wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIJAK PERIBAHASA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Seorang pengadil dalam sesuatu perlawanan haruslah membuat pertimbangan atau keputusan yang tidak berat sebelah. Jika tidak, dia akan dikatakan

a)

bagai duri dalam daging

b)

bagai limau masam sebelah

c)

seperti abu di atas tunggul

d)

umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak ke bumi

2.

Kita tidak seharusnya melakukan sesuatu kerja separuh jalan sahaja, sebaliknya kerja itu perlu dilakukan hingga selesai. Jika tidak, kita akan dikatakan...

a)

seperti rumput di tepi jalan

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

bagai melepaskan batuk di tangga

d)

bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

3.

Anak-anak jutawan itu mendapat harta yang sangat banyak setelah kematian ayah mereka. Pernyataan tersebut sesuai dengan peribahasa

a)

garam jatuh ke air

b)

enggang lalu ranting patah

c)

gajah mati, tulang setimbun

d)

burung terbang dipipiskan lada

4.

Peribahasa yang membawa maksud orang yang memberikan nasihat kepada seseorang tetapi dia sendiri tidak melakukan seperti yang dinasihatkannya itu ialah

a)

bapa borek anak rintik

b)

rambut sama hitam, hati lain-lain

c)

ke mana tumpah kuahnya, kalau tidak ke nasi

d)

seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul

5.

Pengarah syarikat itu menjadi muflis disebabkan oleh sikap pengurus kewangan yang mengkhianatinya. Keadaan ini merujuk peribahasa

a)

seperti kaduk naik junjung

b)

seperti kacang lupakan kulit

c)

seperti gunting dalam lipatan

d)

seperti belut pulang ke lumpur

6.

Puan Julia seorang yang sangat komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengurus pemasaran. Beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga tugasannya dapat diselesaikan dengan jayanya. Peribahasa ini sesuai dengan peribahasa

a)

alah bisa, tegal biasa

b)

biar putih tulang, jangan putih mata

c)

genggam bara api, biar sampai jadi arang

d)

sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

7.

Peribahasa yang berikut membawa maksud dua pekerjaan yang dilakukan dalam satu masa, KECUALI

a)

belayar sambil memapan

b)

sambil berdiang nasi lemak

c)

sambil menyelam minum air

d)

bertangguh itu pencuri masa

8.

Lelaki itu tidak mempedulikan jirannya yang susah walaupun dia mempunyai wang untuk disedekahkan. Sifat lelaki itu dikatakan sebagai

a)

isi dengan kuku

b)

dakwat dengan kertas

c)

helang hendak menerkam tikus

d)

enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

9.

Dengan sekali pandang sahaja, ketua jurulatih badminton negara sudah dapat mengesan bakat besar yang dimiliki pemain muda negara. Peribahasa yang sesuai ialah

a)

menatang minyak yang penuh

b)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

c)

hanya jauhari yang mengenal manikam

d)

ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni

10.

Pembangunan pesat ekonomi negara menjadikan Malaysia sudah mampu bersaing dengan negara maju yang lain. Peribahasa yang sesuai ialah

a)

belum duduk sudah berlunjur

b)

duduk sama rendah berdiri sama tinggi

c)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

d)

berat mata memandang berat lagi bahu memikul