Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bab 1-2 sejarah tingkatan 5 kssm

Total questions: 67

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kedaulatan?

a)

Kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara

b)

Kebebasan negara

c)

Kemerdekaan negara

d)

Keharmonian negara

2.

Berikut adalah ciri negara yang berdaulat kecuali

a)

Pemerintahan

b)

Sempadan

c)

perundangan

d)

Negara

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan Raja Berpelembagaan

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Raja menentukan undang-undang

c)

Raja memerintah mengikut Peruntukan Perlembagaan

d)

Raja menentukan kesahihan undang-undang

4.

Berikut adalah kepentingan mewujudkan sebuah negara yang berdaulat KECUALI ?

a)

Menjamin kesejahteteraan sosial

b)

Keberkesanan pentadbiran

c)

Menakutkan negara lain

d)

Menjamin kemakmuran ekonomi

5.

Kedaulatan Antarabangsa merujuk kepada ___________________________________________.

a)

pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bansgsa Bersatu (PBB)

b)

sistem pemerintahan mutlak

c)

hak rakyat dan perlembagaan

d)

kerajaan dan rakyat terikat dengan undang-undang

6.

Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?

a)

Menjadi kuasa politik unggul di dunia

b)

Menunjukkan kekuatan ketenteraan

c)

Mewujudkan keberkesanan sistem pentadbiran

d)

Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa

7.

Perlembagaan merupakan________________________sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.

a)

peraturan tertinggi

b)

undang-undang tertinggi

c)

undang-undang

d)

peraturan

8.

Sebelum kedatangan British,negara kita diperintah berdasarkan _________________________.

a)

sistem monarki

b)

raja berperlembagaan

c)

pemerintahan beraja

d)

demokrasi berparlimen

9.

Pada zaman pemerintahan British, raja diterima sebagai pemerintah __________________

a)

teragung

b)

berdaulat

c)

tertinggi

10.

Selepas merdeka, negara kita mempunyai _______________ yang merupakan unsur penting dalam negara.

a)

perlembagaan

b)

undang-undang

c)

peraturan

11.

a) Namakan dua asas dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

a)

Undang-undang Negeri Melayu

b)

Undang Undang Tubuh Johor

c)

Undang-undang Inggeris

d)

Hukum Kanun Melaka

12.

Undang-undang Inggeris yang diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat

a)

The Application of Laws Ordinance 1949

b)

The Application of Laws Ordinance 1951

c)

Charter of Justice

13.

Nyatakan matlamat undang-undang Inggeris yang diperkenalkan di NNS

a)

Memperkukuh kuasa British

b)

Mengurangkan kuasa raja Melayu

c)

Melindungi penduduk asal daripada penindasan

14.

Apakah tujuan Brirish perkenalkan Charter of Justice?

a)

A Mengukuhkan kedudukan penjajah

b)

B Menghapuskan kuasa raja dan pembesar

c)

C Mengeksploitasi sumber ekonomi negara

d)

D Melindungi penduduk asal

15.

Gambar menunjukkan bangunan parlimen di Malaysia. Apakah peranan parlimen dalam pentadbiran negara?

a)

A Membentuk undang-undang negara

b)

B Memilih Perdana Menteri

c)

C Melantik Yang di-Pertuan Agong

d)

D Mengekalkan kedaulatan negara

16.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan dengan Model Westminster. Apakah ciri model tersebut?

a)

A Diambil dari Britain

b)

B Digubal oleh Jemaah Menteri

c)

C Undang-undang lisan dan bertulis

d)

D Perlembagaan Suruhanjaya Reid

17.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963 dan 1965. Apakah rasional pindaan tersebut?

a)

A Atas permintaan parti politik

b)

B Desakan daripada negara luar

c)

C Perubahan politik dalam negara

d)

D Mengekalkan keluhuran perlembagaan

18.

Apakah perkara utama Pindaan

1963?

a)

A Singapura

b)

B Struktur mahkamah

c)

C Syarat kewarganegaraan

d)

D Kedudukan Ketua Negara

19.

Maklumat berikut berkaitan perubahan kedudukan di Sarawak dan Sabah pada tahun 1963.

