Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bab 7 membina kesejahteraan negara

Total questions: 63

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.

Senaraikan 4 dasar British yang telah memisahkan kaum-kaum di Tanah Melayu sehingga menyukarkan usaha perpaduan antara kaum.

a)

Fahaman politik

b)

Agama yang berbeza

c)

Sistem pendidikan

d)

Pentadbiran

e)

Kegiatan ekonomi dan petempatan

2.

Perkhidmatan Feri Malaysia yang dikenali juga sebagai Cruise Muhibah diperkenalkan untuk.

a)

Memendekkan tempoh perjalanan antara Borneo dan Semenanjung

b)

Menjimatkan kos perjalanan

c)

Mengintegrasikan antara penduduk Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak

d)

Menyediakan pilihan pengangkutan kepada penduduk

3.

_____________ ialah satu proses dinamik merapatkan hubungan antara masyarakat antara negeri dengan WILAYAH bagi membentuk SATU BANGSA.

a)

PERPADUAN KAUM

b)

INTEGRASI NASIONAL

4.

______________ ialah rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu.

a)

Perpaduan Kaum

b)

Integrasi Nasional

5.

Ideologi negara kita dikenali sebagai ________

a)

Rukun Negara

b)

Lagu Negaraku

c)

1 Malaysia

6.

Apakah matlamat penubuhan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada tahun 1970 ?

a)

Menggalakkan perasaan MUHIBAH antara masyarakat berbilang kaum.

b)

Perundingan antara kaum agar bersatu padu

7.

Bagaimanakah kerajaan memperkasa perpaduan dan Integrasi Nasional dari aspek EKONOMI ?

a)

DASAR EKONOMI BARU

b)

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

c)

RUKUN NEGARA

d)

DEWAN BAHASA PUSTAKA (DBP)

8.

Bagaimanakah kerajaan memperkasakan bahasa Melayu di negara kita?

a)

Penubuhan UKM

b)

Penubuhan DBP

c)

Akta Bahasa Kebangsaan

d)

SUKMA

9.

*Penekanan kepada matapelajaran Sejarah

*Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat


Cadangan tersebut berkaitan dengan ___________

a)

Laporan Rahman Talib

b)

Kajian Aminuddin Baki

10.

Apakah MATLAMAT Dasar Pendidikan Kebangsaan ?

a)

Menyatupadukan rakyat

b)

Menyediakan tenaga kerja mahir

11.

*Memperkenalkan sekolah aneka jurusan

*Memperkenalkan kursus kemahiran


Cadangan tersebut lahir dari __________________

a)

Kajian Aminuddin Baki

b)

Laporan Jawatankuasa Kabinet

12.

Bahasa Melayu merupakan alat komunikasi rasmi dalam pelbagai urusan di kementerian dan jabatan kerajaan


Penyataan di atas berkaitan dengan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan melalui?

a)

Akta Bahasa Kebangsaan

b)

Bahasa rasmi pentadbiran

c)

Memperkasakan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.

d)

Penubuhan UKM sebagai pusat keilmuan

e)

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

13.

12. Apakah mesej yang ingin disampaikan melalui slogan "Bahasa Jiwa Bangsa:"?

a)

Bahasa alat komunikasi

b)

Bahasa Melayu bahasa rasmi

c)

Masyarakat hidup kerana bahasa

d)

Masyarakat bersatu padu melalui bahasa

14.

Apakah kesan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970?

a)

Meningkatkan kajian ilmiah peringkat kebangsaan

b)

Memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

c)

Membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan

d)

Memupuk perasaan cinta akan negara

15.

Jawatankuasa Kabinet 1974 telah mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan. Apakah kesan daripada Laporan Jawatankuasa tersebut?

a)

Pembentukan kurikulum baharu

b)

Penubuhan Jemaah nazir sekolah

c)

Pengenalan KBSR dan KBSM

d)

Penekanan kepada subjek Sejarah

16.

Mengapakah hubungan kaum menjadi sukar semasa penjajahan British?

a)

Perbezaan fahaman politik

b)

Kurang peluang pendidikan

c)

Ketidakadilan pengagihan ekonomi

d)

Petempatan yang berbeza

17.

Bagaimanakah kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pentadbiran negara?

a)

Pelancaran Minggu Bahasa

b)

Penggunaan urusan mahkamah

c)

Penubuhan sekolah menengah

d)

Mengembangkan aktiviti bahasa

18.

