Font size
S
M
L
XL
WorksheetsPEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2
Total questions: 100
Worksheet time: 2hrs 40mins
Name
Class
Date
1.
1.Apakah maksud ayat ini?
a)
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah(agama islam)
b)
Dan janganlah kamu bercerai-berai
c)
Dan kenanglah nikmat Allah kepadamu
d)
Ketika kamu bermusuh-musuhan(semasa jahiliah dahulu)
2.
2.Perpaduan dan persaudaraan dalam Islam adalah sesuatu yang ______dihayati oleh setiap muslim
a)
sunat
b)
wajib
c)
harus
d)
makhruh
3.
3.Apakah cara untuk mengukuhkan persaudaraan melalui perbuatan
a)
Iklhas dan bersangka baik
b)
Ucapan salam dan tegur sapa
c)
membuat hal baik dengan mudah
d)
Bantu mereka yang memerlukan
4.
4.Apakah cara untuk mengukuhkan persaudaraan melalui hati?
a)
Ucapan salam dan bertegur sapa
b)
Ikhlas dan bersangka baik
c)
bantu mereka yang memerlukannyaa
d)
Membuat hal baik dengan salah
5.
5.Cara mengukuhkan persaudaraan dalam Islam. KECUALI..
a)
Bertanya khabar dan bertegur sapa apabila berjumpa.
b)
Membantu mereka yang memerlukan.
c)
Menjaga perasaan orang lain dengan tidak bersangka buruk kepadanya.
d)
Mengikat perjanjian persefahaman.
6.
6.Berikut adalah langkah yang dilakukan untuk mendapat keampunan Allah KECUALI
a)
Berazam untuk melakukan lagi
b)
Mengakui kesalahan
c)
Tidak berputus asa
d)
Menempelak diri
7.
7. ......................ialah balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba Nya yang melanggar perintah Nya.
a)
PAHALA
b)
DOSA
c)
HARUS
d)
HARAM
8.
8.Berikut adalah perbuatan zalim kepada diri sendiri KECUALI
a)
merokok
b)
mencuri
c)
membuang sampah merata-rata
d)
mendedahkan aurat
9.
9. Allah SWT menilai kemuliaan seseorang berdasarkan ______________ kepada Allah SWT.
a)
kejayaannya
b)
ketaqwaannya
c)
kesungguhannya
d)
kebaikannya
10.
10. Orang yang ________ menyerahkan seluruh kehidupannya dan kematiannya kepada Allah SWT.
a)
beramal
b)
beriman
c)
berperasaan
d)
bersyukur
11.
11. Berikut adalah contoh sifat Rasulullah SAW kecuali..
a)
Lemah lembut
b)
Memohon keampunan untuk dirinya sahaja
c)
Sentiasa berazam dan bertawakal kepada Allah SWT
d)
Bermesyuarat
12.
12. Rasulullah SAW menerima cadangan Salman Al-Farisi menggali parit semasa perang
a)
Uhud
b)
Badar
c)
Khandak
d)
Mu'tah
13.
13. Kita hendaklah memupuk sifat _____________ kerana sifat ini dapat mengelakkan perpecahan
a)
sombong
b)
pemaaf
c)
berani
d)
tegas
14.
14. Berikut adalah kelebihan bermesyuarat KECUALI....
a)
Dapat menilai pandangan orang lain
b)
Dapat bertukar-tukar pandangan
c)
Pendapat pengerusi tidak boleh disangkal
d)
Keputusan mesyuarat lebih baik kerana banyak sumbangan pendapat
15.
15. Tawakkal ialah...
a)
Menyerahkan ketentuan kepada Allah semata-mata
b)
Berusaha dengan gigih sambil mengharapkan kejayaan yang besar
c)
Berserah kepada Allah setelah berusaha dengan gigih
d)
Mengharapkan bantuan Allah kerana diri manusia itu lemah
16.
16. Orang yang tidak amanah digelar?
a)
tidak jujur
b)
munafik
c)
khianat
d)
penipu
17.
