wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

rbt tingkatan 1 - fun quizizz

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah definisi fesyen?

a)

Proses menterjemah idea dan kreativiti bagi menghasilkan satu produk

b)

Penghasilan reka bentuk yang melibatkan proses pengulangan, peniruan dan inovasi

c)

Gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan menjadi popular pada satu-satu masa

d)

Proses yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pereka atau aksesori

2.

Maklumat di bawah adalah mengenai senarai tugas bagi suatu bidang dalam reka bentuk fesyen.


Menjanjikan penampilan positif dan meningkatkan imej serta personaliti pelanggan

Mencari kesesuaian pakaian dan aksesori mengikut bentuk badan dan majlis yang akan dihadiri


Antara berikut bidang kerjaya manakah yang berkaitan dengan tugas di atas?

a)

Pereka fesyen

b)

Peramal fesyen

c)

Perunding imej

d)

Tenaga pengajar fesyen

3.

Rajah 4 menunjukkan suatu alatan menjahit.


Antara berikut yang manakah merupakan fungsi alatan tersebut?

a)

Digunakan untuk menyemat pola pada fabrik

b)

Digunakan bagi mengelakkan jari tercucuk jarum

c)

Digunakan untuk memegang batu perhiasan ketika menggunakan cecair lilin

d)

Digunakan untuk menanda garisan pemadan dan memindahkan garis tanda pola pada fabrik

4.

Antara berikut ciri pakaian yang manakah perlu dipakai oleh orang yang mempunyai bentuk tiga segi (triangle)?


I Corak garis menegak

II Pakaian berwarna cerah

III Fabrik yang bertekstur halus

IV Seluar ketat di bahagian pinggul

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

5.

Maklumat berikut adalah mengenai pengaruh psikologi terhadap warna.


Melambangkan kasih sayang dan tumpuan

Aura positif warna ini membuatkan si pemakai berasa gembira dan selesa


Apakah warna yang terlibat berdasarkan pengaruh psikologi di atas?

a)

Biru

b)

Putih

c)

Jingga

d)

Merah jambu

6.

Antara berikut yang manakah merupakan definisi bagi reka bentuk fesyen?

a)

Gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan menjadi popular pada satu-satu masa

b)

Proses menterjemah idea dan kreativiti bagi menghasilkan sesuatu produk seperti pakaian atau aksesori

c)

Proses mencipta gaya atau stail pakaian atau aksesori yang baharu dan dipengaruhi oleh budaya dan sosial

d)

Proses atau bidang seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian atau aksesori

7.

Rajah 5 menunjukkan contoh produk yang menggunakan kaedah sulaman sebagai hiasan.


Jenis sulaman tersebut ialah

a)

sulaman reben

b)

sulaman manik

c)

sulaman benang

d)

sulaman applique

8.

Berikut merupakan penerangan bagi kegunaan alatan mendraf.


Digunakan untuk membuat garisan lurus

Memastikan ira lurus selari dengan ira serong


Alatan mendraf tersebut ialah

a)

pembaris

b)

pita pengukur

c)

pembaris sesiku L

d)

pembaris melengkung

9.

Antara berikut jenis tekstur fabrik manakah sesuai digunakan bagi individu yang ingin kelihatan elegan dan lebih kecil?


I Tekstur kasar

II Tekstur legap

III Tekstur lembut

IV Tekstur berkilat

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

10.

Seseorang individu yang mempunyai tubuh badan yang gempal perlu memilih pakaian yang akan memberi kesan seperti tinggi dan langsing.


Apakah elemen yang perlu ada pada pakaian individu tersebut?

a)

Garisan menegak

b)

Garisan mendatar

c)

Garisan menyerong

d)

Garisan melengkung

11.

Apakah warna yang akan memberi pengaruh psikologi seperti memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis?

a)

Ungu

b)

Jingga

c)

Merah

d)

Merah jambu

12.

Antara berikut yang manakah merupakan pernyataan yang betul mengenai lapik dalam?

a)

Bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan produk reka bentuk fesyen dan membuat hiasan

b)

Diperbuat daripada bahan plastik atau benang dan terdapat dalam pelbagai warna, corak dan reka bentuk

c)

Digunakan untuk mengeraskan, mengukuhkan atau melapis bahagian-bahagian tertentu pada pakaian dan aksesori

d)

Digunakan untuk mencantumkan atau melekatkan dua atau lebih artikel dan untuk menghasilkan pakaian dan aksesori

13.

Susun mengikut urutan yang betul mengenai langkah pembangunan produk reka bentuk fesyen.


I Menyediakan bahan dan alatan serta mendapatkan ukuran

II Melakukan proses menekan, mengemas, trimming dan melabel

III Melakar pola dan memindahkan ukuran dan pola terhadap bahan sebenar

IV Memotong menggunakan pemotong khas dan menggabungkan bahan yang dipotong

a)

I, III, II dan IV

b)

I, III, IV dan II

c)

III, IV, I dan II

d)

III, IV, II dan I

14.

Rajah 6 menunjukkan carta alir langkah pembangunan produk reka bentuk fesyen.


Apakah langkah X?

a)

Memotong

b)

Membentuk

c)

Menilai produk

d)

Membina mock up

15.

Rajah 7 menunjukkan alat yang digunakan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen.


Antara berikut yang manakah kegunaan alat itu?

a)

Mencantum fabrik

b)

Memegang benang

c)

Menggunting fabrik

d)

Menggunting benang