NEW
Font size
WorksheetsNAZKK3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Hassan menggunakan galah untuk ________ dahan pokok yang sekah itu.
mengambil
mengait
memetik
mencantas
Pemain hoki pasukan Kuala Lumpur sedang _________ pemain Johor dalam perlawanan akhir itu.
mengasak
menyerang
menampan
mengelcek
Untuk menyaksikan kejadian itu, Hamid telah _________ dari satu lubang kecil yang terdapat pada dinding papan.
mengendap
menengok
mengintai
menatap
Pak Cik Malik ________ batang kelapa itu menggunakan sebilah parang.
menetak
menebang
mencantas
menakik
Azrul menghulurkan tangannya untuk _________ hadiah yang dimenanginya.
menadah
memohon
mendapat
menyambut
Nenek sedang _______ ketupat di bawah pokok nangka manakala datuk pula sedang _____ paip.
mereka…..menyedut
mencipta…menghisap
membuat… menghembus
menganyam…. menghisap
Puan Zaharah ________ sebiji timun untuk menyediakan makanan tengah hari.
memotong
mengerat
menghiris
mencincang
Pak Cik Musa sedang _______ setandan buah pisang.
mengandar
menjinjing
mengelek
memikul
Mak Uteh _______ kayu api di belakang rumah.
memangkas
mencantas
membelah
memotong
Wanita itu sedang tekun _______ songket.
menenun
menganyam
menyulam
mengait
Puan Nur Anisah telah belajar ________ sejak berusia dua belas tahun.
menyulam
menekat
menjahit
mengait
Puan Jennifer ________ manik-manik berwarna-warni pada baju kurung pelanggannya.
mengait
menekat
menjahit
menjalin
Hasliza leka melihat neneknya __________ tikar mengkuang.
menganyam
menyulam
menekat
menjalin
Nakhoda kapal itu mengarahkan anak-anak kapalnya ________ sauh untuk kapal berlabuh.
meletakkan
melabuhkan
menghentikan
melebarkan
Ayah _________ daun tingkap perlahan-lahan untuk melihat keadaan di luar rumah.
menyorong
menarik
menguak
membuka
Suraya sedang ________ jambangan bunga di atas meja.
menggubah
mengikat
menganyam
menyusun
Pak Samad sedang ________ ikan air tawar di tepi perigi.
memotong
menyirat
menyiang
mengerat
Emak _________ santan kelapa lebih dahulu sebelum dicampur dengan bawang dan rempah.
menyaring
mengayak
menuras
menapis
Pemain hoki itu terpaksa _________ keluar dari padang kerana kakinya cedera.
dijinjing
dikandar
diusung
dijunjung
Jika tidak ke laut, Pak Cik Yatim akan _________ jalanya yang koyak.
melilit
menyirat
menenun
menyulam