17. Apakah maksud harta dan nyawa?
a)
Rezeki daripada Allah SAW
b)
Sifat manusia
c)
Rahmat daripada Allah SAW
d)
Harta manusia
18.
18. Tujuan syariat islam adalah untuk menjaga?
a)
Agama
b)
Batas Pergaulan
c)
Nama
d)
Harga Diri
19.
19. Sebagai hamba dan khalifah Allah SAW, Kita hendaklah menggunakan harta dengan?
a)
Profesional
b)
Lalai
c)
Takbur
d)
Bertanggungjawab
20.
20. Orang yang tidak jujur atau dusta disebut sebagai orang munafik. Salah satu ciri munafik adalah…
a)
Jika berbuat ingin dilihat
b)
Jika berjanji tidak ditepati
c)
Jika bertindak selalu benar
d)
Jika dipercaya ia amanah
21.
21. Iman dapat ditingkatkan melalui amal _________________
a)
iman
b)
ibadah
c)
wajib
d)
sunat
22.
22. Berikut merupakan cara menangani kemungkaran seperti yang dituntut dalam hadis kecuali
a)
Dengan tangan
b)
Dengan kaki
c)
Dengan lisan
d)
Dengan hati
23.
23. Apakah maksud kemungkaran dari segi istilah?
a)
Perbuatan atau perkataan yang ditegah oleh syarak atau yang melanggar perintah Allah SWT
b)
Perbuatan atau perkataan yang dianggap buruk oleh masyarakat
c)
Seseorang yang telah melakukan dosa
d)
Bersifat agresif, kasar, zalim dan menyimpan dendam
24.
24. Berikut merupakan golongan yang termasuk dalam mencegah kemungkaran dengan tangan kecuali......
a)
pengetua
b)
polis
c)
penjenayah
d)
peguam
25.
25. Susun tahap perbuatan mencegah kemungkaran yang disarankan oleh hadis.
a)
tangan - hati - lidah
b)
hati - lidah - tangan
c)
tangan - lidah - hati
d)
lidah - tangan - hati
26.
26. Maksud halal ialah…….
a)
Sesuatu yang dibenarkan oleh syarak
b)
Sesuatu yang tidak perlu diikut
c)
Sesuatu yang tidak diyakini
d)
Sesuatu yang diharam oleh syarak
27.
27. Maksud syubhah ialah…
a)
Sesuatu yang perlu disebarkan
b)
Sesuatu yang digalakkan oleh Islam
c)
Sesuatu yang menarik
d)
Sesuatu yang tidak diyakini halal atau haram
28.
28. Hukum memakai pakaian menutup aurat yang dicuri adalah
a)
Halal
b)
Haram
c)
Sunat
d)
Makruh
29.
29. Makanan yang haram dimakan kecuali…
a)
Khinzir
b)
Lembu yang ditembak mati
c)
Makanan yang dicampur sedikit arak
d)
Bangkai kehidupan laut
30.
30. Hukum membeli makanan luar negara yang tidak mempunyai logo halal pada bungkusan
a)
Halal
b)
Haram
c)
Syubhah
d)
Sunat
31.
31. Haiwan yang disembelih dengan cara Islam merupakan perkara yang
a)
Haram
b)
Halal
c)
Syubhah
d)
Sunat
32.
32. Maksud haram ialah
a)
Sesuatu yang dipaksa oleh Islam
b)
Perkara yang wajib diikut
c)
Sesuatu yang dilarang oleh syarak
d)
Perkara yang mendapat pahala
33.
33. Apakah maksud ayat berikut : إذا صلحت صلح الجسد كله ?
a)
jika daging itu rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya.
b)
ketahuilah! sesungguhnya dalam tubuh itu ada seketul daging.
c)
kemungkinan dia akan masuk ke kawasan larangan tersebut.
d)
jika daging itu baik, maka baiklah seluruhnya.
34.
34. Pihak yang mengeluarkan sijil halal
a)
JAIS
b)
JAKIM
c)
JAIK
d)
JAPIM
35.