Akta Pendidikan 1996 mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan, Pengajian Malaysia, Pendidikan Islam atau Moral. Mengapakah cadangan tersebut dibuat?

a)

Memupuk perasaan cinta akan negara

b)

Melahirkan keharmonian antara negeri

c)

Menghargai keunikan dalam negara

d)

Menyemai nilai mencintai kemanusiaan

19.

Bagaimanakah kerajaan mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum?

a)

Menggalakkan penglibatan sukan

b)

Mengukuhkan sistem pendidikan

c)

Memperkenalkan Rukun Negara

d)

Mengamalkan Kebudayaan Kebangsaan

20.

Bagaimanakah kerajaan mewujudkan integrasi antara negeri selepas peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Membuka petempatan khas

b)

Mengurangkan kemasukan imigran

c)

Memperluaskan kawasan pertanian

d)

Menyelaraskan perkhidmatan awam

21.

Senarai berikut berkaitan dengan cadangan untuk memperkukuhkan perpaduan melalui pendidikan.

-Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah

-Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat


Apakah jawatankuasa yang membuat cadangan tersebut?

a)

Jawatankuasa Razak

b)

Jawatankuasa Kabinet

c)

Jawatankuasa Fenn-Wu

d)

Laporan Rahman Talib

22.

Mengapakah Akta Bahasa Kebangsaan telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Menjamin perpaduan rakyat

b)

Mewujudkan masyarakat berilmu

c)

Mengekalkan kedaulatan negara

d)

Mengatasi pengaruh bahasa asing

23.

Senarai di bawah menunjukkan sekolah di Malaysia

-Sekolah Seri Puteri

-Sekolah Alam Shah

-Kolej Sultan Abdul Halim


Apakah persamaan ketiga-tiga sekolah tersebut?

a)

Menempatkan pelajar golongan elit

b)

Menawarkan pelbagai kursus kemahiran

c)

Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

d)

Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

24.

"Bahasa Jiwa Bangsa"

Apakah agensi kerajaan yang memperkenalkan slogan tersebut?

a)

Universiti Sains Malaysia

b)

Jabatan Perpaduan Negara

c)

Dewan Bahasa dan Pustaka

d)

Institut Bahasa Kuala Lumpur

25.

Apakah persamaan sumbangan agensi kerajaan berikut?

-Jabatan Perpaduan Negara

-Majlis Muhibah Negara

-Majlis Perundingan Negara

a)

Memajukan sosioekonomi

b)

Membangunkan pendidikan

c)

Memperkasakan perpaduan

d)

Mempertingkatkan prasarana

26.

Apakah jabatan yang memperkenalkan Rukun Negara?

a)

Jabatan Perpaduan Negara

b)

Jabatan Gerakan Negara

c)

Jabatan Perundangan Negeri

d)

Jabatan Muhibah Nasional

27.

Maklumat berikut berkaitan Falsafah Pendidikan pada tahun 1996.

-Falsafah Pendidikan Kebangsaan-

Apakah matlamat Falsafah tersebut?

a)

Memupuk semangat cinta akan negara

b)

Melahirkan generasi yang berkemahiran

c)

Menyediakan tenaga kerja berkemahiran

d)

Melahirkan pelajar yang seimbang

28.

Dasar Pembangunan Ekonomi dibentuk untuk mencapai kemakmuran ekonomi.

-Dasar Ekonomi Baru

-Dasar Pembangunan Nasional

Siapakah golongan masyarakat yang menjadi sasaran di bawah dasar tersebut?

a)

Masyarakat luar bandar

b)

Golongan peribumi

c)

Masyarakat bandar

d)

Golongan imigran

29.

Kawasan berikut muncul di bawah usaha kerajaan memajukan bidang perindustrian dan perdagangan.

-Bayan Lepas, Pulau Pinang

-Pasir Gudang, Johor


Apakah yang berkaitan dengan kawasan tersebut?

a)

Kawasan ekonomi industri

b)

Zon Bebas Percukaian

c)

Zon Perindustrian Bebas

d)

Kawasan pembangunan wilayah

30.

Mengapakah sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan?


I-Melahirkan tenaga kerja mahir

II-Persediaan untuk pasaran kerja

III-Mengurangkan sekolah vernakular

IV-Memendekkan tempoh pembelajaran

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

31.

Mengapakah Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk?

a)

Memperkenalkan dasar pendidikan kebangsaan

b)

Memperbaiki mutu pendidikan sekolah dan negara

c)

Menilai keberkesanan dasar Pendidikan Kebangsaan

d)

Mengenal pasti kelemahan penggunaan bahasa Melayu

32.

