WorksheetsHadis: Hadis 12
Total questions: 5
Worksheet time: 3mins
Berdasarkan jawapan anda di bawah, Apakah nama tajuk hadis ini?
Tinggalkanlah Perkara yang Tidak Bermanfaat
Tinggalkanlah Keraguan
Kasih-Mengasihi Sesama Muslim
Kehormatan Muslim
Tanda________ Islam seseorang, dia ________ sesuatu yang tidak ________ baginya
Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.
meninggalkan,baiknya,berguna
berguna,baiknya,meninggalkan
baiknya,meninggalkan,berguna
Berapakah pelajaran hadis yang tersebut dalam Hadis 12?
4
5
7
2
Nyatakan pelajaran dalam Hadis 12?
Antara sifat-sifat seorang muslim adalah dia sentiasa menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara yang mulia serta menjauhkan perkara yang hina dan rendah moral
Mendidik diri dan merawatannya dengan meninggalkan perkara-perkara yang tidak bermanfaat didalamnya.
Menyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah kesia-siaan dan merupakan pertanda kelemahan iman.
Dianjurkan untuk memanfaatkan waktu dengan sesuatu yang manfaatnya kembali kepada diri sendiri bagi dunia ataupun akhirat.
Ikut campur terhadap sesuatu yang bukan urusannya dapat mengakibatkan kepada perpecahan dan pertikaian diantara manusia
Apakah maksud dalam Hadis ini?
Daripada lbnu 'Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). (Surah al-Mukminun 23:51) Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).(Surah al-Baqarah 2:172) Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?"
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya."
