wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 - Bab 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Semutar berfungsi sebagai ikat kepala lelaki Melayu khususnya di _____ Semenanjung Malaysia.

a)

Utara

b)

Barat Daya

c)

Pantai Timur

d)

Selatan

2.

Baju Sikap, Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Teluk Belanga ialah pakaian tradisional _____

a)

Melayu Lelaki

b)

Melayu Wanita

c)

Iban Lelaki

d)

Iban Wanita

3.

Pilih pakaian yang sesuai dengan kenyataan ini.

Berbelah di bahagian hadapan, dikemaskan dengan pemakaian kerongsang ibu dan anak tiga sejajar.

a)

Baju kurung Pahang

b)

Baju Kurung Teluk Belanga

c)

Baju Kurung Kedah

d)

Baju kebaya

4.

Gendik, sanggul lintang dan cucuk sanggul ialah perhiasan bagi wanita Melayu yang dikenakan pada bahagian ...

a)

Tangan

b)

Kepala

c)

Kaki

d)

Leher

5.

Ceongsam, iaitu pakaian wanita kaum Cina mempunyai potongan labuh atau singkat berkeruk di sisi serta berbelah tepi. Bahagian

leher mempunyai persamaan dengan pola _____ yang diperindahkan dengan susunan butang dalam kedudukan serong di dada.

a)

cekak musang

b)

teluk belanga

c)

raglan

d)

bishop

6.

_____ ialah pakaian tradisional lelaki berbangsa Cina yang mempunyai belahan di bahagian hadapan yang diperkemaskan dengan pemakaian kancing.

a)

Sari

b)

Jippa

c)

Samfu

d)

Siung

7.

Pakaian ini kebiasaannya digayakan bersama perhiasan kepala, gelang tangan dan kaki.

a)

Thundu

b)

Sari

c)

Samfu

d)

Baju Kebaya

8.

Apakah nama kain panjang yang dipakai oleh lelaki kaum India secara melilit di pinggang menggunakan teknik ikatan tertentu.

a)

Jippa

b)

Thundu

c)

Doti

d)

Sari

9.

Baju di bahagian dalam yang dikenali sebagai baju burong dan di bahagian luar, iaitu baju gagung. Kain sirat dipakai dengan perhiasan lampit dan ilang di bahagian pinggang.

Kenyataan ini merujuk kepada pakaian tradisional etnik...

a)

Iban lelaki

b)

Iban wanita

c)

Kadazan Lekaki

d)

Kadazan wanita

10.

Hiasan kepala lelaki beretnik Iban ini diperbuat daripada bulu burung kenyalang atau bulu burung ruai.

a)

Lampit

b)

Ilang

c)

Sirat

d)

Ketapu

11.

Wanita Iban memakai perhiasan seaakan-akan perhiasan kepala sanggul lintang wanita Melayu, tetapi ianya dikenali sebagai

a)

sugu tinggi

b)

ketapu

c)

kain karap

d)

tating kain

12.

Simpai perak dan tumpa ialah perhiasan yang dipakai pada _____ wanita Iban.

a)

kaki

b)

kepala

c)

badan

d)

tangan

13.

Etnik Kadazan terbahagi kepada dua, iaitu Kadazan Papar dan Kadazan Penampang. Kumpulan terbesar dalam etnik Kadazan ialah

a)

Kadazan Papar

b)

Kadazan Penampang

14.

Lelaki beretnik Kadazan Papar memakai sia yang belengan panjang bersama souva. Sandai diletakkan di bahu manakala sigal dipakai di .....

a)

kaki

b)

kepala

c)

pinggang

d)

tangan

15.

Sia merupakan baju separas pinggang bagi wanita etnik

Kadazan Papar manakala baju bahagian dalamnya yang

berwarna putih dikenali sebagai sia id sahom. Pemakaian

sia dipadankan dengan kain separas lutut, iaitu ...

a)

bolilit

b)

rupia

c)

gonob

d)

siung

16.

Pending Melayu ini mempunyai corak bermotif ...

a)

geometri

b)

teratai

c)

burung

d)

organik

17.

Rantai perhiasan kaum India ini mempunyai motif ....

a)

buah mangga

b)

buah gajus

c)

organik

d)

api

18.

Motif corak pada siung etnik Kadazan ini ialah ...

a)

organik

b)

teratai

c)

air

d)

geometri

19.

Gelang kaum Cina ini mempunyai motif ...

a)

geometri

b)

buah mangga

c)

burung phoenix

d)

organik

20.

Simpai perak yang digunakan oleh etnik Iban mempunyai motif ...

a)

air

b)

api

c)

geometri

d)

organik