wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

set spm 6

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Salah satu ciri Seni bina rumah tradisional Melayu ialah rumah berpanggung . Apakah maksud bagi istilah rumah berpanggung tersebut ?

a)

Rumah terletak di tepi sungai  

b)

Rumah mempunyai perabung panjang

c)

Rumah mempunyai empat ruang utama

d)

Rumah didirikan atas struktur tiang

2.

Manakah satu fungsi yang tepat bagi ruang X, bagi sebuah rumah tradisional Melayu ?

I     Ruang menyimpan barang

II    Ruang menyirat pukat

III   Ruang menyambut tetamu

IV   Ruang tempat makan petang

a)

I     dan     II

b)

I     dan     IV

c)

II    dan     III

d)

III   dan     IV   

3.

Apakah falsafah disebalik  Binaan bumbung Rumah Bujang yang rendah pada bahagian  pintu ?

a)

Tanda mentaati ketua keluarga

b)

Mengurangkan kos pembuatan rumah

c)

Sebagai tanda hormat kepada tuan rumah

d)

Sebagai ucapan selamat datang pada tetamu

4.

Berdasarkan gambar rajah di bawah, apakah jenis rumah tradisional Melayu tersebut ?

a)

Rumah Kutai

b)

Rumah Bujang

c)

Rumah Berpeleh

d)

Rumah Bumbung Perak

5.

Manakah maklumat yang betul tentang Rumah Limas ?

 

I     Dikenali juga  sebagai Rumah Baju Kurung

II    Bumbung terdiri daripada perabung lurus

III   Bumbung melengkung pada bahagian hujung

IV   Pada puncak bumbung terdapat tunjuk langit 

a)

I     dan     II 

b)

I     dan     IV

c)

II    dan     III

d)

III   dan     IV  

6.

Pilih antara masjid berikut yang dibina menggunakan teknik ‘tebuk pasak’, iaitu tanpa menggunakan paku.

a)

Masjid Negara 

b)

Masjid Ubudiah

c)

Masjid Tengkera

d)

Masjid Kampung Laut

7.

Gambar rajah di bawah menunjukkan Gereja Gereja St. Paul yang terletak di Melaka .

Apakah jenis bahan binaan bagi menghasilkan gareja tersebut ?

a)

Batu granit

b)

Batu laterit

c)

 Bata putih

d)

Bata kapur

8.

Apakah perlambangan dari  binaan kolam yang di dipenuhi dengan ikan kap Jepun dan kura-kura yang terdapat di Tokong Sam Poh Tong ?

a)

Simbol panjang umur 

b)

Simbol budi pekerti

c)

Simbol  alamat baik

d)

Simbol Kekayaan  

9.

Gambar rajah di bawah menunjukkan satu seni bina yang terdapat di dalam istana.

Apakah nama seni bina  tersebut ?

a)

Dewan mengadap

b)

 Singgahsana

c)

Balairong seri

d)

Dewan santapan

10.

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebuah istana yang terdapat di dalam negara .

Namakan istana tersebut ?

a)

Istana Maziah

b)

Istana Iskandariah

c)

Istana Bukit Sinere

d)

Istana Seri Menanti

11.

Pilih antara berikut ciri-ciri lukisan yang terdapat pada aliran Kubisme .

 

I    Karya geometri yang diabstrakkan

II   Lukisan luahan emosi secara spontan

III  Menggunakan warna terang yang pelbagai

IV  Objek digambarkan dalam rupa satah

a)

  I     dan     II 

b)

I     dan     IV

c)

II    dan     III

d)

III   dan     IV

12.

Jika anda melihat karya lukisan begini dalam satu pameran seni, apakah aliran yang paling sesuai bagi karya tersebut ?

a)

 Surealisme

b)

Kubisme

c)

Seni Pop

d)

Seni Op

13.

Lukisan di bawah dihasilkan oleh pelukis Albert Marquet  semasa era aliran Fauvisme .

Apakah  ciri-ciri yang terdapat pada karya tersebut ?

I    Karya geometri yang diabstrakkan

II   Lukisan luahan emosi secara spontan

III  Objek dikenali walaupun tanpa perincian

IV  Objek digambarkan secara bawah sedar

a)

I     dan     II 

b)

I     dan     IV

c)

II    dan     III

d)

III   dan     IV

14.

Pilih media yang digunakan bagi menghasilkan lukisan karya era Kubisme di bawah.

a)

Kapur

b)

Krayon

c)

Pastel

d)

Pensil warna

15.

Manakah  antara senarai media berikut  merupakan media bagi seni lukisan .

a)

Arang, pensil, krayon dan dakwat

b)

Krayon, maker, pensil warna, akrilik

c)

Akrilik , gouache, arang dan dakwat

d)

Pensil, arang. Dakwat dan gouache

16.

Antara berikut pilih maklumat yang berkaitan dengan  aliran Surealisme  ?

I    Lukisan aksi secara spontan    

II   Mengaplikasi gaya popular

III  Kreativiti minda bawah sedar

IV  Karya menimbulkan kesan aneh

a)

I     dan     II 

b)

I     dan     IV

c)

II    dan     III

d)

III   dan     IV

17.

Antara karya seni  di bawah yang manakah boleh dikaitkan dengan Seni Op ?

a)
b)
c)
d)
18.

Pilih antara aliran seni lukisan di bawah yang mempunyai sifat menolak realiti  dan sukar untuk difahami .

a)

Ekspresionismen Abstrak

b)

Ekspresionisme

c)

Surealisme

d)

Fauvisme

19.

Gambar rajah di bawah menunjukkan satu media seni lukisan.

Apakah nama media tersebut?

a)

Kapur

b)

Pastel

c)

Krayon

d)

Pen maker

20.

Manakah  antara aliran seni berikut yang menjadikan objek konsumer sebagai  hal benda?

a)

Seni Op

b)

Seni Pop

c)

Kubisme

d)

Surealisme