Apakah perubahan X tersebut?

a)

A Jawatan Yang di-Pertua Negeri

b)

B Pemansuhan kuasa imigresen

c)

C Penggunaan Bahasa Melayu

d)

D Pembentukan Mahkamah Atasan

20.

1. Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita pada hari ini dan telah mengiktiraf X. (BT ms 38)

Apakah X?

a)

A. Gabenor

b)

B. Residen

c)

C. Raja Berpelembagaan

d)

D. Raja berkuasa mutlak

21.

Gambar menunjukkan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mempelihatkan pemerintahan beraja yang berwibawa. Pada masa itu raja berkuasa mutlak di mana (BT ms 38)


I. Berkuasa terhadap pentadbiran

II. Berkuasa terhadap kehakiman

III. Berkuasa menasihati negara luar

IV. Berkuasa merampas kerajaan lain

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

3. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka diperkukuhkan dengan konsep Islam . Hal ini menjadikan raja sebagai (BT ms 38)

a)

Ketua pedagang

b)

Ketua agama Islam

c)

Ketua penghulu

d)

Ketua perbendaharaan

23.

Secara tradisinya Raja-raja Melayu dianggap sebagai (BT ms 38)

I. Sumber undang-undang

II. Penulis undang-undang

III. Ketua bendahari

IV. Ketua kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

British telah menggunakan teknik X untuk meluaskan pengaruhnya di negeri Melayu.

Apakah X ? (BT ms 39)

a)

Pecah perintah

b)

Mengawini anak raja

c)

Menggunakan tentera

d)

Perjanjian

25.

Di negeri-negeri Melayu Bersekutu British telah melantik X untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri. (BT ms 39)

Apakah X?

a)

Menteri Besar

b)

Bendahara

c)

Pegawai

d)

Residen

26.

Di negeri-negeri Melayu Bersekutu British telah melantik X untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri. (BT ms 39)

Apakah X?

a)

Menteri Besar

b)

Bendahara

c)

Pegawai

d)

Residen

27.

British juga berminat untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Justeru itu, British telah meletakkan________ di negeri tersebut. (BT ms 39)

a)

Penasihat British

b)

Askar British

c)

Gabenor British

d)

Residen

28.

Semasa Malayan Union Majlis Sultan-sultan hanya berkuasa ke atas (BT ms 43)

a)

Perbendaharaan

b)

Undangan-undang berkaitan agama Islam

c)

Pentadbiran

d)

Peperangan

29.

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan persekutuan, Majlis Raja-raja mempunyai kuasa dan fungsi dalam sistem Raja Berpelembagaan. (BT ms 44-45)

Antara fungsi tersebut adalah

I. Bersetuju atau tidak setuju sebarang undang-undang

II. Memperkenankan perubahan persempadanan

III. Menentukan sistem kewangan

IV. Mentakbir negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Raja Berpelembagaan merupakan sebahgian daripada pentadbiran negara. Apakah gelaran raja di peringkat Persekutuan (BT ms46)

a)

Yang Amat Mulia

b)

Yang amat Berkuasa

c)

Yang di Pertuan Agong

d)

Yang Amat Terutama

31.

Apakah kedudukan baginda seperti termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan persekutuan. (BT ms 47 )

a)

Ketua Hakim

b)

Ketua SPRM

c)

Ketua anak negeri

d)

Ketua Utama Negara

32.

3. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam pemerintahan dan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri.

Antara Kuasa Eksekutif baginda adalah (BT ms48)

a)

Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri

b)

Melantik Menteri Besar

c)

Melantik Adun

d)

Melantik Ketua SPRM

33.

Sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi, kita sewajarnaya memahami kepentingan pilihanraya. Apakah kepentingan pilihanraya (BT ms 50)?

a)

Untuk memilih pemimpin yang berwibawa

b)

Untuk kebaikan pemimpin

c)

Untuk memuaskan hati raja

d)

Untuk kehebatan negara

34.

