NEW
Font size
WorksheetsQUALITY CONTROL
Total questions: 30
Worksheet time: 3hrs 30mins
Manakah antara yang berikut merupakan definasi bagi Kualiti?
Merupakan sifat/ciri-ciri produk atau perkhidmatan yang boleh
menyumbangkan kepada kepuasan/kehendak pengguna
Merupakan Kebersihan produk atau perkhidmatan
Merupakan Kecepatan produk atau perkhidmatan
Merupakan ketepatan produk atau perkhidmatan
Apakah maksud bagi Kawalan Kualiti?
Membuatkan setiap orang melaksanakan perkara yang mereka telah persetujui dan mereka melaksanakannya dengan tepat pada kali pertama
Membuatkan setiap orang melaksanakan perkara yang mereka tidak persetujui
Membuat latihan pengurusan kualiti perkara yang mereka telah persetujui
Membuatkan penambahbaikan perkara yang mereka telah persetujui
Manakah antara berikut merupakan keterangan mengenai Kecacatan sifar?
Ralat atau kesilapan seharusnya dianggap sebagai suatu yang boleh dielakkan
Kosong daripada sesuatu yang tidak boleh dielakkan
Membuatkan penambahbaikan pada kesilapan lepas
Bulatan lakaran garisan tengah
Apakah maksud Pelanggan Luaran Bagi Kawalan Kualiti?
Membeli dan menggunakan produk atau servis
Membuat latihan pengurusan kualiti pada perkara yang mereka telah persetujui
Melaksanakan perkara yang mereka telah persetujui
Penambahbaikan pada produk atau servis
Apakah maksud Pelanggan Dalaman Bagi Kawalan Kualiti?
Menggunakan komponen dan produk / servis yang dihasilkan oleh pekerja sebelumnya
Membuat latihan pengurusan kualiti perkara yang mereka telah persetujui
Melaksanakan perkara yang mereka telah persetujui
Membeli dan menggunakan produk atau servis
Kawalan kualiti adalah penekanan kepada tiga (3) perkara penting untuk menjayakan pengurusan kualiti dalam sesebuah organisasi, kecuali ...
kebersihan produk atau perkhidmatan
penambahbaikan kualiti secara berterusan
latihan dalam pengurusan kualiti menyeluruh
komitmen dan tindakan dari pihak pengurusan
“Ini bermakna jika sesuatu kerja dijalankan maka hasilnya mestilah berkualiti tanpa sebarang keraguan atau tolak ansur. Bagi memastikan ini terjadi segala kerja mestilah dikaji, dirancang dan seterusnya dilaksanakan dengan baik”. Manakah antara berikut merujuk kepada kenyataan di atas?
Zero Defect
Zero Square
Zero Circle
Zero Target
Faedah atau kelebihan aktiviti Kawalan Kualiti merangkumi semua di bawah, kecuali ...
memilih serta menjalankan proses pengeluaran atau pemasangan yang memenuhi kehendak atau tujuan spesifikasi
meningkatkan keberkesanan pemeriksaan atau pengujian
memperbaiki kualiti pembuatan dan pemasangan produk
mengurangkan pembuangan skrap dan kerja semula
Kualiti merupakan keseluruhan sifat sesuatu produk atau servis yang membolehkannya memenuhi keperluan yang tersirat dan yang tersurat.
Apakah yang dimaksudkan dengan sifat-sifat tersebut?
I. Kebolehgunaan
II. Harga (ekonomi)
III. Faktor keselamatan
IV. Kebolehsenggaraan
I, II, III dan IV
I, III dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
Manakah antara berikut merangkumi kesemua kerja Kawalan kualiti?
I. Pengukuran
II. Proses ujian
III. Pengoperasian
IV. Produk yang terhasil
I, II, III dan IV
I, III dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
Kepastian kualiti menekankan kepada pencegahan daripada timbulnya masalah-masalah kualiti dalam penghasilan sesuatu keluaran melalui tindakan-tindakan yang dirancang dan sistematik.
Mengapakah kepastian kualiti ini perlu dilakukan?
Kepastian kualiti ini perlu dipastikan supaya output yang dikeluarkan tidak mempunyai kecacatan (defect free) atau kesilapan (error free)
Kepastian kualiti ini perlu dipastikan supaya input yang dikeluarkan tidak mempunyai kecacatan (defect free) atau kesilapan (error free)
Kepastian kualiti ini perlu dipastikan supaya output yang dikeluarkan tidak mempunyai kecacatan (defect free)
Kepastian kualiti ini perlu dipastikan supaya output yang dikeluarkan tidak mempunyai kesilapan (error free)
Persampelan bagi tujuan pemeriksaan Kawalan Kualiti ke atas produk akan mengakibatkan produk tersebut rosak selepas ia diuji/diperiksa. Apakah impak atau kesan baik dan buruk daripada aktiviti yang dimaksudkan dalam kenyataan di atas?
I. Kos untuk pemeriksaan 100% adalah sangat tinggi
II. Apabila pengujian akan menyebabkan produk itu rosak (musnah)
III. Pemeriksaan 100% boleh menyebabkan keletihan bagi pemeriksaan
IV. Bertujuan untuk penyelidikan ketahanan produk
I, II, III dan IV
I, III dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
Apakah yang dimaksudkan dengan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)?
TQM ialah satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan semua aspek dalam organisasi
TQM ialah sistem-sistem dan proses-proses kerja yang berkualiti kerana ia dapat menjamin penghasilan keluaran yang berkualiti
TQM ialah menekankan proses penambahbaikan yang berterusan
TQM ialah memberi kepuasan hati pelanggan
Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) sentiasa memberi perhatian kepada aspek pengawalan kos kualiti. Apakah yang menyebabkan kos ini timbul?
