Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SK1 SEJARAH SPM SET 10

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Dalam Hukum Kanun Melaka, terdapat larangan yang dikenakan kepada hamba abdi dan wanita di Melaka. Apakah larangan tersebut?

a)

Membayar cukai

b)

Menjadi saksi nikah

c)

Menjalankan urus niaga

d)

Menguruskan pentabdiran

2.

Mengapakah rakyat sanggup mematuhi segala arahan pemerintah Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Takut ditimpa tulah

b)

Mendapatkan perlindungan

c)

Jaminan keselamatan

d)

Sistem serah dan kerah

3.

Bagaimanakah Raja James II mengatasi penentangan daripada ahli Parlimen England?

a)

Melarikan diri ke Perancis

b)

Memansuhkan hak asasi rakyat

c)

Melucutkan jawatan pembesar

d)

Menggubal undang-undang baharu

4.

Mengapakah pemisahan pentadbiran India dengan Burma ditentang oleh Parti Do Bama Asiayone?

a)

Menyekat perluasan fahaman komunis

b)

Memperjuangkan kemerdekaan negara

c)

Melindungi kepentingan golongan petani

d)

Mempertahankan kedudukan golongan pelajar

5.

Bagaimanakah pemerintahan Dinasti Habsburg di bawah empayar Austria-Hungary berakhir?

a)

Penamatan sistem raja berkuasa mutlak

b)

Pengenalan sistem raja berperlembagaan

c)

Perjanjian gencatan senjata ditandatangani

d)

Pemberontakan tercetus di wilayah jajahannya

6.

Pentadbiran tentera Jepun telah menggabungkan Sarawak, Sabah dan Brunei di bawah satu unit pentadbiran. Apakah gelaran bagi pentadbiran baru tersebut?

a)

Syonan-to

b)

Malai Baru

c)

Koa Kunrenjo

d)

Kita Boruneo

7.

Antara berikut, yang manakah DUA kandungan Kertas Putih 6274 berkaitan Rancangan Malayan Union?

a)

Konsep kesatuan

b)

Sistem pendidikan

c)

Bahasa kebangsaan

d)

Syarat kewarganegaraan

8.

Apakah kesan daripada Pekelilling No. 9/1946 yang dikeluarkan British di Sarawak?

a)

Pemberontakan di bandar utama

b)

Penyerahan Sarawak dibatalkan

c)

Peletakan jawatan oleh kakitangan awam

d)

Perhimpunan besar-besaran oleh kaum wanita

9.

Apakah persamaan perkara yang dicadangkan oleh gabungan PUTERA-AMCJA dalam Perlembagaan Rakyat?

a)

pilihan raya

b)

Adat istiadat

c)

Bahasa kebangsaan

d)

Syarat kewarganegaraan

10.

Bagaimanakah kedudukan Singapura setelah Persekutuan Tanah Melayu dibentuk?

a)

Negara jajahan

b)

Negara bebas

c)

Negara merdeka

d)

Negeri naungan

11.

Karya manakah yang mengandungi ideologi komunisme?

a)

Republik

b)

The Prince

c)

Das Kapital

d)

The Social Contract

12.

Apakah usaha kerajaan memenangi kepercayaan Orang Asli semasa Zaman Darurat?

a)

Memberi latihan

b)

Mendirikan kubu

c)

Membina sekolah

d)

Mengadakan lawatan

13.

Mengapakah perundingan antara kaum penting bagi Persekutuan Tanah Melayu mencapai status berkerajaan sendiri?

a)

Mengukuhkan institusi beraja

b)

Menyatupadukan pelbagai kaum

c)

Merangka perlembagaan baharu

d)

Melaksanakan pilihan raya umum

14.

Apakah tanggungjawab anggota Majlis Perundangan Persekutuan dalam Sistem Ahli?

a)

Memimpin sistem kabinet

b)

Mengetuai pelbagai bidang

c)

Mentadbir beberapa jabatan

d)

Melindungi penduduk tempatan

15.

