Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

set spm 5

Total questions: 20

Worksheet time: 5hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Pada zaman bilakah catan di bawah dihasilkan?

a)

Rococo   

b)

Baroque

c)

Renaissance

d)

Neoklasisisme

2.

Maklumat di bawah tentang salah satu ciri-ciri satu aliran seni cetakan barat .

·         Karya bersifat romantik,tragedi,sejarah dan landskap

·         Konsep menekankan emosi oleh pengkarya

Apakah aliran seni cetakan tersebut ?

a)

Rococo   

b)

Baroque

c)

Renaissance

d)

Romantitisme

3.

Apakah maksud penggunaan teknik chiaroscuro dalam karya catan ?

a)

Nilai keindahan pada catan

b)

Garisan perspektif dalam seni visual

c)

Kontras yang kuat antara cahaya dan bayang

d)

Teknik catan menggunakan sapuan terus dari tiub 

4.

Manakah antara berikut ciri-ciri yang terdapat pada karya catan di bawah.

I     Palitan warna lebih spontan

II    Karya bersifat propaganda

III   Komposisi catan yang dinamik

IV  Menekankan kesan perubahan cahaya

a)

I     dan     II  

b)

I     dan     IV

c)

II    dan     III

d)

III   dan     IV  

5.

Apakah aliran seni catan yang lahir selepas era Renaissance .

a)

Rococo

b)

Baroque  

c)

Neoklasisisme 

d)

Romantisisme

6.

Manakah antara berikut, ciri-ciri yang terdapat pada catan cat minyak .

 

I     Cepat kering  

II    Legap

III  Lambat kering

IV  Lut sinar

a)

I     dan     II 

b)

I     dan     IV

c)

II    dan     III

d)

III   dan     IV    

7.

Jika meminati karya yang mengambarkan kehidupan sebenar dan peniruan, apakah aliran catan yang patut menjadi panduan ?

a)

Naturalisme

b)

Romantisisme

c)

Impresionisme

d)

Ekspresionisme

8.

Berdasarkan gambar karya catan di bawah, apakah yang diberi penekanan terhadap catan era Renaissance?

a)

Nisbah keemasan

b)

Olahan warna yang tebal

c)

Kesan sapuan berus spontan

d)

Penggunaan perspektif linear

9.

Catan di bawah merupakan sebahagian dari karya Francois Gerard .

Apakah tema yang hendak disampaikan pada catan aliran Neoklasisisme di bawah ?

a)

Pariotisme

b)

Penjajahan

c)

Perpaduan

d)

Peperangan

10.

Manakah antara dua aliran berikut ada persamaan dari aspek keaslian dan ketepatan imej?

 

I     Realisme

II    Romantisme

III  Impresionisme

IV  Naturalisme 

a)

I     dan     II 

b)

I     dan     IV

c)

II    dan     III

d)

III   dan     IV

11.

Berdasarkan karya seni cetakan abad ke-15 di bawah, apakah pernyataan yang sesuai tentang cetakan pada masa itu ?

a)

Untuk tujuan pendidikan

b)

Bertujuan untuk propaganda

c)

Berfungsi untuk  infomasi

d)

Komposisi cetakan bersifat asimetri 

12.

Gambar rajah di bawah menunjukkan plat tembaga untuk cetakan.

Apakah teknik  cetakan yang menggunakan plat tersebut?

a)

Teknik gurisan asid

b)

Teknik Litografi

c)

Teknik  Serigrafi  

d)

Teknik timbulan blok logam

13.

Dimanakah kedudukan dakwat cetakan bagi kaedah cetakan benaman (intaglio) ?

a)

Terletak di atas blok kayu

b)

Terletak di bawah kain sutera  

c)

Terletak di dalam alur turisan  

d)

Terletak di luar alur turisan

14.

Apakah perubahan yang telah berlaku dalam seni cetakan barat pada abad ke-18 dan ke-19 ?

a)

Seni cetakan untuk keagamaan

b)

Berfungsi untuk tujuan komersial

c)

Kepingan lino menggantikan kayu

d)

Cetakan litografi mula mengambil tempat  

15.

Berdasarkan gambar rajah di bawah , apakah teknik  cetakan yang menggunakan peralatan di bawah ?

a)

Gurisan asid

b)

Gurisan tembaga

c)

Cetakan monotaip

d)

Cetakan kayu

16.

Pilih antara berikut seni cetakan jenis timbulan .

 

I     Cetakan lino

II    Batu khas

III   Plat logam

IV   Cetakan blok kayu

a)

I     dan     II 

b)

I     dan     IV

c)

II    dan     III

d)

III   dan     IV

17.

Garisan terang dan gelap terbentuk akibat kedalaman asid memakan plat logam

Apakah jenis cetakan di atas ?

a)

Stensil

b)

Planografi 

c)

Benaman 

d)

Timbulan 

18.

Gambar rajah di bawah menunjukkan seni cetakan karya Rembrandt van Rijn .

Apakah blok cetakan yang digunakan dalam karya tersebut ?

a)

Blok cetakan kayu 

b)

Blok cetakan batu  

c)

Blok cetakan plat logam  

d)

Blok cetakan sutera saring

19.

Apakah fungsi asid bagi cetakan gurisan asid dalam cetakan benaman ?

a)

Melicinkan permukaan plat logam

b)

Mencuci kotoran pada plat logam

c)

Mencairkan warna dakwat cetakan

d)

Mengguris imej kedalam kepingan logam

20.

Apakah fungsi aktiviti di bawah dalam proses menghasilkan karya cetakan potongan kayu ?

a)

Dakwat cepat kering pada permukaan plat

b)

Memindahkan dawat pada plat  ke permukaan kertas

c)

Meratakan dakwat pada permukaan plat logam

d)

Menghasilkan  kesan turisan pada permukaan plat