Pembaziran sumber, penghasilan output yang tidak berkualiti, kesilapan kerja atau aktiviti-aktiviti lain yang tidak memberi kesan nilai tambah
Pembaziran sumber, penghasilan input yang tidak berkualiti, kesilapan kerja atau aktiviti-aktiviti lain yang tidak memberi kesan nilai tambah
Pembaziran sumber, penghasilan input yang berkualiti, kesilapan kerja atau aktiviti-aktiviti lain yang tidak memberi kesan nilai tambah
Pembaziran sumber, penghasilan keluaran yang berkualiti, kesilapan kerja atau aktiviti-aktiviti lain yang tidak memberi kesan nilai tambah
Berikut merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk menetapkan standard bagi sesuatu keluaran atau perkhidmatan kecuali ...
menjalankan kajian produk
mengadakan perbincangan di antara penyelia dengan pekerja-pekerja yang terlibat
menggunakan standard perkhidmatan syarikat yang memberi perkhidmatan yang sama
menggunakan standard yang boleh dianggap sebagai standard bagi industri tersebut
Apakah ciri-ciri keluaran atau perkhidmatan yang berkualiti yang lazimnya dihargai oleh pelanggan?
I. Inovatif
II. Kefungsian
III. Ketepatan fakta
IV. Kebolehpercayaan
I, II, III dan IV
I dan III sahaja
I dan II sahaja
I sahaja
Tindakan susulan yang segera diambil ke atas maklumbalas yang diterima adalah seperti di bawah, kecuali …
memaklumkan kemudian kepada pengadu kedudukan dan tindakan yang diambil
maklumbalas positif diumumkan kepada semua bagi peningkatan perkhidmatan berkualiti
maklumbalas negatif yang berkaitan dibuat tindakan pembetulan segera
merekod semua maklumbalas yang diterima
Kaedah-kaedah berikut boleh digunakan untuk mengenalpasti kehendak pelanggan, kecuali …
sesi bergambar
temubual dengan pelanggan
maklumbalas yang diterima
soal selidik
Teknik operasi dan aktiviti Kawalan Kualiti merangkumi semua di bawah, kecuali ...
Menjual spesifikasi produk seperti yang dikehendaki atau diperlukan
Menjalankan pemeriksaan untuk menentukan samada hasil produk/ perkhidmatan akur atau menurut kepada spesifikasi yang telah ditetapkan
Memilih serta menjalankan proses pengeluaran atau pemasangan yang memenuhi kehendak atau tujuan spesifikasi
Mereka bentuk produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak spesifikasi yang telah dipiawai
Apakah yang ditekankan oleh Konsep Kawalan Kualiti?
Mengambil kira sejauh mana suatu produk perkhidmatan dapat memenuhi kehendak pelanggan
Menjalankan pemeriksaan untuk menentukan samada hasil produk/ perkhidmatan supaya kelihatan menarik.
Mereka bentuk produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak masa
Memberikan pelanggan produk / perkhidmatan yang bertepatan pada harga yang berpatutan
CIRI-CIRI PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH:
a. Kepuasan hati pelanggan
b. output tanpa cacat
c. output yang sentiasa tepat
MATLAMAT
PELAKSANA
STRATEGI
FOKUS
CIRI-CIRI PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH:
a. Penambahbaikan yang berterusan
b. Melibatkan seluruh organisasi
c. Tindakan-tindakan yang strategik
MATLAMAT
PELAKSANA
STRATEGI
FOKUS
CIRI-CIRI PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH:
a. System dan proses
b. Budaya organisasi
c. Pelanggan pembekal
MATLAMAT
PELAKSANA
STRATEGI
FOKUS
CIRI-CIRI PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH:
a. Pengurusan atasan
b. Seluruh kakitangan
c. Pasukan-pasukan kerja
MATLAMAT
PELAKSANA
STRATEGI
FOKUS
CIRI-CIRI PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH:
a. Kualiti menyeluruh
b. Pengurusan kuaiti berorentasi pelanggan
c. Berjalan secara berterusan
KONSEP TQM
PELAKSANA
STRATEGI
FOKUS
PENGENDALIAN MAKLUM BALAS PELANGGAN:
a. Soal selidik
b. Maklum balas pelanggan
KAEDAH PERKHIDMATAN
STANDARD PERKHIDMATAN
JENIS-JENIS KELUARAN
STANDARD KELUARAN
PENGENDALIAN MAKLUM BALAS PELANGGAN:
a. Ketepatan masa
b. Keluaran sentiasa konsisten
KAEDAH PERKHIDMATAN
STANDARD PERKHIDMATAN
JENIS-JENIS KELUARAN
STANDARD KELUARAN
PENGENDALIAN MAKLUM BALAS PELANGGAN:
a. Menilai semula program
b. Selaraskan dengan objektif syarikat
KAEDAH PERKHIDMATAN
STANDARD PERKHIDMATAN
JENIS-JENIS KELUARAN
STANDARD KELUARAN
PENGENDALIAN MAKLUM BALAS PELANGGAN:
a. Layanan mesra
b. Bertimbang rasa
KAEDAH PERKHIDMATAN
STANDARD PERKHIDMATAN
JENIS-JENIS KELUARAN
STANDARD KELUARAN
PENGENDALIAN MAKLUM BALAS PELANGGAN:
a. Kebolehpercayaan
b. Daya ketahanan
CIRI-CIRI PERKHIDMATAN
STANDARD PERKHIDMATAN
JENIS-JENIS KELUARAN
STANDARD KELUARAN
