Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET SPM 12

Total questions: 20

Worksheet time: 5hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

UKIRAN 3 DIMENSI YANG TERDAPAT PADA HULU SENJATA DAN UKIRANNYA LEBIH HALUS

Pernyataan di atas menunjukkan ciri-ciri bagi jenis ukiran kayu tradisional. Apakah jenis ukiran tersebut?

a)

Larik

b)

Tebuk tembus

c)

arca

d)

Bunga timbul

2.

Pernyataan di bawah merujuk kepada jenis arca.

* satu binaan yang boleh bergerak tetapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sahaja bergerak.

* bahan atau bahagian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak

* tidak mempunyai sendi-sendi

Apakah jenis arca di atas?

a)

Mobail

b)

Asemblej

c)

Stabail

d)

Timbulan

3.

Antara peralatan melukis berikut yang manakah sesuai digunakan untuk teknik lorekan?

I Pensel

II Arang

III Marker

IV Pen

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Antara berikut yang manakah merupakan produk yang dihasilkan berdasarkan fungsi mengikut bentuk?

a)

Pelbagai jenis selipar

b)

Pelbagai jenis barangan elektrik

c)

Pelbagai jenis alatan sukan

d)

Pelbagai jenis kerusi

5.

Apakah maksud Chiaroscurro dalam catan?

a)

Jatuhan bayang objek

b)

Arah cahaya dalam catan

c)

Kontra cahaya yang amat kuat

d)

Aplikasi teknik pada objek

6.

* kolam

* kawasan berbukit

* sungai

* tasik

Pernyataan di atas merujuk kepada elemen reka bentuk landskap. Apakah elemen yang boleh dikaitkan dengan perkara di atas?

a)

Persekitaran

b)

Topografi

c)

Kawasan

d)

Struktur

7.

gambar tersebut merujuk kepada salah satu batik. Apakah teknik penghasilan batik tersebut?

a)

blok

b)

skrin

c)

ikat celup

d)

canting

8.

Pernyataan di bawah menerangkan zaman aliran seni.

* tumpuan kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis

* menyeramkan, sunyi dan tidak logik

* alam khayalan

apakah zaman aliran seni tersebut?

a)

Futurisme

b)

surelisme

c)

dadaisme

d)

kiubisme

9.

Berdasarkan gambar tersebut, apakah nama struktur binaan yang menjadi tempat pokok menjalar tersebut?

a)

Gazebo

b)

Pergola

c)

Pondok

d)

Bangku

10.

Apakah fungsi 'Bangau' pada sesebuah perahu nelayan?

I Tempat memegang semasa menyorong perahu ke darat

II Tempat mengikat tiang layar apabila berlabuh

III Tempat meletakkan bendera negeri asal nelayan

IV Tempat untuk menunjukkan status nelayan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Ali tidak mempunyai kertas pasir untuk melicinkan ukiran kayunya. Apakah tumbuhan yang boleh digantikan sebagai kertas pasir?

a)

Daun palas

b)

Daun mempelas

c)

Daun kerdas

d)

Daun keras

12.

Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia. Apakah nama binaan tersebut?

a)

Istana

b)

Masjid

c)

Makam

d)

Wakaf

13.

Antara alatan lukisan berikut, yang manakah perlu dilindungi dengan menggunakan 'fixer' agar tidak kelihatan kotor dan comot?

a)

pen

b)

marker

c)

pensel

d)

dakwat

14.

* lutsinar tetapi tidak seperti cat air

* teknik yang tertua

* permukaan kertas dan kanvas

* bahan pengilat ialah kuning telur

Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri jenis catan. Apakah jenis catan tersebut?

a)

fresko

b)

gouache

c)

akrilik

d)

tempera

15.

Bahan ini digunakan selepas proses mewarna batik.

Apakah nama bahan tersebut?

a)

sodium silikat

b)

soda ash

c)

paraffin

d)

laquer

16.

Mengapakah ilustrasi sesebuah poster diwarnakan dengan warna cerah sedikit daripada warna latar belakangnya?

a)

menampakkan pergerakan

b)

mewujudkan kesatuan

c)

menampakkan harmoni

d)

mewujudkan penegasan

17.

* menggunakan kaedah litografi

* teknik sifat penolakan minyak dengan air

* hasil cetakan hampir sama seperti lukisan pensel

Maklumat di atas menerangkan tentang cetakan. Apakah jenis cetakan tersebut?

a)

stensil

b)

benaman

c)

timbulan

d)

planograf

18.

Alat ini menggantikan canting dalam proses batik lukis. Apakah nama alat tersebut?

a)

kelongsong funnel

b)

sarang

c)

sekuji

d)

penggelek

19.

Jika anda ingin membuat reka bentuk hiasan dalaman sesebuah ruang tamu. Apakah aspek penting yang perlu diambilkira?

a)

ruang, peredaran udara, pencahayaan, warna dan perabot

b)

ruang, pencahayaan, barangan elektrik, warna dan saiz

c)

ruang, peredaan udara, barangan elektrik, warna dan perabot

d)

ruang, peredaran udara, pencahayaan, warna dan saiz perabot

20.

Gambar tersebut menunjukkan seni ilustrasi. Apakah jenis ilustrasi tersebut?

a)

perubatan

b)

teknikal

c)

fesyen

d)

alam