wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geografi Tingkatan 3

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Jenis tumbuh-tumbuhan yang manakah meliputi kawasan yang paling luas di Malaysia?

a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Gunung

c)

Hutan Hutan Tropika

d)

Hutan Paya Air Masin

2.

Maklumat yang manakah betul tentang jenis hutan dan lokasi?

a)

Hutan Hujan Tropika - Desaru

b)

Hutan Paya Air Tawar - Larut Matang

c)

Hutan Paya Air Masin - Tasik Bera

d)

Hutan Pantai - Pulau Sipadan

3.

Pokok-pokok di Hutan Paya Air Tawar biasanya akan tumbuh di kawasan

a)

tanih podzol

b)

tanih gambut

c)

tanih berpasir

d)

tanih laterit

4.

Antara yang berikut, lapisan yang manakah tidak terdapat di dalam Hutan Hujan Tropika di Malaysia?

a)

Lapisan silara

b)

Lapisan tengah

c)

Lapisan renjong

d)

Lapisan pokok renek

5.

Akar seperti dalam gambar berfungsi untuk

a)

habitat hidupan akuatik

b)

menyokong pokok

c)

sebagai akar pernafasan

d)

masuk ke dalam lumpur

6.

Apakah faktor yang mempengaruhi jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan di Malaysia?

a)

Saliran

b)

Cuaca

c)

Angin

d)

Tanih

7.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan hutan kepada manusia?

a)

Habitat

b)

Sumber perubatan

c)

Sumber bahan mentah

d)

Kawasan pertanian

8.

Apakah kegunaan pokok kayu keras di dalam Hutan Hujan Tropika?

a)

Bahan api

b)

Perabot

c)

Kraftangan

d)

Atap rumah

9.

Lapisan renjong di Hutan Hujan Tropika adalah lapisan yang mempunyai pokok yang tumbuh pada ketinggianantara 40-50m

a)

Betul

b)

Salah

10.

Ciri Hutan Hujan Tropika yang salah ialah

a)

Berdaun lebar, hujung daun tirus

b)

Lantai hutan ditumbuhi lumut

c)

Batang lurus, berakar banir

d)

Malar hijau

11.

Mineral bukan logam ialah

a)

petroleum

b)

bijih timah

c)

emas

d)

granit

12.

Antara berikut, yang manakah bukan kegunaan bauksit?

a)

tin susu

b)

tin minuman ringan

c)

periuk

d)

badan kapal terbang

13.

Sumber yang tidak boleh diperbaharui

a)

Air

b)

Mineral

c)

Tanih

14.

Antara kayu keras yang terdapat di Hutan Hujan Tropika

a)

Jati

b)

Mahagoni

c)

Tualang

d)

Cengal

15.

Antara berikut, yang manakah jenis-jenis hutan di Malaysia?

a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Paya

c)

Hutan Pokok Tirus

d)

Hutan Hujan Tropika