35. Nyatakan maksud bagi ayat tersebut, "إن الحلال بين وإن الحرام بين"
a)
seperti pengembala yang mengembala berdekatan dengan kawasan larangan.
b)
sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas
c)
ketahuilah sesungguhnya dalam tubuh itu ada seketul daging
d)
ketahuilah sesungguhnya kawasan larangan Allah ialah perkara yang haram
36.
36. Berikut ialah contoh-contoh perbuatan mungkar kecuali...
a)
berzina
b)
meninggalkan solat
c)
membantu ibu bapa
d)
mencuri
37.
37. Sebagai seorang pelajar,bagaimanakah cara anda mengamalkan budaya positif di sekolah?
a)
sentiasa mengamalkan sifat-sifat mazmumah
b)
menghormati guru dan rakan-rakan
c)
mengasingkan diri dari rakan-rakan sekelas
d)
memaksa kawan belanja makan di kantin
38.
مَنْ رَاَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ…Nyatakan maksud perkataan bergaris.
a)
kejahatan
b)
kehinaan
c)
kemungkaran
d)
kezaliman
39.
39. Naufal terlihat adiknya menyepak kucing. Apakah perkara yang harus dilakukannya?
a)
Membiarkan sahaja
b)
Berhentikan perbuatan tersebut dan menegurnya
c)
Memarahi dengan cara yang kasar
d)
Memukulnya
40.
40. Mencegah kemungkaran dengan hati boleh dilakukan melalui.........
a)
Lisan
b)
dendaan
c)
tulisan
d)
kebencian kepada kemungkaran
41.
41. Malaikat dicipta daripada _____________
a)
air
b)
api
c)
tanah
d)
cahaya
42.
42. Berikut merupakan BENAR tentang pernyataan mengenai malaikat. KECUALI :
a)
Boleh menjelma dalam pelbagai bentuk
b)
bersayap
c)
mendapat ganjaran pahala
d)
dicipta daripada cahaya
43.
43. Malaikat ___________ ditugaskan untuk menurunkan hujan dan mengatur pembahagiaan rezeki
a)
Mathar
b)
Israfil
c)
Atid
d)
Mikail
44.
44. Malaikat Jibrail ditugaskan untuk menyampaikan_____________ kepada para rasul dan nabi.
a)
kitab
b)
cinta
c)
wahyu
d)
al-Quran
45.
45. Malaikat _________ ditugaskan untuk mencatat amalan baik setiap manusia.
a)
Atid
b)
Nakir
c)
Raqib
d)
Ridwan
46.
46. Apakah tujuan Allah SWT menurunkan kitab dan suhuf kepada para Nabi dan Rasul?
a)
Sebagai panduan hidup manusia
b)
Manusia lebih yakin dengan nabi rasul
c)
Bukti nabi rasul adalah pilihan Allah SWT
d)
Membolehkan para nabi dan rasul mendapatkan petunjuk daripada-Nya
47.
47. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi ____________.
a)
Isa a.s.
b)
Idris a.s.
c)
Musa a.s.
d)
Ibrahim a.s.
48.
48. Ada __________ buah kitab yang wajib dipercayai oleh orang Islam.
a)
5
b)
3
c)
6
d)
4
49.
49. Kesan mengingkari salah satu daripada kitab suci akan menyebabkan
a)
Akidah rosak
b)
Terkeluar daripada islam
c)
Hilang pedoman hidup
d)
Kehidupan menjadi buruk
50.
50. Diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Pernyataan ini merujuk kepada…
a)
Al Quran
b)
Taurat
c)
Injil
d)
Zabur
51.
51. _____________ bermaksud memendekkan solat fardu 4 rakaat kepada 2 rakaat.
a)
Qasar
b)
Jamak Takdim
c)
Jamak Takhir
d)
Jamak
52.
52. Melaksanakan Zuhur & Asar dalam waktu zuhur. Kenyataan di atas merujuk kepada ........
a)
Qasar
b)
Jamak Takdim
c)
Jamak Takhir
d)
Jamak
53.
