Font size
WorksheetsTATABAHASA
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Kami sekeluarga _________ bercuti ke luar negara pada bulan hadapan.
akan
pernah
masih
belum
" Saya ------ melancong ke Kundasang, Sabah pada hujung tahun lepas," kata Hanif
pernah
akan
masih
belum
Abang kedua saya yang ______ tinggi antara kami adik-beradik
benar
paling
nian
sangat
Salamiah _________ gemar memakai baju kurung yang dijahit oleh kakanya
sekali
nian
amat
benar
Dua orang anak-anak perempuan Encik Farhan berjaya melanjutkan pelajaran di universiti luar negara.
Kedua orang anak-anak
Kedua-kedua anak
Dua orang anak
Dua orang anak-anak
Puan Kalsom memberikan wang saku kepada anaknya sebanyak rm500 sehari sebagai perbelanjaannya di sekolah.
sebanyak RM0.50 sehari
sebanyak RM 5 sehari
sebanyak RM 5000 sehari
sebanyak RM 500 sehari
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar atau pun majalah kerana dia _______
buta hati
buta huruf
buta kayu
buta gaji
Polis trafik itu sedang memberikan _________________ laluan lalu lintas kepada para pemandu.
tanda
alamat
lambang
isyarat
_______________________ berita kemalangan pemain perseorangan badminton negara itu masih mendapat liputan luas daripada akhbar tempatan.
Kepanasan
Keseronokan
Kehangatan
Kehebatan
Majlis _______________________ anugerah itu bakal dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia.
penyampaian
pengisytiharan
penyerahan
pemberian
Lembaga Kemajuan Ikan telah mengadakan latihan dalam bidang penangkapan ikan laut dalam secara __________________ kepada nelayan.
insentif
intensif
inisiatif
interaktif
Segelintir pihak membuat _______________ yang berbeza terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus pasukan bola sepak yang terkenal itu.
tafsiran
taksiran
tamsilan
telahan
Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.
Asni didenda oleh guru Bahasa Melayunya.
Asni tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan semalam.
dan
atau
walaupun
kerana
Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.
Izzah seorang yang sangat pendiam.
Apiqah pula seorang yang sangat peramah
dan
kerana
manakala
sungguhpun
Azlan dan rakan-rakannya suka memancing ikan di kolam itu.
Nyatakan predikat bagi ayat di atas.
suka memancing ikan di kolam itu
ikan di kolam itu
Azlan dan rakan-rakannya
Azlan
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral dan serat.
Nyatakan subjek bagi ayat di atas.
kaya dengan vitamin, mineral dan serat.
vitamin, mineral dan serat.
Buah-buahan dan sayur-sayuran
sayur-sayuran kaya
Rumah banglo di hujung jalan itu kepunyaan keluarga Aznita.
Nyatakan subjek bagi ayat di atas.
Rumah banglo
Rumah banglo di hujung jalan itu
Hujung jalan itu
Keluarga Aznita
Yusniza tetap pulang ke kampung untuk berhari raya bersama adik-beradiknya walaupun dia selalu berselisih faham dengan mereka.
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat di atas.
Laksana pahat dengan penukul
Baik berjagung-jagung sementara menunggu padi belum masak
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Bagai dakwat dengan kertas
Para penyokong pasukan Malaysia _______________ kata semangat kepada atlet Malaysia.
menyebut-nyebut
berkata-kata
melaung-laungkan
sambut-menyambut
Kapal terbang itu ______________ di udara sebelum dibenarkan mendarat di lapangan terbang.
ternanti-nanti
berlegar-legar
bergilir-gilir
berpusing-pusing
Kereta ayah terpaksa ___________ oleh kereta tunda kerana mengalami kerosakan di tengah jalan.
disorong
diseret
ditolak
ditarik
Baju kami basah kerana kami ____________ sewaktu pulang dari sekolah
kebasahan
kehujanan
kepanasan
kecelakaan
Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.
hidup-hidup
bulat-bulat
betul-betul
terang-benderang
Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin.
bertukar-tukar
berhujah-hujah
berbalas-balas
berganti-ganti
Sejak berpindah ke bandar, Syukri tidak _________ lagi tentang perkembangan yang berlaku di kampung itu.
tanya-menanya
tahu-menahu
kenal-mengenal
tengok-menengok
__________ penceroboh itu sedang diperhatikan oleh pihak keselamatan melalui kamera litar tertutup.
Tingkah-laku
Desas-desus
Sorak-sorai
Gerak-geri
Kata Guru Besar, ”Murid-murid ________, minggu hadapan akan diadakan Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah. ”
segala
setiap
seluruh
sekalian
Pilih yang mana salah, jika tiada salah, pilih tiada kesalahan.
5. Pemuda itu ditangkap oleh pihak polis setelah beliau cuba merenggut beg tangan ibu saya di Lorong Haji Taib. Tiada kesalahan
ditangkap
beliau
merenggut
Tiada kesalahan
6. Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Ilyas membersihkan kandang kereta milik ayahnya.
II. Kawanan lembu milik Pak Saleh itu pulang semula ke kandang.
III Keadaan ruang tamu rumah yang berserakan dilihat seperti kandang kerbau.
IV Murugan yang berusia 20 tahun itu diarahkan berdiri di dalam kandang tertuduh.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
15. Pasangan pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin itu sama cantik dan sama padan. Peribahasa yang sesuai bagi pernyataan di atas ialah
bagai isi dengan kuku
bagai pucuk dilancarkan
bagai pinang dibelah dua
bagai kaca terhempas ke batu
Ejaan yang betul bagi gambar di atas.
kuatiau
kuey tiaw
kuetiau
Ejaan yang betul bagi gambar di atas
meruku
maruku
muruku
Pilih ejaan yang betul.
Mak Cik Kiah
mak cik kiah
Makcik Kiah