Kongres Kebudayaan kebangsaan Kedua diadakan pada 15 April 2017 di UKM.

Pilih 2 RESOLUSI kongres tersebut :

a)

Menyemarak bahasa Melayu

b)

Memperkasa Kebudayaan Nasional

c)

Dasar Ekonomi Baru

d)

Wawasan 2020

33.

Berikut merupakan 2 usaha kerajaan bagi memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional daripada aspek 'politik'.

a)

Menyelaraskan perkhidmatan awam antara semua negeri

b)

Majlis Muhibah Negara diwartakan

c)

Memperkenalkan rukun negara

d)

Menambah pendapatan rakyat & mengurangkan kemiskinan

34.

Senaraikan 3 langkah bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.

a)

Memperkasakan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan

b)

Akta Bahasa Kebangsaan

c)

Kempen sayangilah Bahasa kita

d)

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pentadbiran

35.

Nyatakan 3 prinsip utama bagi Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

a)

Berteraskan budaya rakyat asal rantau Melayu

b)

Unsur barat yang moden juga diterima

c)

Unsur budaya lain yang sesuai dan wajar diterima sebagai elemen penting

d)

Islam sebagai unsur penting

36.

Apakah maksud 'Rukun Negara'?

a)

Syarat-syarat untuk menjadi warganegara Malaysia

b)

Pegangan wajib bagi setiap rakyat Malaysia

c)

Prinsip-prinsip yang menjadi pegangan setiap rakyat

d)

Ideologi negara untuk menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan

37.

Nyatakan 3 matlamat Rukun Negara.

a)

Masyarakat progresif

b)

Masyarakat sensitif

c)

Negara bersatu

d)

Masyarakat sekular

e)

Masyarakat adil

38.

Perkara di bawah merupakan antara 5 prinsip Rukun Negara.

a)

Kesopanan & keluhuran

b)

Kepercayaan kepada tuhan

c)

Kedaulatan undang-undang

d)

Keluhuran perlembagaan

39.

Jelaskan maksud 'Perpaduan Kaum'.

a)

Satu proses dinamik yang merapatkan hubungan masyarakat antara negeri dengan wilayah bagi membentuk satu bangsa.

b)

Keadaan rakyat daripada sesuatu etnik yang hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu

c)

Keadaan rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu

40.

Apakah tujuan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan antara tahun 1970-1990?

a)

memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi

b)

mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara

c)

mencapai tahap negara maju

41.

berikut adalah strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Membasmi kemiskinan


bagaimanakah strategi tersebut dicapai (Pilih 2)

a)

pengagihan ekonomi adil

b)

menyusun semula masyarakat

c)

menambahkan pendapatan

d)

memperbanyak peluang kerja

42.

perkara berikut adalah satu daripada matlamat DEB


Menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi


Apakah strategi yang digunakan dalam DEB untuk mencapai matlamat tersebut

a)

melancarkan proses urbanisasi

b)

merangka dasar pembangunan

c)

menyusun semula masyarakat

43.

Apakah jurang sosioekonomi yang wujud di negara kita? (Pilih 2)

a)

antara masyarakat desa dengan bandar

b)

antara pantai timur dan pantai Barat

c)

antara golongan intelektual

d)

antara pemimpin dengan rakyat

44.

Apakah matlamat Rancangan Buku Hijau yang dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1974

a)

membangunkan tanah

b)

menambah pengeluaran makanan

c)

menggalakkan pertanian komersil

45.

Apakah peranan FELDA dalam usaha membasmi kemiskinan

a)

membangunkan tanah

b)

menyediakan pinjaman

c)

menggalakkan penternakan

d)

menubuhkan koperasi

46.

Apakah tujuan usaha pelancaran ASN & ABB dalam Permodalan Nasional Berhad

a)

menyenaraikan Syarikat bumiputera dalam bursa

b)

menambah pemilikan saham bumiputera

c)

memperbaiki taraf hidup golongan bumiputera

d)

membuka pasaran saham kepada orang ramai

47.

Apakah kesan daripada tindakan kerajaan memperkenalkan industri kecil dan sederhana (IKS)

a)

melahirkan tenaga kerja mahir

b)

melahirkan usahawan muda

c)

meningkatkan kemahiran tempatan

48.

Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran? (Pilih 2)

a)

mengutamakan pendidikan praktikal

b)

menambah kelas aliran sains

c)

pengajaran subjek kemahiran hidup

d)

pengenalan jurusan vokasional

49.

Apakah kesan daripada langkah berikut


Penubuhan Sekolah Teknik

Universiti Teknologi Malaysia

a)

memajukan bidang perindustrian negara

b)

membuka peluang pendidikan luas

c)

melahirkan tenaga kerja mahir

d)

mudah mendapat pekerjaan

50.

Apakah dasar yang menyambung kesinambungan DEB (1970-1990)

a)

Dasar pembangunan wilayah

b)

Dasar perkembangan koridor

c)

Dasar penswastaan

d)

Dasar Pembangunan Nasional

51.

Apakah strategi yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat DPN?

a)

pembangunan kemudahan fizikal

b)

memperkasa pendidikan

c)

menambah peluang kerja

d)

mempelbagaikan pertanian

52.

Pernyataan berikut adalah perlaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


pemberian subsidi dan sokongan kepada golongan penanam padi dan nelayan


Mengapakah usaha tersebut diambil?

a)

membasmi kemiskinan

b)

menyusun semula masyarakat

c)

membuka peluang pekerjaan

53.

Berikut adalah peranan agensi kerajaan yang memberi latihan pada belia


Pusat Latihan kemahiran Giatmara

Institut Latihan Perindustrian (ILP)


Apakah faedah yang diperoleh peserta.

a)

mendapat pekerjaan

b)

menambah pendapatan

c)

menggalakkan perdagangan

d)

menggunakan teknologi baharu

54.

Apakah bentuk insentif yang diberikan kepada Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)- Pilih 2

a)

Latihan pengurusan harta

b)

kemudahan modal

c)

pinjaman tanpa faedah

d)

pemberian subsidi

55.

Berikut adalah hasil daripada pengenalan DEB dan DPN.


Tahap kesihatan rakyat makin baik.


Apakah rumusan daripada pencapaian tersebut?

a)

kelahiran doktor pakar tempatan

b)

pembangunan sistem pendidikan

c)

pertambahan kemudahan riadah

d)

peningkatan kualiti hidup

56.

Berikut, adalah usaha kerajaan dalam menggalakkan kemajuan kawasan perindustrian baharu.


Zon perdagangan bebas


Apakah keistimewaan kawasan tersebut.

a)

membangunkan industri berat

b)

mengeluarkan kereta nasional

c)

menyediakan teknologi moden

d)

mendapat pelepasan cukai

57.

Berikut adalah badan yang mempelopori industri berat dan motosikal buatan Malaysia.


PROTON, PRODUA, MODENAS


Apakah kesan daripada perkembangan tersebut?

a)

meningkatkan imej Malaysia

b)

membuka peluang kerja

c)

membangunkan industri getah

58.

Bagaimanakah agensi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) membantu petani?

a)

membantu penanaman getah

b)

menstabilkan harga padi

c)

melalui kegiatan koperasi

d)

memasarkan hasil pertanian

59.

Agensi yang terlibat dalam pembangunan wilayah ialah...

I. RISDA

II. BERNAS

III. KESEDAR

IV. KETENGAH

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

60.

Apakah tujuan pemberian subsidi kepada golongan penanam padi dan nelayan ?

a)

Mempertingkatkan produktiviti pengeluaran

b)

Mewujudkan gologan pertengahan

c)

Melahirkan tenaga kerja mahir

d)

Meningkatkan taraf hidup

61.

Mengapakah kerajaan memperkenalkan Rancangan Buku Hijau?

a)

Menyokong pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

b)

Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan

c)

mempelbagaikan hasil tanaman melalui pertanian berkelompok

d)

memajukan penduduk yang tinggal di luar bandar

62.

Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan pada tahun 1970 menggunakan strategi bersifat serampang dua mata. Apakah 'serampang dua mata' tersebut?

a)

Meningatkan pendapatan kerajaan

b)

Membasmi kemiskinan

c)

Menyusun semula masyarakat

d)

Memperkenalkan teknologi baharu dalam perindustrian

63.

Maklumat berikut berkaitan dengan langkah yang dilaksanakan dalam Dasar Ekonomi Baru.

x

• Dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada 20 Disember 1974

• Tumpuan kepada penggunaan tanah sepenuhnya

Apakah X?

a)

A Majlis Amanah Rakyat

b)

B Rancangan Buku Hijau

c)

C Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

d)

D Institut Penyelidikan dan Kemajuan

Pertanian Negara