WorksheetsEKONOMI QUIZIZZ DAY 2 (BAB 1 : FAKTOR PENGELUARAN)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pernyataan manakah yang betul tentang sumber ekonomi? 1(SPM 2018)
A Tanah merupakan sumber yang di ekstrak dari bumi dan lautan
B Modal mempunyai penawaran yang terhad yang menyebabkan harganya meningkat secara berterusan
C Buruh merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output
D Usahawan adalah individu yang memberikan hasil pengeluaran secara produktif sama ada secara fizikal dan mental
Encik Yusuf membuka sebuah kilang perabot berasaskan kayu getah di kampung Teluk Enas. Beliau mampu memberi peluang pekerjaan kepada 20 orang penduduk di kampung tersebut. Pernyataan manakah yang betul tentang Encik Yusuf? 2(SPM 2018)
A Mendapat ganjaran dalam bentuk sewa
B Menggabungkan input-input pengeluaran bagi menghasilkan output
C Menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam proses pengeluaran
D Merupakan sumber ekonomi yang diperlukan untuk melicinkan proses pengeluaran
Maklumat berikut berkaitan satu faktor pengeluaran.
Encik Hamzah adalah pembekal lemang periuk kera di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Awalnya, usaha Encik Hamzah kurang mendapat sambutan. Setelah setahun beroperasi barulah beliau menerima pulangan yang lumayan.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang faktor pengeluaran tersebut? 2(SPM 2019)
I Berani menanggung risiko
II Kreatif dan inovatif dalam pemasaran
III Menyumbang tenaga dalam proses pengeluaran
IV Memiliki sumber hasil hutan yang boleh diperbaharui
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Usahawan menerima ganjaran untung kerana (PCB KEL 2020)
A menambah output
B sanggup menanggung risiko
C menguruskan kewangan syarikat
D membenarkan orang lain menguruskan untungnya
Pernyataan manakah benar tentang faktor pengeluaran? (PCB PP 2020)
A Tanah merupakan sumber yang mempunyai penawaran tidak terhad
B Modal seperti peralatan dan mesin mempunyai mobiliti geografi yang tinggi
C Buruh merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output
D Usahawan adalah individu yang memberikan hasil pengeluaran secara produktif sama ada secara fizikal dan mental
Pernyataan di bawah berkaitan dengan faktor pengeluaran X. (PCB PLS 2020) Apakah X?
A Tanah
B Buruh
C Modal
D Usahawan
Pertanyaan yang manakah betul tentang individu sebagai usahawan? (PCB SEL 2020) .
A Menghasilkan output untuk memaksimumkan kepuasan pengguna
B Bersedia menghadapi pelbagai ketidakpastian pasaran
C Menjadi pembekal input dalam proses pengeluaran
D Bersifat kreatif dalam pilihan penggunaan produk
Antara yang berikut, pasangan yang manakah betul?
Buruh - Individu yang menggabungkan input pengeluaran bagi menghasilkan sejumlah output
Tanah - Input yang mempunyai pelbagai mobiliti kegunaan dalam kegiatan ekonomi
Modal - Pemilik modal menerima pulangan dalam bentuk keuntungan daripada bank
Usahawan - Unit ekonomi yang membekalkan faktor pengeluaran dalam aktiviti pengeluaran
Manakah yang betul tentang sumber ekonomi? (PCB SEL 2020)
A Sumber tanah digunakan dalam proses pengeluaran barangan yang terhad penawarannya
B Pemilik modal menerima pulangan dalam bentuk keuntungan atas kesanggupan menanggung risiko
C Buruh menggabungkan input pengeluaran bagi menghasilkan sejumlah output
D Usahawan membekalkan faktor pengeluaran dalam aktiviti pengeluaran
1 Maklumat di bawah menunjukkan jenis-jenis faktor pengeluaran. (PCB SEL 2020)
Faktor pengeluaran = Buruh + Tanah + W + Modal
W menerima pulangan faktor kerana
A Menggunakan tenaga dan mental dalam proses pengeluaran produk
B Kesanggupan berpisah dengan sejumlah modal untuk pelaburan
C Memiliki sikap kreatif dan inovatif dalam penghasilan output
D Bersedia membenarkan pihak lain menggunakan aset miliknya
