WorksheetsKUIZ TATABAHASA TINGKATAN 3
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman hendaklah memiliki sifat yang _______ apabila menjalankan tugas.
tegas
teguh
kuat
kental
Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.
sejak
kerana
dengan
apabila
Haryati ____________ selepas pengacara majlis mengumumkan namanya sebagai penerima Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolahnya.
terpegun
terpukau
tergamam
tercengang
Arahan menangguhkan aktiviti luar kelas ketika jerebu ................. daripada Pengarah Pelajaran Malaysia.
ialah
harus
adalah
belum
Pihak berkuasa tempatan akan menjalankan ....................... terhadap kedai-kedai makan di kawasan itu dari semasa ke semasa.
penelitian
pemantauan
penyiasatan
penyelidikan
Kak Long sanggup berhenti kerja demi untuk membantu ayah yang mengusahakan perniagaannya.
demi bantuan
untuk membantu
demi untuk membantui
demi untuk membantu
Pihak sekolah harus mengambil langkah yang bijak untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan murid.
ambil langkah yang bijak
mengambilka langkah yang bijak
mengambil akan langkah yang bijak
mengambil langkah yang bijak
Habis pakaiannya ________akibat digigit oleh anjing yang garang itu.
compang-camping
comot-momot
koyak-rabak
serbah-serbih
Nyatakan bentuk gaya bahasa yang terdapat dalam petikan berikut: "Kau lulus, nak"
Personifikasi
Simile
Sinkope
Inversi
Yang manakah penjodoh bilangan?
Satu
Lima
Batang
Dan
Apakah penjodoh bilangan bagi tebu?
pokok
rumpun
ruas
tangkai
Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan
air dicencang tiada putus
seperti anjing dengan kucing
seperti kacang melupakan kulit
bagai isi dengan kuku
Apakah maksud otak cair?
cantik
bodoh
tidur.
cerdik
Simpulan bahasa 'Ajak-ajak ayam' bermaksud?
Mengajak ayam
Tidak bersungguh-sungguh mempelawa seseorang
Mahu mengajak seseorang
Mengajak seseorang makan ayam
Simpulan bahasa 'Atas pagar' bermaksud?
Duduk di atas pagar
Meletakkan barang di atas pagar
Berpihak kepada sebelah pihak
Tidak menyebelahi mana-mana pihak
Tayar basikal adik _____________ kerana tercucuk paku di atas jalan.
susut
lembik
kempis
bengkok
Shukri rindu _____________ ibunya di kampung.
akan
dengan
kepada
terhadap
Bendera Malaysia itu ________________ ditiup angin.
berlambai-lambai
bergoyang-goyang
berlenggok-lenggok
berkibar-kibar
Kakak pulang awal pada hari ini kerana dia hanya bekerja _____________ hari.
sesetengah
semua
setengah
segala
Pasukan _____________ dari Malaysia telah berlepas ke negara jiran untuk membantu mangsa gempa bumi.
karyawan
sukarelawan
cendekiawan
negarawan
Pejalan-pejalan kaki itu terpaksa mencari tempat ________________ kerana hujan lebat.
bersembunyi
bermalam
berkeliaran
berteduh
Ayah telah ____________ seutas rantai emas untuk ibu.
menghadiahnya
menghadiahi
menghadiahkan
menghadiah
Rakyat diingatkan agar tidak menjadi mangsa terhadap cubaan sesetengah golongan yang mahu ________ pemikiran mereka dengan dakyah negatif.
meracuni
mengaburi
merosakkan
menjejaskan
Sistem pendidikan pada hari ini amat menekankan kreativiti bagi melahirkan murid-murid yang memiliki ______ yang tinggi untuk menghasilkan inovasi.
daya cipta
daya saing
daya upaya
daya tenaga
Pilih peribahasa yang betul.
Azura akan membuat persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan kerana bak kata pepatah _________
ilmu pelita hidup
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya
berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
