Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Total questions: 50

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Muiz dan abangnya ____________ menonton televisyen ketika ibu dan ayahnya pulang dari kerja.

a)

mesti

b)

mahu

c)

dapat

d)

sedang

2.

"Cikgu, ____________ tidak dapat hadir latihan hoki pada petang ini kerana hendak melawat nenek yang sakit di kampung", kata Aisya dan adiknya kepada Cikgu Salman.

a)

dia

b)

kita

c)

kami

d)

kalian

3.

Kita perlulah makan makanan yang ______________ supaya tubuh kita dapat berfungsi dengan normal.

a)

segar

b)

masak

c)

berkhasiat

d)

secukup rasa

4.

Harris berasa sangat marah lalu ___________ baju Lokman sehingga tertanggal butangnya.

a)

meragut

b)

manarik

c)

merentap

d)

mencantas

5.

_________ orang penumpang bas itu kecewa kerana ditipu oleh ulat tiket ketika musim perayaan.

a)

Segala

b)

Seluruh

c)

Sesetengah

d)

Berpuluh-puluh

6.

Arahan : Kenal pasti kesalahan ayat di bawah ini.

Encik Farid bercadang untuk membuku segala pengalamannya semasa bertugas dalam pasukan polis dahulu. Tiada kesalahan.

a)

bercadang

b)

membuku

c)

bertugas

d)

Tiada kesalahan

7.

Arahan : Kenal pasti kesalahan ayat di bawah ini.

Azril akan berusaha dengan gigih supaya cita-citanya untuk menjadi jurutera profesional tercapai. Tiada kesalahan.

a)

berusaha

b)

menjadi

c)

tercapai

d)

Tiada kesalahan

8.

Arahan : Kenal pasti kesalahan ayat di bawah ini.

Kakak turut mengajak Datuk Mazli untuk memeriahkan majlis perkahwinannya nanti. Tiada kesalahan.

a)

mengajak

b)

memeriahkan

c)

perkahwinannya

d)

Tiada kesalahan

9.

Arahan : Kenal pasti kesalahan ayat di bawah ini.

Berita penangkapan peragut di Subang Jaya telah tersebar ke seloroh kawasan Lembah Klang.Tiada kesalahan.

a)

peragut

b)

tersebar

c)

seloroh

d)

Tiada kesalahan

10.

Arahan : Kenal pasti kesalahan ayat di bawah ini.

Haliza tidak suka akan buah mangga oleh sebab rasanya yang amat masam. Tiada kesalahan.

a)

suka akan

b)

oleh sebab

c)

amat masam

d)

Tiada kesalahan

11.
Manakah antara berikut betul ejaannya?
a)
Aidil Fitri
b)
Aidilfitri
12.
Manakah antara berikut betul ejaannya?
a)
atur cara
b)
aturcara
13.
Manakah antara berikut betul ejaannya?
a)
ibu bapa
b)
ibubapa
14.
Manakah antara berikut betul ejaannya?
a)
jawatan kuasa
b)
jawatankuasa
15.
Manakah antara berikut betul ejaannya?
a)
lebuh raya
b)
lebuhraya
16.
Pilih ejaan yang betul
a)
bufet
b)
buffet
c)
bafet
d)
baffet
17.

_______ yang terkenal itu menghidangkan makanan dan minuman yang berasaskan bahan-bahan tempatan sahaja

a)

Restoren

b)

Restoran

c)

Rastoren

18.

Pilih ejaan yang betul

a)

bandaraya

b)

olah raga

c)

analisa

d)

profesion

19.

Pilih ejaan yang tepat dan betul

a)

Istirehat

b)

Istirahat

20.

Pilih ejaan yang tepat dan betul

a)

sushi

b)

serunding

c)

murtabak

d)

sate

21.

Peribahasa yang berikut bermaksud kerja yang sia-sia, kecuali...

a)

bagai mencencang air

b)

orang buta diberi bersuluh

c)

bagai menghitung bulu kambing

d)

mencurah air ke daun keladi

22.
Aku akan membalas dendam atas perbuatannya terhadap keluarga aku kerana _____ mesti dibayar dengan darah.
a)
hutang darah
b)
hangat hati
c)
bunga dedap
d)
salah urat
23.

Penduduk Kampung Limau Hantu selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu ............................. .

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

seperti anjing dengan kucing

24.

Peribahasa yang sama maksud dengan "bagaimana acuan begitulah kuihnya".

(Pilih 2 jawapan)

a)

Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari

b)

Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

c)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

d)

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

25.

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.

a)

otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat

b)

bersukan pasti menyihatkan tubuh badan

c)

mencegah adalah lebih baik daripada mengubati

d)

bermandi peluh

26.

Arahan : Tulis peribahasa yang sesuai dengan pokok ini. * (tulis dalam huruf kecil)

(a)  

27.

Nyatakan maksud peribahasa anjing menyalak bukit

a)

perbuatan yang sia-sia

b)

perbuatan yang mendatangkan hasil yang lumayan

28.

Nasihat yang tidak dihargai

a)

seperti hujan jatuh ke pasir

b)

seperti hujan jatuh ke laut

c)

seperti hujan jatuh ke bumi

d)

seperti hujan jatuh ke lantai

29.

