WorksheetsNAZKI
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
________ itu menatang hidangan istimewa yang di pesan oleh pelanggannya.
Pelayan
Pengurus
Pramusaji
Jurujual
Seorang __________ bukan sekadar menggayakan pakaian, malah mereka juga perlu berdisiplin tinggi dalam menjaga kecantikan.
usahanita
peragawati
pramusaji
pramugari
________ itu memperagakan anting-anting berlian yang mahal harganya.
Rupawan
Jelitawan
Bidadari
Pramugari
___________ yang bertugas kelihatan sedang melayan penumpang dengan mesranya.
Mahasiswi
Pramugari
Peragawati
Seniwati
Dua orang ___________ sukan yang berpengalaman ditugaskan untuk
mengulas perlawanan akhir bola sepak itu.
juruacara
jurubahasa
juruulas
jurucakap
Beberapa orang _________membantu mangsa-mangsa banjir di Kampung Permatang.
sukarelawati
sukarelawan
peragawan
olahragawan
_________ itu sedang tekun melakukan kerja.
Jurutera
Jurubina
Jurulatih
Juruselia
__________ muda itu telah berjaya membuktikan bahawa bidang
pertanian mampu mendatangkan keuntungan.
Usahawan
Jutawan
Karyawan
Budayawan
Suzila dinobatkan sebagai _________ sekolah dan dianugerahkan pingat kemenangan dalam kejohanan itu.
olahragawati
peragawati
seniwati
wirawati
Latifah Omar merupakan _________ yang berbakat besar dalam bidang
lakonan.
seniwati
peragawati
budayawati
karyawati
____________ itu sedang mengkaji reka bentuk bangunan untuk memenuhi kehendak pelanggannya.
Mekanik
Jurutera
Jurubina
Jurulukis
___________ majls sedang mengumumkan nama-nama pemenang.
Jurucakap
Juruacara
Juruberita
Jurubicara
_______________ itu bekerja di syarikat penerbangan Air Asia.
Jurutera
Jururawat
Jurufoto
Juruterbang
Puan Rubiah sedang ________ Bahasa Melayu kepada murid-murid
Tahun Satu Akhlak.
mengajar
mempelajari
mengajarkan
ajarkan
Pengarah Pelajaran Negeri Johor telah _________ bangunan baru
Sekolah Kebangsaan Medini pada minggu lepas.
merasmikan
melancarkan
melaksanakan
meresmikan
Ketibaan Pegawai Daerah telah disambut dengan __________
kompang oleh penduduk Bagan Serai.
paluan
tepukan
ketukan
pukulan
Para ________ sedang membantu merawat mangsa-mangsa gempa
bumi yang berlaku di Yogyakarta.
dermawan
budiman
sukarelawan
budayawan
Lelaki itu sedang menampal ________pada papan kenyataan di Gugusan Melur.
iklan berumah sewa
iklan rumah sewa
iklan rumah sewaan
iklan sewa rumah
Tokoh Kanak-kanak 2016 itu sedang ditemu ramah oleh _______ akhbar tempatan.
jutawan
wartawan
sasterawan
karyawan
Cikgu Mariam sedang menyerahkan ________ kepada Yusni.
rekod memajukan murid
rekod kemajuan murid
rekod pemajuan murid
rekod termaju murid
Pihak berkuasa akan melakukan kerja-kerja ______ dasar sungai bagi
mengatasi masalah banjir yang melanda penduduk yang tinggal berhampiran sungai.
memperdalam
mendalami
memperdalamkan
dalaman
Sultan Selangor _______ pingat kebesaran kepada Datuk Azman bagi
menghargai jasa-jasa beliau terhadap negara.
menganugerah
menganugerahi
menganugerahkan
memanugerah
Pemain pertahanan itu cuba ______ pemain penyerang pasukan lawan daripada menjaring gol.
melarang
menghalang
mengelecek
membentes
Cikgu Hamdan yang _________ pasukan pengakap menyertai ekspedisi mendaki Gunung Ledang itu.
ketua
ketuaan
pengetua
mengetuai
Kerja-kerja ________ kawasan ladang itu sedang ________ oleh beberapa
orang pekerja.
dibersihkan…dijalani
membersihkan…dijalani
kebersihan… dijalankan
pembersihan…dijalankan