Sistem Raja Berpelembagaan dan Dewan Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara ini. Hal ini kerana__________ dalam hal ekonomi, politik dan dasar negara. ( BT ms 56)

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Raja bertanggungjawab

c)

Raja berkecuali

d)

Raja berwibawa

35.

Bagaimanakah Yang Di-Pertuan Agong dipilih?

a)

Secara bergilir-gilir

b)

Melalui pilihan raya

c)

Kaedah sistem warisan

d)

Peruntukan perlembagaan Malaysia

36.

YDPA akan bertindak memberi pengampunan kepada pesalah setelah mendapat nasihat. Apakah pihak yang memberi nasihat tersebut?

a)

Majlis Raja-raja

b)

Mahkamah rayuan

c)

Mahkamah Persekutuan

d)

Lembaga Pengampunan

37.

- Memanggil Parlimen bersidang

- Memberhentikan dan membubarkan


Pernyataan berikut merujuk kepada bidang kuasa

a)

Sultan

b)

Perdana Menteri

c)

Ketua Hakim Negara

d)

Yang Dipertuan Agong (YDPA)

38.

Apakah peranan suruhanjaya tersebut?

a)

Melindungi hak asasi rakyat

b)

Menjamin keadilan ekonomi

c)

Memantau pilihan raya negara

d)

memastikan kebebasan berhimpun

39.

Apakah peristiwa yang mendorong Malaysia mengisytiharkan RASCOM (Rajang Area Security Command/ Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang) pada 26 Mac 1972

a)

Konfrontasi Indonesia

b)

Ancaman Komunis

c)

Pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu

d)

Pendaratan tentera Jepun

40.

Berdasarkan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan suatu undang-undang Persekutuan,____________

a)

Perlembagaan Persekutuan harus mengatasi undang-undang Negeri

b)

Mengikut budi bicara Ketua Hakim Negara

c)

Undang-undang Persekutuan hendaklah mengatasi undang-undang Negeri

d)

Undang-undang Negeri hendaklah mengatasi undang-undang Persekutuan

41.

Manakah kegiatan penggunaan tanah di bawah Majlis Tanah Negara ?

a)

Pertanian

b)

Penternakan

c)

Perlombongan

d)

Perhutanan

42.

Apakah tujuan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

a)

Mengelakkan pemusatan kuasa

b)

Melicinkan perjalanan sistem Persekutuan

c)

Memelihara amalan demokrasi di Malaysia

d)

Mengelakkan permasalahan antara kedua-dua peringkat kerajaan

43.

Apakah agensi kerajaan yang memainkan peranan sebagai penyelaran pentadbiran taman laut

a)

Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut

b)

Jabatan Taman Laut Malaysia

c)

Jabatan Perikanan Malaysia

d)

Rizab Laut

44.

Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan. Apakah maksud Persekutuan?

a)

Pemerintahan secara demokrasi

b)

Penyatuan beberapa buah negeri

c)

Pembentukan sistem Jemaah Menteri

d)

Pentadbiran oleh YDPA

45.

Apakah unsur penting dalam sebuah negara Persekutuan?

a)

Pilihan raya

b)

Kerajaan Pusat

c)

Kerajaan Negeri

d)

Majlis Raja-raja

46.

Apakah sumbangan Kerajaan negeri membantu pembangunan sosioekonomi kepada Kerajaan Persekutuan?

a)

Memberi modal

b)

Membuka agensi

c)

Menyediakan tanah

d)

Memberikan kepakaran

47.

Pada peringkat awal kemerdekaan, kerajaan telah melancarkan program 'In-Situ' . Apakah maksud In-Situ?

a)

Membangunkan fizikal desa

b)

Memajukan kawasan bandar

c)

Menyusun semula masyarakat

d)

Meningkatkan ekonomi negara

48.

Kerajaan telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1956. Mengapakah agensi tersebut ditubuhkan?

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Mempelbagaikan hasil pertanian

c)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

d)

Membangunkan tanah baharu

49.

Bagaimanakah kerjasama diwujudkan anatar kerajaan dalam pemuliharaan khazanah negara?

a)

Memperluas pasaran

b)

Meluluskan perundangan

c)

Membangunkan koperasi

d)

Menjalankan penyelidikan

50.