Apakah pihak yang berkuasa untuk mengadakan pilihan raya berdasarkan Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan?

a)

Pejabat Tanah

b)

Pejabat Daerah

c)

Majlis Tempatan

d)

Majlis Perbandaran

16.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman berangkat ke London bersama-sama dengan Tan Cheng Lock pada 21 April 1954?

a)

Mendapat mandat daripada British

b)

Menentukan bilangan anggota MPP

c)

Menuntut penubuhan Kabinet pertama

d)

Menetapkan tarikh kemerdekaan negara

17.

Apakah yang dirundingkan oleh perwakilan Tanah Melayu berkaitan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di London?

a)

Ditadbir oleh pegawai British

b)

Dilantik dalam kalangan rakyat PTM

c)

Ditukar kepada Menteri Ekonomi

d)

Dinaiktaraf menjadi kementerian

18.

Bagaimanakah Parti Negara menyuarakan hasrat mereka menolak syarat kewarganegaran yang longgar?

a)

Mengadakan kongres

b)

Menulis dalam akhbar

c)

Menganjurkan demonstrasi

d)

Menghantar surat bantahan

19.

Apakah maksud dua unsur berikut?

- Jinsiyyah

- Wataniyyah

a)

Semangat kebangsaan dan cinta akan tanah air

b)

Semangat perpaduan dan cekal dalam perjuangan

c)

Semangat kekitaan dan berani menentang kuasa asing

d)

Semangat kenegaraan dan berwaspada terhadap kuasa asing

20.

Apakah perkara yang ditetapkan dalam Fasal 1 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Kebebasan asasi seseorang individu

b)

Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan

c)

Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa kebangsaan

d)

Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak

21.

Mengapakah badan kehakiman perlu bersifat bebas dan berwibawa?

a)

Memantau struktur pentadbiran negara

b)

Memelihara kedaulatan undang-undang

c)

Membendung perbalahan antara rakyat

d)

Mengatasi sebarang pencerobohan luar

22.

Apakah kepentingan usaha kerajaan mengadakan perjanjian pertahanan?

a)

Mendapat pengiktirafan dunia

b)

Memperkukuh sistem pentadbiran

c)

Mengekalkan kedaulatan negara

d)

Menjamin kemakmuran negara

23.

Apakah perkara yang raja tidak perlu menerima nasihat daripada Penasihat British?

a)

Adat istiadat orang Melayu

b)

Kedudukan Bahasa Melayu

c)

Kepentingan sah kaum lain

d)

Tugas Yang di-Pertuan Agong

24.

Mengapakah perlembagaan negara mengalami pindaan pada tahun 1963 dan 1965?

a)

Menyesuaikan peruntukan negeri baharu

b)

Mengikut perubahan ekonomi semasa

c)

Memenuhi permintaan daripada rakyat

d)

Mengelakkan ancaman komunis

25.

Apakah perkara yang memerlukan penggunaan Cap Mohor Besar Raja-Raja?

a)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

b)

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri

c)

Surat kuasa dari Pejabat Tanah Daerah

d)

Dokumen rasmi oleh Majlis Raja-Raja

26.

Mengapakah hakim tidak dibenarkan terlibat dalam politik?

a)

Menjaga keselamatan diri

b)

Mengutamakan kes mahkamah

c)

Mengelakkan pertindihan kuasa

d)

Menjamin keadilan undang-undang

27.

Antara berikut, yang manakah DUA perkara yang terkandung dalam Senarai Bersama?

a)

Undang-undang Islam

b)

Kebajikan awam

c)

Biasiswa

d)

Pelajaran

28.

Apakah kuasa yang bertanggungjawab membentuk dasar berkaitan Taman Laut Malaysia?

a)

Kerajaan Negeri

b)

Kerajaan Wilayah

c)

Kerajaan Tempatan

d)

Kerajaan Persekutuan

29.

