaan akhlak sepanjang masa

7.

Berikan maksud ayat (لِنتَ لَهُمۡۖ )

a)

tentulah mereka lari dari kelilingmu

b)

engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka

c)

maka dengan sebab rahmat daripada Allah

d)

dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati mereka

8.

Solat Jumaat berasal daripada perkataan al-Jumuah yang bermaksud _____________.

a)

berhimpun

b)

berkumpul

c)

perhimpunan

d)

beramai-ramai

9.

Antara berikut, yang manakah berkaitan rukun khutbah Jumaat?

I Didengar oleh 40 jemaah (mastautin)

II Memberi nasihat supaya bertakwa

III Berdoa untuk orang Islam pada khutbah kedua

IV Berkhutbah di atas mimbar

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

10.

Maksud MASTAUTIN......

a)

Orang yang sedang dalam perjalanan dengan jarak melebihi 2 marhalah

b)

Orang yang tinggal tetap di sesuatu tempat

c)

Solat imam bersama makmum sekurang-kurangnya seorang imam dan seorang makmum dengan syarat tertentu

d)

Orang yang menetap di satu tempat lebih daripada 3 hari tidak termasuk hari perjalanannya

11.

Jarak perjalanan 2 marhalah bersamaan ....

a)

90 km

b)

81 km

c)

84 km

d)

100 km

12.

Hikmah disyariatkan tayammum adalah menunjukkan bahawa allah swt kasih kepada hambaNya dengan memberi ..... untuk melakukan ibadat

a)

kemudahan

b)

keringanan

c)

tatacara

d)

kebaikan

13.

BERIKUT ADALAH SEBAB DIHARUSKAN TAYAMMUM KECUALI......

a)

telah masuk waktu solat

b)

tiada air atau tidak cukup air

c)

air berada di tempat yang jauh

d)

sejuk yang boleh memudaratkan kesihatan

14.

Siapakah yang ditugaskan menghantar makanan ke gua Tsur?

a)

saiyyidatina khadijah

b)

saiyyidatina aisyah

c)

asmak binti abu bakar

d)

saiyyidatina fatimah

15.

APAKAH KESAN DARIPADA PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH SAW KE MADINAH DARI SUDUT POLITIK.

a)

KEHIDUPAN MASYARAKAT MADINAH BERUBAH KEPADA SISTEM YANG LEBIH BAIK.

b)

TERTEGAKNYA NEGARA ISLAM PERTAMA YANG BERDAULAT DIBAWAH PIMPINAN RASULULLAH SAW.

c)

AJARAN ISLAM SEMAKIN TERSEBAR KERANA DAKWAH DAPAT DILAKSANAKAN SECARA LEBIH TERBUKA.

d)

KEDUDUKAN EKONOMI UMAT ISLAM SEMAKIN KUKUH MELALUI SISTEM EKONOMI ISLAM YANG DILAKSANAKAN.

16.

Apakah maksud Piagam Madinah?

a)

Undang-undang dan syariat Islam di Madinah

b)

Perlembagaan bertulis di Madinah

c)

Hudud di Madinah

d)

Syariat Islam di Madinah

17.

Manakah antara berikut menunjukkan contoh potongan ayat Al-Quran bagi hukum tajwid ikhfa' hakiki?

a)
b)
c)
d)
18.

Berikut adalah huruf-huruf bagi hukum tajwid

a)

Izhar Halqi

b)

Idgham Mislain

c)

Ikhfa' Haqiqi

d)

Idgham Maal Ghunnah

19.

Maksud syubhah ialah

a)

Sesuatu yang perlu disebarkan

b)

Sesuatu yang digalakkan oleh Islam

c)

Sesuatu yang menarik

d)

Sesuatu yang tidak diyakini halal atau haram

20.

Hukum membeli makanan luar negara yang tidak mempunyai logo halal pada bungkusan

a)

Halal

b)

Haram

c)

Syubhah

d)

Sunat

21.

Apakah maksud ayat berikut : إذا صلحت صلح الجسد كله ?

a)

jika daging itu rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya.

b)

ketahuilah! sesungguhnya dalam tubuh itu ada seketul daging.

c)

kemungkinan dia akan masuk ke kawasan larangan tersebut.

d)

jika daging itu baik, maka baiklah seluruhnya.

22.

Ketahuilah! sesungguhnya bagi setiap _____ itu memiliki kawasan _______

a)

tuan, rumah

b)

raja, larangan

c)

sultan, istana

d)

pemerintah, jajahan

23.

