wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Bab 6 Tingkatan 5

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Terdapat cabaran yang perlu ditangani oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah.

Apakah cabaran tersebut?

 

 

a)

Masih mengamalkan pertanian sara diri

 

 

b)

Belanja untuk mengurus yang tinggi

 

c)

 

Kekurangan tenaga buruh kerja

 

d)

 

Teknologi rendah

2.

Pada bulan September 1966, situasi politik di Sarawak sekali lagi tidak menentu apabila Stephen Kalong Ningkan mendapat undi tidak percaya daripada Council Negeri.

Apakah kemuncak ketidakstabilan politik ini?

a)

Pilihan raya negeri segera dilaksanakan

 

b)

Tawi Sli dilantik sebagai Ketua Menteri

 

c)

 

Gabenor ketuai pentadbiran negeri

 

 

 

 

d)

Campur tangan kerajaan pusat

3.

Jarak yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah merupakan antara cabaran selepas pembentukan Malaysia.

Apakah cabaran yang dimaksudkan?

a)

Intergrasi nasional

 

 

 

 

b)

Kawalan keselamatan

 

 

c)

Pengurusan pentadbiran

d)

 

 

Kemudahan pengangkutan terhad

4.

Isu perkauman merupakan satu faktor pemisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia.

Apakah perkara yang dituntut oleh Singapura?

a)

Kerakyatan jus soli

 

 

 

b)

Sistem pendidikan seragam

 

c)

 

Hak sama rata semua kaum

d)

 

 

Kedudukan sama semua agama

 

5.

Sarawak telah menerima ancaman komunis sejak pendudukan Jepun lagi.

Antara organisasi berikut, yang manakah terlibat dalam melakukan ancaman tersebut?

a)

Pejuang Tanah Air (PETA)

b)

Parti Komunis China (CCP)

c)

Parti Komunis Malaya (PKM)

d)

Pertubuhan Sulit Komunis (CCO)

6.

Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) adalah cabang gerakan komunis di Sarawak.

Apakah matlamat penubuhan pasukan tersebut?

a)

Membebaskan Sarawak

b)

Menguasai pentadbiran negeri

c)

Menggabungkan Sarawak dan Indonesia

d)

Menubuhkan Republik Komunis di Sarawak

7.

Strategy Counterinsurgency (COIN) merupakan salah satu usaha bagi melindungi rakyat daripada ancaman komunis.

Apakah langkah yang telah dilakukan melalui strategi tersebut?

a)

Menyerah diri tanpa sebarang hukuman

 

b)

 

Memenangi hati dan fikiran rakyat

 

c)

 

Penempatan semula penduduk

 

d)

 

Menangkap tanpa perbicaraan

 

 

8.

Isu kesihatan dan sosial merupakan antara isu yang timbul dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama.

Apakah inisiatif kerajaan bagi mengatasi isu tersebut?

a)

Menubuhkan pasukan Palang Merah

b)

Mewajibkan imunisasi kepada kanak-kanak

c)

Menambahkan bilangan doktor di pedalaman

d)

Memperkenalkan program Perancang Keluarga

9.

Peristiwa rusuhan kaum berlaku pada 13 Mei 1969 iaitu beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ketiga.

Apakah faktor yang mencetuskan rusuhan tersebut?

I Hasutan Parti Komunis Malaya

 

II Pergaduhan antara kongsi gelap

 

III Penipuan keputusan pilihan raya

 

IV Ketidakseimbangan dalam ekonomi

 

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Berikutan peristiwa rusuhan kaum, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) menerusi Jabatan Penerangan telah bertindak menyekat berita palsu.

Apakah langkah yang dilakukan bagi menyekat berita tersebut?

a)

Membentuk pasukan risikan

 

 

b)

Menutup syarikat percetakan

 

 

 

 

c)

Menggantung penerbitan akhbar

 

d)

 

Menubuhkan jabatan percetakan