Mengapakah Thailand menyokong pembentukan Malaysia?

a)

Mengukuhkan kerjasama ekonomi

b)

Mengekalkan keamanan Asia Tenggara

c)

Mengelakkan campur tangan kuasa asing

d)

Menyelesaikan isu pemerdagangan manusia

30.

Apakah tujuan pembentangan usul pembentukan Malaysia di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961?

a)

Meninjau pandangan pemimpin

b)

Menggubal perundangan baharu

c)

Mendapatkan sokongan ahli dewan

d)

Menerangkan tujuan gagasan Malaysia

31.

Sarawak telah mengalami krisis perlembagaan pada bulan Jun 1966. Apakah tindakan kerajaan mengatasi krisis tersebut?

a)

Meminda perlembagaan

b)

Mengisytiharkan darurat

c)

Memberikan khidmat nasihat

d)

Mengadakan pilihan raya negeri

32.

Apakah kesan pelaksanaan Operasi Hammer yang tamat pada tahun 1970?

a)

Penyelesaian isu perkauman

b)

Berakhirnya ancaman komunis

c)

Bermulanya operasi ketenteraan

d)

Peningkatan ancaman komunis

33.

Apakah matlamat pembukaan sekolah berikut:

- Sekolah Alam Shah

- Sekolah Sri Puteri

- Sekolah Sultan Abdul Halim

a)

Menjadi perintis kepada sekolah berasrama penuh

b)

Memperkenalkan mata pelajaran teknik dan vokasional

c)

Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

d)

Memperkasakan bahasa Inggeris dalam pengajaran

34.

Antara berikut, manakah DUA resolusi Kongres Kebudayaan Kebangsaan Kali Kedua yang diadakan di UKM.

a)

Memperkenalkan estetika kesenian negara

b)

Menunjukkan semangat patriotisme rakyat berbilang kaum

c)

Menyemarakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

d)

Memperkasakan Kebudayaan Nasional sebagai identiti bangsa

35.

DPN menetapkan langkah untuk Malaysia menjadi negara yang maju. Apakah aspek negara maju tersebut?

a)

Keadilan sosial

b)

Bersikap demokratik

c)

Berilmu pengetahuan

d)

Kecemerlangan sosial

36.

Apakah faedah Dasar Penswastaan?

a)

Meningkatkan kualiti perkhidmatan

b)

Meningkatkan pelibatan pelabur asing

c)

Mengurangkan kadar pengangguran

d)

Memajukan penduduk luar bandar

37.

Apakah sumbangan Dr. Ismail Abdul Rahman terhadap PBB?

a)

Dihantar sebagai misi pemerhati di Lubnan

b)

Dihantar sebagai ketua misi pengaman di Congo

c)

Ditugaskan sebagai setiausaha Majlis Ekonomi

d)

Dilantik sebagai wakil tetap yang pertama

38.

Apakah kesan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) terhadap Malaysia?

a)

Menyelaraskan sempadan perairan

b)

Memperkukuhkan keselamatan negara

c)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

d)

Mengekalkan hubungan diplomatik

39.

Malaysia adalah penyokong perkembangan kewangan Islam. Apakah bukti sokongan tersebut?

a)

Melancarkan mekanisme ekonomi dan non ekonomi

b)

Penubuhan Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam

c)

Pengenalan perancangan strategik dan kerjasama antarabangsa

d)

Menganggotai Pusat Kewangan dan Perdagangan Antarabangsa

40.

Apakah matlamat penubuhan Rizab Sekuriti Makanan ASEAN?

a)

Mengawal pengeluaran pelbagai produk makanan

b)

Mendapatkan maklumat tentang dasar sekuriti makanan

c)

Meningkatkan kerjasama dalam kawalan wabak penyakit

d)

Mewujudkan rancangan dalam mengawal mutu makanan