WorksheetsULANG KAJI PERIBAHASA_2022
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Encik Soh dan Puan Mary amat menyayangi anak mereka ___________. Mereka selalu memenuhi kehendak anak mereka tanpa perlu berfikir panjang.
di mana ada bumi dipijak, di situ langit dijunjung
bagaimana acuan begitulah kuihnya
bagai menatang minyak yang penuh
bagai menentang minyak yang penuh
Jangan berasa _________ dengan kejayaan yang dicapai oleh orang lain. Sebaliknya, kita harus berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan yang kita miliki sendiri.
putih hati
iri hati
putih mata
panas hati
Paras rupa gadis itu __________. Ramai jejaka yang suka akannya dan ingin meminangnya dengan secepat mungkin.
bagai bulan dipagari binatang
bagai bulan dipagari bintang
bagai cincin dengan permata
bagai bulan dengan matahari
Antara peribahasa yang berikut, manakah peribahasa yang maksudnya berbeza dengan tiga peribahasa yang lain?
bagai bulan empat belas
bagai cincin dengan permata
bagai pinang dibelah dua
bagai bulan dengan matahari
Li Qi dan Lily akan bertengkar apabila berjumpa. Mereka berdua dikatakan __________.
anjing dengan bayang-bayang
anjing dengan ayam
anjing dengan kucing
anjing menyalak bukit
Ibu bertindak seperti ___________ ketika mendapat berita bahawa ayah ditangkap oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali.
cacing kepanasan
jalan buntu
kumbang putus tali
menghitung bulu kambing
Pak Amin yang telah sakit sejak minggu lalu itu kelihatan seperti _____________. Dia memerlukan satu tempoh yang panjang untuk sembuh.
ayam disambar helang
ayam kehilangan ibu
ayam berak kapur
tidur-tidur ayam
Hubungan pasangan kembar itu sangat rapat dan sukar dipisahkan seperti ______________.
cincin dengan permata
hujan jatuh ke pasir
hempedu lekat di hati
pinang dibelah dua
Pak Mail hanya menurut sahaja perintah isterinya. Pak Mail dikatakan seperti ________.
lembu punya susu, sapi dapat nama
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
kera mendapat bunga
kerbau dicucuk hidung
Tristan membuang hadiah yang diberikan oleh Cikgu Soh kepadanya ke dalam tong sampah. Tristan dikatakan bagai _____________.
itik pulang petang
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
kera mendapat bunga
ayam disambar helang
Keadaan di dalam bas itu adalah seperti __________ terutamanya ketika waktu lepas kerja. Bas itu selalu mengambil penumpang melebihi had yang dibenarkan dari sisi undang-undang.
itik pulang petang
ikan dalam belat
kumbang putus tali
mencurah air di daun keladi
Kita perlulah menanam sikap baik sejak kecil. Bak kata pepatah, '_______________'.
melentur buluh biarlah dari lemangnya
melentur buluh biarlah dari rebungnya
sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
genggam bara api, biar sampai jadi arang
Dua adik-beradik itu telah berbaik semula setelah bertengkar pada minggu lepas. Bak kata pepatah, '_______'.
bagai isi dengan kuku
bagai ayam mengeram telur
air yang dicencang tidak akan putus
sehari selembar benang, lama-lama menjadi benang
Usahlah awak memberikan nasihat kepada budak yang degil itu. Perbuatan awak itu adalah seperti ___________. Dia tidak akan mendengar langsung.
selama hujan akan panas jua
hujan jatuh ke pasir
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
ada hujan ada panas, ada hari boleh balas
Kita mestilah berusaha dengan gigih jika ingin berjaya. Bak kata pepatah, '___________'.
bagai telur di hujung tanduk
seperti si kudung mendapat cincin
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