Jika sesuatu makan tersebut tidak mempunyai logo halal, apakah tindakan yang anda perlu lakukan sebagai seorang pelajar?

a)

Mencipta aplikasi yang sesuai

b)

Menghukum syarikat berkenaan

c)

Menyemak ramuan yang terdapat pada makanan

d)

Menyekat syarikat tersebut dari beroperasi

24.

Saidatina Fatimah binti Muhammad digelar __________ yang bermaksud putih berseri.

a)

Al-Humaira'

b)

Az-Zahra'

c)

At-Tohirah

d)

Ummul Mukminin

25.
Berikut merupakan sumbangan Saidatina Aisyah binti Abu Bakar, KECUALI
a)
Meriwayatkan banyak hadith
b)
Menjadi rujukan para sahabat dalam sesuatu perkara
c)
Memperkaya bidang Tafsir al-Quran
d)
Sediakan makanan untuk tentera Islam semasa perang Khandak
26.

Apakah keturunan Sayyidatina Khadijah?

a)

Bani Hashim

b)

Bani Aus

c)

Bani Asad

d)

Bani Khazraj

27.

Saidatina Aisyah wafat ketika berumur....

a)

28 tahun

b)

67 tahun

c)

18 tahun

d)

57 tahun

28.

Saidatina Aisyah r.a telah meriwayatkan tidak kurang _____________ hadis Rasulullah dalam pelbagai bidang.

a)

2210

b)

3320

c)

4430

d)

5540

29.

Saidatina Fatima r.a merupakan puteri ______________ kepada Rasulullah dan Saidatina Khadijah r.a

a)

sulung

b)

bongsu

c)

kedua

d)

ketiga

30.

Apakah masjid pertama yang di bina ?

a)

Masjidil Aqsa

b)

Masjid Nabawi

c)

Masjid Qiblatain

d)

Masjid Quba'

31.

manakah antara berikut merupakan doa yang dianjurkan ketika hendak masuk ke masjid ?

a)

اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِك

b)

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي،

c)

اَللّٰهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

d)

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً

32.

Pada zaman bilakah Al-Quran mula dibukukan?

a)

Saidina Abu bakar

b)

Saidina Umar

c)

Saidina Uthman

d)

Saidina Ali

33.

Pilih pernyataan yang tepat mengenai maksud Al-Qadir.

a)

Sifat Allah yang Maha Berkuasa dan tidak memerlukan kepada sesuatu yang lain

b)

Sifat Allah yang menguasai seluruh alam meliputi matahari, bulan, bintang dan cakerawala serta berkuasa menukarkan siang dan malam

c)

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang berkuasa mencukupkan segala keperluan mengikut kehendaknya

d)

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang berkuasa menentukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak (iradah) dan ilmu-Nya

34.

Apakah maksud Al-Qawiy (القَويُّ ) dari segi istilah?

a)

nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah merupakan Maha Pengampun.

b)

nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak (iradat) dan ilmuNya

c)

nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah yang Maha Kuat dan mempunyai kekuatan yang sempurna.

d)

nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah Maha Melihat.

35.

Taubat ialah _________________________.

a)

Berdoa dan memohon maaf kepada Allah.

b)

Memohon maaf kepada manusia.

c)

Kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa.

d)

Menyesal dengan dosa yang dilakukan.

36.
Berikut merupakan sifat-sifat orang bertaqwa yang dinyatakan dalam ayat 133 - 136 Surah Ali Imran KECUALI :
a)
Solat berjamaah 5 waktu
b)
Membelanjakan harta di jalan Allah
c)
Mengawal diri ketika marah
d)
Segera bertaubat apabila buat dosa
37.

Maksud puasa dari segi bahasa?

a)

Menahan diri

b)

Menahan nafsu

c)

Menahan sakit perut

d)

Menahan marah

38.

Mumaiyyiz adalah salah satu daripada ….

a)

Rukun puasa

b)

Syarat wajib puasa

c)

Syarat sah puasa

d)

Perkara makruh ketika puasa

39.

احمد صلاة ظهر دالم وقتو عصر، برايکوت اداله صلاة جمع ؟

a)

صلاة قصر

b)

صلاة جمع تقديم

c)

صلاة جمع تأخير

d)

صلاة جمع دان قصر

40.

برايکوت اداله شرط صلاة قصر کچوالي ؟

a)

مسافير برتوجوان باءيق

b)

برامامکن اورڠ يڠ صلاة سمڤورنا

c)

برنية دالم تکبيرة الإحرام

d)

جارق ڤرجالنن لبيه دوا مرحلة