wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PATUHI ETIKET KELUARGA HARMONI

Total questions: 27

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Seseorang yang sentiasa mematuhi etiket di rumah akan____________.

a)

sentiasa mengamalkan perlakuan yang sama di luar rumah

b)

berkelakuan kurang sopan di luar

c)

bermuka bengis apabila menyambut tetamu

d)

tidak menghormati jiran tetangga

2.

Perlakuan yang mematuhi etiket di rumah membolehkan seseorang mempunyai perlakuan berikkut KECUALI

a)

berdikari

b)

berkeyakinan tinggi

c)

merendahkan maruah diri

d)

meningkatkan maruha diri

3.

Ciri-ciri keluarga yang mengamalkan etiket di rumah dalah seperti berikut KECUALI

a)

urusan keluarga berjalan dengan lancar

b)

hidup aman dan sentosa

c)

saling menghormati

d)

saling bermusuhan

4.

Suzie mendengar telebih dahulu pertuturan kawannya melalui telefon sebelum membalas pertuturannya. Nilai yang dipraktikkan oleh Suzie ialah___________________.

a)

kasih sayang

b)

kesederhanaan

c)

hormat

d)

sosial

5.

Nenek meminta George membantu beliau untuk duduk di sofa kerana ingin berehat di ruang tamu. George segera menuruti kata-kata neneknya. Suba mengamalkan nilai______________.

a)

hemah tinggi

b)

kesederhanaan

c)

patriotisme

d)

kerajinan

6.

Perlakuan berikut tidak harus dilakukan ketika makan bersama anggota keluarga di meja makan KECUALI

a)

bersendawa kuat

b)

makan dengan tangan kanan

c)

mengeluarkan bunyi ketika mengunyah makanan

d)

memenuhkan pinggan dengan semua jenis makanan

7.

Berikut merupakan kepentingan mematuhi etiket di rumah KECUALI

a)

menjaga perasaan anggota keluarga

b)

menjalin hubungan baik dengan anggota keluarga dan tetamu

c)

menjaga nama baik keluarga

d)

keadaan rumah sentiasa sunyi dan sepi

8.

Apakah kesannya jika etiket meminjam dan memulangkan barnagan milik anggota keluarga yang lain tidak dipatuhi?

a)

Anggota keluarga saling menuduh dan pergaduhan berlaku

b)

Anggota keluarga berasa gembira

c)

Anggota keluarga saling memahami

d)

Anggota keluarga saling bermaafan

9.

Berikut merupakan nilai yang dipelajari dalam unit ini kecuali

a)

Hormat

b)

Rasional

c)

Bertanggungjawab

d)

Kebebasan

10.

Bersuara lembut dan berbahasa sopan semasa bertutur. Memberikan layanan yang baik kepada mereka yang lebih tua daripada kita.


Pernyataan di atas adalah merujuk kepada

a)

Etiket menghormati keluarga

b)

Etiket menghormati tetamu

c)

Etiket di meja makan

d)

Etiket berada di majlis rasmi

11.

Pilih pernyataan yang tepat mengenai etiket menghormati tetamu

a)

Bersalam mengikut kesesuaian

b)

Memberikan layanan yang baik dan ikhlas

c)

Menghidangkan makanan kepada tetamu

d)

Menerima nasihat daripada tetamu

12.

Etiket berada di meja makan ialah

a)

Mendahulukan orang yang lebih tua mengambil makanan

b)

Mengambil makanan yang terdekat dengan anda

c)

Mengambil makanan secukupnya dan tidak berlebihan

d)

Menutup mulut sekiranya bersin

13.

Anak-anak patut makan terlebih dahulu, sebelum menjemput ibu bapa untuk makan.

a)

BETUL

b)

SALAH

14.

Etiket ini disampaikan

a)

turun temurun

b)

lisan dan bertulis

c)

dari satu generasi ke generasi lain

15.

Apakah maksud etiket?

a)

peraturan tingkah laku dalam kehidupan seharian

b)

peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan

c)

peraturan tingkah laku hasil pemerhatian

16.

Apabila kita hendak berjalan di hadapan orang tua yang sedang duduk, kita hendaklah

a)

memintas mereka dan berjalan dengan cepat

b)

berjalan dengan perlahan dan terus ke tempat yang hendak ditujui

c)

membongkokkan sedikit badan dan mohon izin untuk melalui mereka

17.

Berikut ialah etiket di meja makan, kecuali

a)

makan dengan mengambil lauk di hujung sekali

b)

berpakaian bersih dan kemas di meja makan

c)

menutup mulut sekiranya bersin

18.

Saya telah dijemput menghadiri jamuan makan malam yang dihidangkan secara buffet, saya sepatutnya

a)

mengambil makanan mengikut kehendak perut saya

b)

mengambil makanan mengikut kadar secukupnya

c)

mengambil semua makanan untuk dirasa

19.

Pakcik dan makcik saya datang menziarahi kami sekeluarga. Oleh itu, saya

a)

mempersilakan mereka masuk ke rumah dan menyediakan air

b)

masuk ke bilik setelah bersalam dengan mereka

c)

duduk bersama ibu bapa dan mendengar perbualan mereka

20.

Ketika kita menggunakan tandas, hendaklah memastikan

a)

membuang tisu ke dalam mangkuk tandas

b)

pam tandas dengan betul dan membersihkannya

c)

menyediakan berus khas untuk tandas

21.

Etiket di rumah perlu dipupuk dan dididik oleh anggota keluarga.

a)

BETUL

b)

SALAH

22.

Anak-anak patut makan terlebih dahulu, sebelum menjemput ibu bapa untuk makan.

a)

BETUL

b)

SALAH

23.

Tanggungjawab melayan tetamu adalah tanggungjawab ibu bapa sahaja.

a)

BETUL

b)

SALAH

24.

Selepas menggunakan peralatan elektrik, pastikan suisnya ditutup.

a)

BETUL

b)

SALAH

25.

Kita harus mengucapkan salam mengikut kesesuaian sebelum memulakan perbualan di telefon.

a)

BETUL

b)

SALAH

26.

Mendapatkan izin ibu bapa sebelum keluar dari rumah.

a)

BETUL

b)

SALAH

27.

Bermasam muka semasa melayan tetamu.

a)

BETUL

b)

SALAH