NEW
Font size
Worksheetsask t2
Total questions: 46
Worksheet time: 23mins
Maklumat berikut merupakan langkah pengiraan yang tidak lengkap bagi kaedah bahagi dengan 8 dan gunakan bakinya.
Antara yang berikut, manakah nilai nombor yang akan diperoleh?
1728
16728
27168
6172
Antara yang berikut, manakah langkah kaedah pengumpulan tiga digit nombor perduaan dan tukarkan kepada nilai perlapanan?
Hasil darab bagi setiap digit dan nilai tempat dijumlahkan
Dapatkan hasil darab digit nombor perduaan dan nilai tempatnya
Bahagikan digit nombor perduaan kepada kumpulan tiga digit bermula dari kiri
Setiap kumpulan tiga digit ditukarkan kepada nombor perlapanan yang setara dengannya
Susun mengikut urutan yang BETUL langkah pemindahan aksara pada skrin monitor.
I Pengguna menekan papan kekunci untuk menghasilkan input
II Kod ASCII nombor perduaan dihantar ke unit pemprosesan pusat melalui sistem bas
III Kod ASCII nombor perduaan bagi aksara dihantar ke storan ingatan untuk disimpan
IV Kod ASCII diproses dan ditukarkan semula menjadi aksara untuk dipaparkan sebagai output
I, II, III dan IV
II, III, IV dan I
III, IV, I dan II
IV, III, II dan I
Antara yang berikut, manakah nama lain bagi sistem nombor heksadesimal?
Sistem nombor perduaan
Sistem nombor perlapanan
Sistem nombor perpuluhan
Sistem nombor perenambelasan
Antara yang berikut, manakah yang dimaksudkan dengan kod aksara?
Satu rentetan nombor yang menghasilkan bunyi apabila papan kekunci ditekan
Satu rentetan nombor yang menghasilkan imej grafik apabila papan kekunci ditekan
Satu rentetan nombor yang mewakili warna digital apabila papan kekunci ditekan
Satu rentetan nombor yang mewakili sesuatu simbol atau aksara apabila papan kekunci ditekan
Antara yang berikut, manakah merupakan maksud struktur kawalan pilihan bersarang?
Satu struktur yang mempunyai satu pilihan syarat sahaja
Satu struktur yang mempunyai pelbagai jenis kod arahan di dalamnya
Satu struktur yang melibatkan dua jenis struktur kawalan ulangan
Satu struktur kawalan yang terbenam dalan satu struktur kawalan yang lain
Maklumat berikut menerangkan suatu situasi.
"Kudin ingin membuat pengiraan jumlah bil elektrik dan air bagi 3 buah rumah sewanya"
Antara yang berikut, struktur kawalan manakah yang sesuai digunakan?
Struktur kawalan ulangan for
Struktur kawalan ulangan while
Struktur kawalan pilihan tunggal
Struktur kawalan pelbagai pilihan
Maklumat berikut merupakan sintaks fungsi X.
Antara yang berikut, X ialah
input
output
pemalar
operator
Maklumat berikut merupakan suatu segmen kod arahan.
Antara yang berikut, manakah output yang akan diperolehi?
a
H
hari9
ruang kosong
Berikut merupakan suatu segmen kod arahan.
Antara yang berikut, manakah output yang akan dipaparkan?
Or
And
True
False
Antara yang berikut, manakah susunan yang BETUL bagi struktur kawalan jujukan?
Satu aliran secara linear
Mempunyai susunan secara zig zag
Mempunyai susunan secara menyongsang
Susunan yang melangkau kepada struktur kawalan yang lain
Sistem nombor perlapanan dikenali sebagai sistem nombor
Binary
Decimal
Octal
Hexadecimal
Sistem nombor perenambelasan menggunakan digit-digit seperti
0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15
0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, A, B, C, D, E, F
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, A, B, C, D, E, F, G
Jadual 1 menunjukkan tiga nilai tempat pertama dalam sistem nombor perenambelasan
32
64
128
256
Ralat ______________________ merujuk kepada kesilapan dalam penggunaan bahasa pengaturcaraan.
Logik
Sintaks
Masa larian
Segmen
Jenis data dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu
nombor, teks, operator
teks, char, nilai logik
nombor, operator, nilai logik
nombor, teks, nilai logik
Apakah jenis data bagi -3.87?
Integer
Char
String
Double/float
Nilai PI selalu sama dengan 3.142. PI ialah sejenis _______.
pemalar
data yang boleh ditukar
ukuran yang akan berubah
data mentah
Sintaks yang manakah digunakan untuk mengakhiri pilihan dalam suatu struktur kawalan?
if
elif
else
for
Apakah struktur kawalan yang sesuai bagi atur cara memasukkan dua nombor perpuluhan dan operasi pendaraban dilakukan?
