NEW
Font size
WorksheetsSimpulan bahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pegawai itu ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti ____________________.
makan angin
makan suap
makan gaji
makan hati.
Kami tidak memberitahu rahsia itu kepadanya kerana dia ______________________ .
mulut becok
mulut murai
mulut tempayan
banyak mulut
Ayah membina rumah itu dengan hasil _____________________nya sendiri.
titik peluh
peluk tubuh
mandi peluh
ringan tulang
Puan Suhaila ___________________________ apabila melihat baju-baju yang dijual di butik itu.
gelap mata
putih mata
rambang mata
mata duitan
Ukiran-ukiran pada dinding itu merupakan ____________________ datuk saya sendiri.
bekas tangan
tangan terbuka
buah mulut
buah terbuka
Harga barang yang dijual di pasar raya itu ______________________ dan tidak boleh ditawar.
gulung tikar
ketam batu
hisab darah
harga mati
Ravinash cepat menerima pengajaran guru kerana dia seorang yang __________________________ .
otak udang
otak cair
telinga gajah
telinga lintah
Kok Seng membawa ________________________ semasa melawat neneknya di hospital.
tin kosong
buah hati
buah mulut
buah tangan
Pemuda yang ___________________________ itu telah berjaya diberkas oleh polis.
buruk siku
rambang mata
campur tangan
panjang tangan
Hakim itu dituduh bersikap _______________________ ketika mengendalikan pertandingan pidato tersebut.
lepas tangan
berat sebelah
hentam keromo
serkap jarang
Herman yang ______________________ itu hanya duduk di tepi padang ketika rakan-rakannya bermain bola sepak.
kaki bangkang
kaki gaduh
kaki papan
kaki bangku
Kamu janganlah ___________________ apabila melihat kejayaan orang lain," pesan Cikgu Nalini kepada muridnya.
keras hati
ikut hati
ambil hati
iri hati
Walaupun majlis makan malam itu belum tamat, Doktor Krishnan terpaksa ____________________ kerana mendapat panggilan kecemasan.
angkat kaki
angkat bakul
membawa diri
merendah diri
Ruben dimarahi oleh ibunya kerana ____________________ ketika bermain di luar rumah.
berkaki bangku
berkaki ayam
hisab darah
mandi peluh
Cikgu Tan ____________________ apabila mendapati beberapa orang murid tidak menyiapkan kerja sekolah.
diam ubi
lipas kudung
naik darah
kera sumbang
___________________ kebanyakan penduduk kampung itu ialah nelayan dan petani.
Titik peluh
Mata duitan
Mata keranjang
Mata pencarian
Nina dikatakan ____________________ kerana telah mengambil semula hadiah yang diberi kepada kawannya.
iri hati
bidan terjun
buruk siku
omong kosong
Banyak syarikat terpaksa _______________ akibat kelembapan ekonomi negara.
cabut nyawa
buta perut
pisau cukur
gulung tikar
Kejayaan Arwin melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi ____________________ penduduk kampung.
buah hati
buah mulut
buah fikiran
buah tangan
Dia memang _______________________ kerana masih belum faham walaupun diajar beberapa kali.
otak udang
otak cair
otak kecil
otak mereng