53. Nyatakan maksud rukhsah
a)
Kasih sayang Allah
b)
Kemampuan
c)
Kemudahan dan keringanan
d)
Keringanan yang disyariatkan oleh Allah kepada seseorang yang mukalaf kerana keuzuran tertentu.
54.
54. Berikut adalah SYARAT PERJALANAN yang diharuskan solat Jamak & Qasar Kecuali .....
a)
Mengetahui destinasi yang dituju
b)
Jarak perjalanan sehala melebihi 81 kilometer
c)
Telah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal
d)
Bukan untuk tujuan maksiat.
55.
55. Berapakah jenis solat jamak yang boleh dilakukan bagi menunaikan solat fard
a)
2
b)
5
c)
3
d)
4
56.
56. Apakah Hukum solat bagi orang yang sedang sakit?
a)
wajib
b)
sunat
c)
harus
d)
tidak perlu solat
57.
57. Bagaimanakah cara solat bagi orang yang sedang sakit?
a)
meniarap
b)
berniat solat sahaja
c)
solat dengan diwakilkan oleh orang lain.
d)
duduk atau baring mengiring.
58.
58. mengapakah solat wajib dilaksanakan walau dalam keadaan sakit?
a)
kerana merupakan salah satu syarat untuk terus hidup.
b)
kerana merupakan salah satu daripada rukun Islam.
c)
kerana merupakan salah satu daripada rukun Iman
d)
kerana merupakan syarat untuk sihat.
59.
59. Pak cik Latif mengalami sakit lutut. Apakah cara solat yang sesuai dilakukan oleh Pak cik Latif?
a)
solat dengan isyarat mata
b)
solat dengan cara duduk
c)
solat dengan isyarat hati
d)
tidak perlu solat
60.
60. Ahmad mengalami selesema dan batuk biasa. Apakah cara solat yang boleh didirikan oleh Ahmad?
a)
solat berdiri seperti biasa.
b)
solat dengan baring mengiring
c)
solat dengan cara duduk
d)
tidak perlu solat.
61.
61. Apakah maksud puasa dari segi bahasa?
a)
Memakan diri
b)
Merana diri
c)
Menahan diri
d)
Memuji diri
62.
62. Di antara syarat wajib puasa adalah....
a)
Islam dan Baligh
b)
Mumaiyyiz dan gila
c)
Lelaki dan mampu
d)
Dewasa dan Bijak
63.
63. Berikut adalah hari-hari yang diharamkan berpuasa kecuali
a)
10 Zulhijjah
b)
1 Syawal
c)
1 Muharram
d)
29 Syaaban
64.
64. Apakah hukum orang yang berpuasa terkentut di dalam air?
a)
Batal Puasa
b)
Sah Puasa
c)
Haram Puasa
d)
Sunat Puasa
65.
65. Berikut adalah orang yang diwajibkan berpuasa KECUALI _________.
a)
Islam
b)
Berakal
c)
Kanak-kanak
d)
Mampu berpuasa
66.
66. Berikut adalah contoh solat sunat kecuali
a)
solat rawatib
b)
solat terawikh
c)
solat jumaat
d)
solat tahajud
67.
67. Solat sunat yang mengiring solat fardhu ialah
a)
solat sunat rawatib
b)
solat sunat istikharah
c)
solat sunat dhuha
d)
solat sunat witir
68.
68. Solat sunat sebelum subuh hukumnya adalah
a)
sunat muakkadah
b)
sunat ghairu muakkadah
c)
harus
d)
makruh
69.
69. Bilangan rakaat solat sunat witir dilaksanakan __________
a)
dalam bilangan ganjil
b)
sekurang-kurangnya 5 rakaat
c)
dilakukan dalam sekali salam
d)
tiada had
70.
70. Solat sunat ________________digalakkan secara berjemaah
a)
solat istikharah
b)
solat tahajud
c)
solat taubat
d)
solat terawikh
71.