Nyatakan peribahasa yang berkaitan dengan gambar

a)

seperti ikan berenang

b)

seperti ikan siakap ikan senohong

c)

seperti nyawa-nyawa ikan

d)

seperti nyawa ikan

30.

kemana tumpahnya kuah,____________________________________

a)

kalau tidak ke kuali

b)

kalau bukan ke pinggan

c)

kalau bukan pada nasi

d)

kalau tidak ke nasi

31.

Menara tinggi banyak bertingkat,

Di sana tiada bilik bersekat,

Tiada bertangga naik melekat,

Mata-mata menjadi segenap pangkat.

(Dipetik daripada Syair Pohon Buluh)


Berdasarkan Syair Pohon Buluh di atas, apakah rima akhir

a)

abcc

b)

abcd

c)

abab

d)

aaaa

32.

Frasa “seperti kolam” mendukung gaya bahasa

a)

simile

b)

epifora

c)

metafora

d)

Asonansi

33.

Gaya bahasa sinkope banyak digunakan dalam karya sastera. Apakah yang dimaksudkan dengan sinkope

a)

pengulangan vokal yang sama dalam satu baris

b)

pengulangan konsonan yang sama dalam satu baris

c)

singkatan kata

d)

penggunaan alam semula jadi

34.

Berikut merupakan ciri-ciri yang terdapat dalam pantun empat kerat kecuali

a)

mempunyai empat baris dalam satu rangkap

b)

bentuknya terikat

c)

mempunyai pembayang dan maksudnya

d)

rima akhir abcd

35.

Apakah yang dimaksudkan dengan sinopsis

a)

gambaran sesebuah cerita

b)

cerita pendek

c)

susunan cerita

d)

suatu ringkasan keseluruhan cerita

36.

1. Berikut merupakan rangkap 1 bagi Pantun Budi.


Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung;

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik rasa nak junjung.


Apakah maksud rangkap ini?

a)

Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.

b)

Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

c)

Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.

d)

Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.

37.

15. Bagai cincin dengan permata.


Apakah gaya bahasa yang ditunjukkan?

a)

Anafora

b)

Personifikasi

c)

Peribahasa

d)

Repetisi

38.

Berdasarkan pengajaran di bawah ini. Tuliskan satu nilai yang bersesuaian. * (tulis dalam huruf kecil)

Kita perlulah bersabar apabila menunggu sesuatu

(a)  

39.

Unsur bunyi pada laut yang kematian ombak ( perulangan vokal a )

(a)  

40.

Apakah kesudahan cerita cerpen Menuai Emas?

a)

Alif gagal membawa kemajuan dalam bidang pertanian yang diusahakan

b)

Alif terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak

c)

Usaha Alif berjaya berkatnya berbudi kepada tanah

d)

Alif cacat setelah dicederakan oleh Abang Man

41.
Berikan tema yang terdapat dalam novel Jalan ke Puncak
a)
Kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda
b)
keadilan dan kebenaran ketika membuat keputusan
42.
Siapakah nama sepupu Laiman?
a)
Sukri
b)
Milan
43.

Latar yang mejelaskan keterangan tentang keadaan, agama, cara hidup dan sebagainya merupakan latar...

a)

Latar masa

b)

Latar belakang

c)

Latar masyarakat

d)

Latar tempat

44.

Siapakah nama penulis novel Jalan ke Puncak?

a)

Osman Ayob

b)

Arman Sani

c)

Zulaiha Paikon

d)

Juri Durabi

45.

"Laiman begitu tabah apabila projek ternakan ikan air tawar yang hendak diusahakan di kawasan paya tidak mendapat persetujuan daripada Pak Sahok." Berikut merupakan contoh bagi nilai

(a)  

46.

Contoh bagi nilai kasih sayang ialah

a)

Laiman dan Milan begitu gigih mengusahakan pelbagai pekerjaan.

b)

Laiman menyiapkan kerja yang diarah oleh pengurus syarikat minyak dengan penuh tanggungjawab

c)

Pak Kiassim menyayangi anaknya menyebabkan dia sering memberikan nasihat kepada Laiman.

d)

Milan begitu setia denga Laiman yang mengusahakan pelbagai projek pertanian.

47.
Di manakah Laiman menjalankan latihan praktikal?
a)
Sabah
b)
Sarawak
48.

Nyatakan watak-watak sampingan yang terdapat dalam novel Jalan ke Puncak

a)

Pak Kiassam, Pak Sahok, Soniah, Sukri, Mail, Kedek

b)

Laiman, Pak Sahok, Soniah, Sukri, Mail, Kedek

c)

Laiman, Pak Sahok, Soniah, Sukri, Mail, Kedek, Pak Kiassam

d)

Laiman, Pak Sahok, Soniah, Sukri, Mail, Kedek, Ibu Laiman

49.

Mengapakah Pak Kiassim tidak bersetuju Laiman menjalankan pertanian selepas tamat belajar?

a)

Pak Kiassim ingin Laiman berkahwin dengan Soniah

b)

Pak Kiassim lebih suka Laiman duduk di rumah sahaja

c)

Laiman sudah mendapat tawaran pekerjaan di jabatan kerajaan

d)

Pak Kiassim menganggap pertanian tidak mendatangkan keuntungan

50.

Nyatakan latar tempat dalam novel 'Jalan Ke Puncak'

a)

Pelantar minyak

b)

masjid

c)

sekolah

d)

sungai