Font size
WorksheetsSistem Bahasa (Tatabahasa)
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
"Hidup __________ sungguh sunyi sejak kehilangan anak yang tersayang," kata wanita itu kepada wartawan yang menemu bualnya.
dia
kita
saya
mereka
Pasukan bahas sekolah kami menang _________ dalam pertandingan akhir peringkat negeri semalam.
tipis
nipis
kecil
sedikit
Zarina mengelap muka adiknya yang ____________ dengan sehelai sapu tangan selepas makan aiskrim.
buruk
hodoh
comot
cemar
"Bolehkah __________ berjumpa dengan ______________ sebentar untuk berbincang tentang majlis yang akan diadakan pada pagi esok?" tanya Laksamana kepada Bendahara.
hamba ... beta
patik ... tuanku
hamba ... tuan hamba
tuan hamba ... hamba
Sultan : Beta akan __________ untuk bertemu dengan rakyat jelata pagi esok.
Laksamana: Baiklah, tuanku.
menjunjung kasih
menjunjung titah
merafak sembah
mencemar duli
Ibu memasukkan ____________ ke dalam bantal yang sudah nipis itu.
bebola
kekabu
dedaun
bebawang
Ibu menyapu sedikit cecair pada luka di kaki adik akibat terjatuh di taman permainan.
antibodi
antiseptik
antirasuah
antijenayah
Puan Salbiah ____________ anak lelakinya yang asyik menonton televisyen dan tidak menyiapkan kerja sekolahnya.
meleteri
meratapi
mencemuhi
mengingkari
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Puan Rosnah berasa __________ apabila diberitahu bahawa anaknya menerima anugerah Murid Cemerlang di sekolah.
jauh hati
ambil hati
besar hati
berat hati
"Rais, jangan bangkang kata-kata abang kamu," kata Puan Zaiton.
Pilih perkataan sinonim bagi bangkang.
bantah
lawan
kecoh
dengki
"Cikgu, Aizat memberitahu bahawa __________ dia tidak dapat menghadiri kelas tambahan pada hari Sabtu ini," kata Zarul kepada Cikgu Zakariah.
dia
kita
beliau
mereka
Aina ingin menolak permintaan rakannya itu ____________ dia tidak mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian.
lalu
tetapi
kecuali
kerana
Semua makanan yang ditelannya terasa __________ kerana dia tidak sihat sejak beberapa hari yang lalu.
tengik
pahit
pedih
perit
"Izinkan __________ berjumpa dengan ___________ sultan sebentar di balairung," kata bendahara kepada pengawal istana.
beta ... patik
Patik ... tuanku
hamba ... baginda
tuan hamba ... baginda
Sultan: Perintahkan semua rombongan untuk ___________ seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Laksamana: Baiklah, tuanku.
beradu
bersiram
bersantap
beristirahat
Pak Samad menggunakan untuk mengukur sudut tepat meja yang dibuatnya.
jejari
kekisi
sesiku
kekuda
Kayu balak yang hanyut itu ____________ apabila dipukul ombak.
terliang-liuk
terolang-aling
terkontang-kanting
terpontang-panting
Pihak polis telah memberikan pingat ____________ kepada Azhari kerana telah membantu mereka menangkap perompak itu tempoh hari.
ketaatan
kepintaran
keberanian
kesungguhan
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Murid lelaki yang ___________ itu telah dibawa menghadap guru disiplin kerana suka mencuri.
busuk hati
panjang akal
tangkai jering
panjang tangan
Batrisya tidak pernah berasa jelak untuk mengulang kaji pelajaran kerana dia ingin mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Pilih perkataan sinonim bagi jelak.
jemu
sabar
bosan
gelisah
Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena
disambut kemerdekaan tanah air selesai.
bertepok - bertepuk
disambut - sambutan
Kanak-kanak - kanak
disambut - sambutan
bertepok - bertepuk
nyanyian - menyanyi
Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.
lawatan - melawat
seminar - semenar
dibawa - membawa
peresmian - perasmian
lawatan - melawat
peresmian - perasmian
Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi
pingat dalam acara yang disertai.
Sukan - sukan
disertai - menyertai
atlit - atlet
menangi - memenangi
Asia - asia
mewkili - wakili
Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahun
di pinggir sungai itu telah menyebar ke seloroh negara.
seloroh - seluruh
menyebar - tersebar
pusara - posara
pengkaji - mengkaji
pusara - posara
menyebar - tersebar
Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah dikenali
bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita.
steysen - stesen
pengguna - mengguna
ekspres - xpres
pengguna - mengguna
steysen - stesen
dikenali - diperkenalkan
Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan
termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.
Pulau Pinang - pulau pinang
dirancangkan - merancang
ke 51 - ke-51
disembahkan - dipersembahkan
boria - buria
sambutan - menyambut
“Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk
khidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.
kaki tangan - kakitangan
khidmatan - perkhidmatan
ramah - remeh
menggunting - gunting
kaki tangan - kakitangan
menggunting - gunting
Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari diri
daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.
marwah - maruah
menjaga - jaga
keluarga - keluarge
menjaga - jaga
marwah - maruah
menghindari - menghindarkan
Majlis pelancaran album baru penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar di
sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
ibu kota - ibukota
pelancaran - melancarkan
baru - baharu
besar-besar - besar-besaran
ibu kota - ibukota
besar-besar - besar-besaran
Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak tradisional
Melayu pada minggu yang lalu.
Restoren - Restoran
hidangan - menghidangkan
Melayu - melayu
hidangan - menghidangkan
Restoren - Restoran
masak - masakan