71. Rasulullah SAW telah membina asas negara Islam Madinah yang kuat dengan cara berikut KECUALI
a)
Membina masjid
b)
Membina pusat perniagaan
c)
Menggubal Piagam Madinah
d)
Membina Istana
72.
72. Ansar ialah golongan
a)
Penduduk asal Madinah yang memeluk Islam dan membantu perjuangan Rasulullah
b)
Orang Islam yang berhijrah bersama Rasulullah dari Mekah ke Madinah
c)
Suku kaum Aus dan Khazraj
d)
Kaum musyrikin dan yahudi
73.
73. Apakah maksud Piagam Madinah?
a)
Undang-undang dan syariat Islam di Madinah
b)
Perlembagaan bertulis di Madinah
c)
Hudud di Madinah
d)
Syariat Islam di Madinah
74.
74. Berikut adalah kesan piagam Madinah kecuali ...
a)
Terbentuk negara Islam pertama di dunia
b)
Rasulullah diiktiraf ketua negara pertama di dunia
c)
Wujud semangat asobiyyah dalam kalangan umat Islam
d)
Orang bukan Islam mengakui menjadi warga negara Islam
75.
75. Golongan manakah yang terlibat dalam persetujuan Piagam Madinah?
a)
Orang Islam dan Nasrani
b)
Orang Islam dan Majusi
c)
Orang Islam dan Yahudi
d)
Orang Islam dan Kristian
76.
76. Saidatina Fatimah binti Muhammad digelar __________ yang bermaksud putih berseri.
a)
Al-Humaira'
b)
Az-Zahra'
c)
At-Tohirah
d)
Ummul Mukminin
77.
77. Berikut merupakan sumbangan Saidatina Aisyah binti Abu Bakar, KECUALI
a)
Meriwayatkan banyak hadith
b)
Menjadi rujukan para sahabat dalam sesuatu perkara
c)
Memperkaya bidang Tafsir al-Quran
d)
Sediakan makanan untuk tentera Islam semasa perang Khandak
78.
78. ___________ ialah ibu kepada Ammar bin Yasir dan syahid apabila diseksa.
a)
Sumaiyah binti Khabbat
b)
Saidatina Khadijah binti Khuwailid
c)
Saidatina Aisyah binti Abu Bakar
d)
Saidatina Fatimah binti Muhammad
79.
79. Siapakah isteri pertama Rasulullah?
a)
Saidatina Fatimah Az-Zahra’
b)
Saidatina Aisyah
c)
Saidatina Khadijah binti Khuwailid
d)
Zainab
80.
80. Saiyidatina Khadijah adalah seorang yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi kerana.........
a)
Turut bersama berjuang di medan jihad
b)
Seorang yang cekal melawan musuh-musuh Islam
c)
Banyak hartanya digunakan untuk membantu umat Islam pada awal Islam.
d)
Banyak mempertahankan diri baginda Rasulullah
81.
81. Berikut adalah sifat-sifat kasih sayang yang diredhai Allah kecuali...
a)
mentaati ibu bapa.
b)
menghormati orang yang lebih tua.
c)
mengutamakan kawan.
d)
membantu anak yatim
82.
82. Kasih sayang dari segi istilah bermaksud kecenderungan diri terhadap _________ .
a)
sesuatu yang baik
b)
cinta dan kasih
c)
sesuatu yang indah
d)
mudah mesra dengan orang
83.
83. Hikmah sifat kasih sayang dalam kehidupan adalah
a)
sebagai bukti cinta kepada seseorang
b)
memenuhi tuntutan agama
c)
dapat mencintai orang lain secara melampau
d)
menunjukkan sayang yang keterlaluan
84.
84. Seseorang yang mencintai dan membenci kerana Allah, maka sempurnalah ________
a)
kehidupan
b)
diri
c)
iman
d)
kejaya
85.
85. Allah SWT suka kepada orang yang berusaha membuat ___________
a)
kasihan
b)
kebaikan
c)
usaha
d)
doa
86.