Struktur kawalan pilihan
Struktur kawalan jujukan
Struktur kawalan ulangan
Struktur kawalan bersarang
Rajah 1 menunjukkan satu kod arahan dalam struktur kawalan ulangan. Apakah output yang mungkin dipaparkan?
Ralat sintaks
5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14
5, 10, 15
Tiada sebarang output
Apakah nama proses mencari dan menghapuskan ralat
Penyahpijatan
Pepijat
Perisian hasad
Pengujian
Pilih contoh sesuai bagi jenis data STRING
namaKelas
bilMurid
jumlahGaji
hargaMakanan
Pilih contoh sesuai bagi jenis data FLOAT
jumlahHarga
bilanganHaiwan
namaMurid
tinggiMurid (dalam cm)
Pilih contoh sesuai bagi jenis data INTEGER
jantina
namaMakanan
bilanganTempahan
bmiMurid
Jenis data yang sesuai bagi TINGGI KUBOID ialah
string
Boolean
char
float
Jenis data yang sesuai bagi BANGSA ialah
string
float
Boolean
integer
Jenis data yang sesuai bagi HARGA PERMAINAN ialah
integer
float
char
string
Jenis data yang sesuai untuk NOMBOR KAD PENGENALAN ialah
integer
float
string
Boolean
Pilih nama pemboleh ubah yang dinamakan dengan betul
Bilangan_Makanan
bilMurid
class
LUAS_KUBUS
Pilih PEMALAR yang dinamakan dengan betul
diskaun
DISKAUN
diskaunTetap
DiskaunHarga
Pilih kata kunci Python yang tidak boleh digunakan sebagai nama pemboleh ubah dan pemalar
elif
jumlahMurid
bilanganAnak
PI
Teknik yang manakah digunakan untuk mengesan ralat logik dalam algoritma?
I dan II
I dan III
I, II dan III
I, II, III dan IV
Carta alir berikut dibina untuk mencetak "Merdeka" sebanyak lima kali. Kewujudan ralat menyebabkan carta alir ini tidak memaparkan output yang sepatutnya. Kesan kedudukan ralat.
I
II
III
IV
Nyatakan jenis ralat berdasarkan pernyataan di bawah:
Kecuaian manusia seperti kesalahan urutan sesuatu tindakan atau syarat ditulis salah.
Ralat logik
Ralat sintaks
Ralat masa larian
Nyatakan jenis ralat berdasarkan pernyataan di bawah:
Perkakasan komputer atau virus dan perisian hasad.
Ralat masa larian
Ralat logik
Ralat sintaks
Nyatakan jenis ralat berdasarkan pernyataan di bawah:
Kesilapan dalam penggunaan bahasa pengaturcaraan
Ralat sintaks
Ralat masa larian
Ralat logik
Teliti pseudokod berikut:
Kenal pasti kedudukan ralat
Baris 2
Baris 3
Baris 4
Baris 5
Teliti pseudokod berikut. Terdapat ralat pada baris ke 4. Apakah pembetulan ralat yang perlu dilakukan?
break nama bukan nombor
for nama bukan nombor
do while nama bukan nombor
while nama bukan nombor
Pernyataan yang manakah TIDAK BENAR tentang ralat logik?
Sebab utama ialah kecuaian manusia
Ada paparan mesej ralat
Output yang tidak diingini terhasil
Kesilapan semasa pembinaan algoritma
Ralat ditakrifkan sebagai kesilapan dan kesalahan dalam proses pendokumentasian.
Benar
Salah
Ralat selalu dikenalpasti dalam fasa pengujian.
Benar
Salah
Ralat ditakrifkan sebagai :
satu siri langkah yang tersusun untuk
menyelesaikan masalah
atau menyempurnakan
satu tugas
kesilapan atau
kesalahan dalam
proses pembangunan
atur cara segmen
siri langkah
demi langkah struktur
kawalan komputer yang
tidak formal secara
visual menggunakan
simbol-simbol
siri langkah
demi langkah struktur
kawalan komputer
yang tidak formal
menggunakan bahasa
pertuturan manusia
Proses mencari dan menghapuskan ralat dipanggil :
pepijat
penyahpepijatan
pengujian
pembetulan
Antara yang berikut, yang manakah bukan kesan ralat pada atur cara?
Atur cara memberikan output yang tiddak dijangka
Kesilapan menaip kod atur cara
Atur cara berhenti secara tiba-tiba
Struktur kawalan ulangan berulang tanpa berhenti
Rose menulis pseudokod untuk satu atur cara penyelesaian masalah. Semasa ujian dijalankan, terdapat ralat yang dikesan. Rose telah membuat kesilapan operator matematik dan output yang dihasilkan tidak seperti yang diingini. Apakah jenis ralat yang dikesan?
Ralat sintaks
Ralat logik
Ralat Pengekodan
Ralat masa larian
