Font size
WorksheetsPSV TINGKATAN 3 | BAB 4 : SENI ARCA
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
Antara berikut yang manakah bukan definisi seni arca?
Hasil produk seni dalam 3 dimensi.
Dapat disentuh dan dilihat pelbagai sudut.
Utamakan konsep 2 dimensi.
Menekankan prinsip ruang.
Siapakah pengarca yang menghasilkan karya "Gejolak Api" seperti dalam gambar tersebut?
Raja Shahriman Raja Aziddin
Ramlan Abdullah
Rosli Zakaria
Mad Anuar Ismail
_____________ merupakan arca yang diperagakan dengan tujuan penghayatan nilai keindahannya sahaja. Kebiasaannya arca dipamerkan di ruang galeri sebagai perhiasan.
Arca Estetik
Arca Timbulan
Arca Berfungsi
Arca Mobail
_____________ merupakan arca yang mempunyai nilai estetik tetapi digunakan untuk tujuan kepentingan seperti sebuah kerusi untuk tempat duduk.
Arca Berfungsi
Arca Estetik
Arca Timbulan
Arca Mobail
Antara berikut, yang manakah bukan kaedah asas membentuk arca?
Manipulasi
Luakan
Binaan
Tampalan
__________ berkemampuan untuk bergerak, berputar atau berombak.
Arca Mobail
Arca Asemblaj
___________ dibentuk dengan menggunakan acuan.
Arca Acuan
Arca Dinding
Gambar tersebut menunjukkan jenis arca __________.
berfungsi
estetik
timbulan
luakan
"Anthony Lau, Lembu Liar, 1962, batu dan habuk simen"
Apakah bentuk arca yang menggunakan satu jenis bahan utama sahaja untuk dibina, ditambah dan dicantum?
Arca Binaan
Arca Timbulan
Arca Dinding
Arca Luakan
__________ berbentuk 3D yang menonjol keluar daripada satu permukaan 2D yang rata.
Arca Timbulan
Arca Binaan
Berdasarkan gambar, apakah kaedah asas membentuk arca tersebut?
Acuan
Binaan
Manipulasi
Luakan
Pada awal tahun 1980-an, sekumpulan pengarca muda lepasan _________________ telah membawa nafas baru dalam arena seni arca.
Institut Teknologi MARA
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pada tahun 1976, ________________ telah berjaya mengadakan pameran seni arca pertama yang mampu dibanggakan.
Balai Seni Negara
Muzium Negara
______________ ialah penghasilan seni yang diletakkan di ruang terbuka.
Seni arca awam
Seni arca khusus
Perkataan arca dalam bahasa inggeris disebut sebagai _________.
sculpture
sculptor
Kaedah mengukir dan membuang bahagian berlebihan pada bahan yang digunakan seperti bongkah kayu, lilin dan sebagainya dikenali sebagai kaedah __________.
luakan
potongan
hirisan
torehan
Mengapakah "Plaster of Paris" dan lilin digunakan dalam arca acuan?
Bahan tersebut mudah diperolehi.
Bahan tersebut mudah membeku.
Bahan tersebut memerlukan kos yang rendah.
Bahan tersebut digunakan oleh semua pengarca.
Antara pengarca-pengarca berikut, yang manakah bukan pengarca di Malaysia?
Rosli Zakaria
Ramlan Abdullah
Mad Anuar Ismail
Dzulkifli Buyong
Arca _________ merupakan cantuman pelbagai bahan terbuang yang berbeza.
asemblaj
stabil
Apakah elemen penting dalam penghasilan seni arca?
Ruang
Media
Warna
Alatan
Seni arca merupakan hasil produk seni dalam bentuk (a) .
Menggunakan satu jenis bahan utama sahaja untuk dibina, ditambah atau dicantumkan sehingga menghasilkan satu struktur yang lebih besar. Dua teknik yang biasa digunakan ialah berkerangka dan tidak berkerangka.
Ini adalah kaedah asas membentuk arca __________.
manipulasi
binaan
luakan
acuan
"Bahan yang sesuai digunakan ialah bahan cecair yang mudah membeku seperti lilin, Plaster of Paris , simen dan sebagainya. Arca ini boleh dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh masa yang singkat."
Ini adalah kaedah asas membentuk arca __________.
manipulasi
binaan
luakan
acuan
Kaedah mengukir dan membuang bahagian berlebihan pada bahan yang digunakan seperti bongkah kayu, Plaster of Paris , batu marmar, lilin atau tanah liat sehingga pengarca berpuas hati dengan rupa, ruang, jalinan dan bentuk yang tinggal. Antara peralatan yang diperlukan ialah pahat, penukul, gergaji dan pengikis.
Ini adalah kaedah asas membentuk arca __________.
manipulasi
binaan
luakan
acuan
Membentuk arca dengan menggunakan kemahiran tangan seperti pembuatan model. Bahan terbuka seperti tin, dawai, doh dan tanah liat boleh digunakan untuk penghasilan arca tiga dimensi.
Ini adalah kaedah asas membentuk arca __________.
manipulasi
binaan
luakan
acuan
Apakah jenis arca daripada cantuman pelbagai bahan terbuang yang berbeza?
Arca asemblaj
Arca mobail
Arca luakan
Arca timbulan
Satu peragaan arca yang menggunakan persembahan berdasarkan tempat dan masa yang sebenar.
Apakah bentuk arca tersebut?
Arca dinding
Arca asemblaj
Arca instalasi
Arca luakan
Arca ini mempunyai seni kinetik kerana kemampuannya bergerak, berputar atau berombak.
Apakah bentuk arca tersebut?
Arca acuan
Arca estetik
Arca berfungsi
Arca mobail
Arca (a) merupakan arca yang diperagakan dengan tujuan penghayatan nilai keindahannya sahaja.
Seni arca _____________ ialah penghasilan seni yang diletakkan di ruang terbuka.
awam
berfungsi
Apakah ciri utama dalam seni arca?
Digunakan sebagai hiasan.
Seni yang berbentuk tiga dimensi.
Digunakan untuk upacara keagamaan.
Boleh dihasilkan dengan pelbagai media.
Antara berikut, yang manakah bukan berkaitan dengan proses dalam penghasilan arca?
Mengukir
Memotong
Menggores
Melempar
Arca terbahagi kepada _____ jenis.
satu
dua
tiga
empat
Antara berikut, yang manakah bukan arca berfungsi?
Arca koleksi di Balai Seni Lukis Negara.
Patung kaum Mah Meri dan kaum Jah Hut.
Mimbar di masjid.
Tugu Negara.
Arca jenis apakah yang sangat memerlukan alatan seperti pahat, penukul, kapak, gergaji dan pengikis?
Arca luakan
Arca tambahan
Arca binaan
Arca acuan