86. Berikut adalah kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga kecuali..
a)
Melaksanakan perintah Allah dan Rasul
b)
Membina kewibawaan diri
c)
Menjadi contoh teladan
d)
Membina keluarga yang kacau bilau
87.
87. Hukum memuliakan ibu bapa ialah....
a)
wajib
b)
sunat muakkad
c)
sunat
d)
harus
88.
88. Berikut merupakan akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek individu kecuali...
a)
berdosa besar
b)
mendapat kemurkaan Allah
c)
disayangi ibu bapa
d)
disisih dan dipinggirkan
89.
89. Apakah cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga dari aspek tingkah laku?
a)
Bersopan - santun
b)
Hormat- menghormati
c)
Tidak menyanggah percakapan ibu bapa
d)
merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit dan tua
90.
90. Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa yang telah meninggal dunia ialah...
a)
Membuat kenduri tahlil untuk arwah ibu bapa setiap tahun
b)
Kerap menziarahi dan membersihkan kubur ibu bapa
c)
Sentiasa mendoakan keampunan untuk ibu bapa
d)
Membahagi-bahagikan harta yang ditinggalkan
91.
91. Antara yang berikut yang manakah maksud jiran dari segi bahasa
a)
Orang yang tinggal disebelah rumah kita
b)
Orang yang tinggal disekeliling rumah kita
c)
Orang yang kita kenali
d)
Sahabat-sahabat kita
92.
92. Pilih pernyataan yang menunjukkan sikap jiran yang tidak baik
a)
Melayani jiran dengan baik tanpa mengira bangsa dan agama
b)
Saling memberi hadiah antara jiran
c)
Mengutamakan jiran dalam urusan jual beli
d)
Merasa gembira apabila jiran dalam kesusahan
93.
93. Berikut adalah hikmah beradab dengan jiran kecuali
a)
Kehidupan aman dan tenteram
b)
Masyarakat bersatu padu
c)
Kemungkaran mudah berlaku
d)
Kerja yang berat akan menjadi ringan
94.
94. Satu cara kita boleh mengeratkan hubungan kita dengan jiran kita adalah dengan ________.
a)
menegur mereka apabila berjumpa
b)
mengukirkan senyuman
c)
sentiasa bertimbang rasa
d)
Semua jawapan yang diberikan
95.
95. Apakah konsep kejiranan yang ingin dipupuk di Malaysia?
a)
Penduduk yang "membawang"
b)
Penduduk yang penuh hasad dengki
c)
Penduduk yang bermuafakat
d)
Penduduk yang melagakan satu sama lain
96.
96. Apakah adab masuk ke masjid
a)
Berzikir,membaca al-quran,menuntut ilmu&berselawat
b)
Membawa sesuatu yang berbau sehingga mengganggu keselesaan jemaah masjid
c)
mendahulukan kaki kanan
d)
Memakai pakaian yang bersih
97.
97. Apakah maksud masjid dari segi bahasa?
a)
Berasal daripada perkataan bahasa melayu iaitu tempat beribadah
b)
Berasal daripada perkataan arab sajada(tempat sujud)
c)
Berasal daripada perkataan arab jemaah
d)
Berasal daripada perkataan bahasa melayu iaitu tempat pengajian
98.
98. manakah antara berikut merupakan doa yang dianjurkan ketika hendak masuk ke masjid ?
a)
اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِك
b)
اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي،
c)
اَللّٰهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
d)
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً
99.
99. apakah yang perlu dilakukan seorang individu jika membawa gajet ke masjid
a)
membuka laman sosial ketika solat
b)
menetapkan ke mod senyap
c)
bermain game sambil berzikir
d)
mendengar khutbah sambil membaca gosip
100.
100. Pilih kenyataan yang betul tentang implikasi tidak beradab semasa masuk dan keluar masjid
a)
Mendapat dosa dan kemurkaan daripada ALLAH
b)
Mendapat rahmat dan kelebihan daripada ALLAH
c)
Diampunkan dosa
d)
Dipandang mulia oleh masyarakat
Reset
