wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Pengukuhan B3T5 KSSM

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peristiwa yang membawa kepada penubuhan Durbar pada tahun 1897?

a)

Penubuhan NNMB

b)

Pembentukan Persekutuan

c)

Pembubaran Sistem Residen

d)

Pembentangan terhadap British

2.

Pernyataan berikut berkaitan dengan Durbar.

" Merupakan sebuah majlis persidangan bagi Raja-raja Melayu negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan."

Apakah yang dibincangkan oleh Durbar dengan pihak British?

a)

Pilihan raya negara

b)

Undang-undang Islam

c)

Hal Ehwal pentadbiran

d)

Kerakyatan yang sama

3.

Apakah perlembagaan yang memperuntukan penubuhan Majlis Sultan-Sultan?

a)

Malayan Union

b)

Charter of Justice

c)

Negeri-negeri Selat

d)

Persekutuan Tanah Melayu

4.

Mengapakah Majlis Sultan-sultan ditubuhkan?

a)

Mengelakkan campur tangan kuasa Barat

b)

Membincangkan perundangan agama islam

c)

Mengukuhkan pembangunan sosioekonomi

d)

Mengekalkan kedudukan pembesar tempatan

5.

Terdapat tiga pegawai kanan British sebagai anggota Majlis Sultan-Sultan.

Siapakah pegawai kanan British tersebut?

I Penasihat Kerja Raya

II Setiausaha Pertahanan

III Setiausaha Kewangan

IV Penasihat Undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Persidangan Majlis Raja-Raja perlu disertai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Apakah peranan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tersebut?

a)

Mengukuhkan kedaulatan raja

b)

Menguruskan sekretariat Majlis

c)

Meluluskan rang undang-undang

d)

Memeterai keputusan persidangan

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan Yang di-Pertua Negeri.

" Yang di-Pertua Negeri tidak turut serta dalam mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang melibatkan institusi beraja."

Apakah perkara institusi beraja tersebut?

a)

Perubahan sempadan negeri

b)

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

8.

Antara berikut, yang manakah keanggotaan Majlis Raja-Raja selepas merdeka?

I Yang di-Pertua Labuan

II Yang di-Pertua Negeri Sabah

III Yang di-Pertua Negeri Melaka

IV Yang di-Pertua Wilayah Persekutuan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Bagaimanakah Majlis Raja-Raja memperkenankan perubahan sempadan negeri?

a)

Mendapat perkenan raja-raja berkenaan

b)

Mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong

c)

Mendapat kelulusan daripada Dewan Negara

d)

Mendapat perkenan Dewan Undangan Negeri

10.

Majlis Raja-Raja memberikan nasihat berkaitan dengan perlantikan jawatan tertentu.

Apakah jawatan tersebut?

a)

Menteri Tak Berportfolio

b)

Peguam Negara

c)

Ketua Audit Negara

d)

Ketua Angkatan Tentera

11.

Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 mulai 13 Januari 2019.

Bagaimanakah pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan?

I Secara bergilir-gilir

II Melalui pilihan raya

III Kaedah sistem warisan

IV Peruntukan Perlembagaan Malaysia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Jika seorang pegawai tinggi angkatan tentera dijatuhi hukuman, siapakah yang berkuasa memberi pengampunan kepada pegawai tersebut?

a)

Perdana Menteri

b)

Menteri Pertahanan

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Hakim Mahkamah Tinggi

13.

Berikut adalah tentang sistem pemerintahan Malaysia.

"Yang di-Pertuan Agong ( Badan Perundangan, Badan Eksekutif, Badan Kehakiman)".

Sistem pentadbiran tersebut membuktikan Malaysia mengamalkan

a)

dasar politik terbuka

b)

pemerintahan autokratik

c)

konsep pengasingan kuasa

d)

sistem raja berkuasa mutlak

14.

Apakah kuasa raja mengikut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Memberi bintang kehormat

b)

Melantik jawatan utama negara

c)

Memanggil Parlimen bersidang

d)

Melantik Senator

15.

Bagaimanakah kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan selepas Perang Dunia Kedua?

a)

Penubuhan gagasan Malayan Union

b)

Penyatuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

c)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

d)

Pembentukan Jawatankuasa Kerja