Kerajaan Persekutuan --> Kerajaan Negeri --> X


Apakah X?

a)

Kerajaan pusat

b)

Kerajaan Wilayah

c)

Kerajaan tempatan

d)

Kerajaan bersekutu

51.

Pembahagian kuasa

- Kerajaan Persekutuan

- Kerajaan Negeri


Mengapakah pembahagian kuasa tersebut dilakukan?

a)

Menjaga hak asasi rakyat

b)

Mengukuhkan institusi beraja

c)

Melicinkan sistem pemerintahan

d)

Memantapkan pertahanan negara

52.

Apakah bidang kuasa bagi Kerajaan Persekutuan?

a)

Tanah

b)

Pertanian

c)

Pertahanan

d)

Undang-undang Islam

53.

Maklumat berikut berkaitan dengan pembahagian kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan.


- Senarai Negeri


Apakah perkara yang terdapat dalam senarai tersebut?

a)

Kewarganegaraan

b)

Hari kelepasan negeri

c)

Sistem pengangkutan

d)

Kebajikan awam

54.

Akta Imigresen 1963 diperkenalkan untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah.


Apakah kuasa tersebut?

a)

Menyekat kuasa kawalan

b)

Menyediakan pusat perlindungan

c)

Mengehadkan jumlah kemasukan

d)

Memperkenalkan permit kemasukan

55.

Bagaimanakah tindakan untuk mengatasi perkara yang bercanggah dalam Senarai Bersama?

a)

Menukar anggota Jemaah Menteri yang baharu

b)

Mendapatkan nasihat daripada YDPA

c)

Mematuhi undang-undang yang diluluskan Parlimen

d)

Melakukan pembatalan terhadap perkara yang ditolak

56.

Antara berikut yang manakah merupakan senarai yang terkandung dalam Senarai Bersama?

a)

Perumahan

b)

Hal ehwal luar negeri

c)

Undang-undang Islam

d)

Perlindungan haiwan liar

57.

Kerajaan Tempatan merupakan kerajaan peringkat ketiga. Apakah kawasan yang menjadi tanggungjawab kerajaan tersebut?

a)

Negeri

b)

Kampung

c)

Daerah Kecil

d)

Perbandaran

58.

- Majlis Daerah

- majlis Perbandaran

- Majlis Bandaraya


Apakah persamaan sumbangan majlis berikut?

a)

Memajukan sektor pelancongan

b)

Menyediakan kemudahan awam

c)

Mengukuhkan kemajuan ekonomi

d)

Menyediakan perkhidmatan pendidikan

59.

Apakah TUJUAN UTAMA Pembangunan Koridor Wilayah diwujudkan ?

a)

Mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah

b)

Mewujudkan bandar bandar baru di pendalaman

60.

Jawatan SETIAUSAHA PERSEKUTUAN bagi Sarawak dan Sabah diwujudkan sejak tahun 1963.

Apakah fungsi utama jawatan tersebut?

a)

Mengeratkan hubungan Kerajaan Persekutuan dan Negeri

b)

Menguruskan Majlis Negeri Sarawak dan Sabah

c)

Menjalin hubungan diplomatik dengan negara asing

61.

Mengapakah Sir Gerald Templer (PTB) meminta penggabungan wilayah di Tanah Melayu disegerakan?

a)

Tujuan keselamatan

b)

Tujuan membesarkan saiz negara

c)

Tujuan Memaksimumkan hasil negara

62.

Apakah rasional memasukkan Singapura di dalam gagasan Malaysia?

a)

Ancaman komunis

b)

Memajukan ekonomi kedua-dua negara

c)

Meluaskan saiz negara

63.

Kemasukan Singapura ke dalam gagasan Malaysia akan menyebabkan ketidakseimbangan kaum.

Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman mengatasi cabaran tersebut?

a)

Memasukan negeri Sarawak, Sabah dan Brunei

b)

Mengeluarkan Singapura dari gagasan Malaysia

64.

BARISAN SOSIALIS menentang Singapura menyertai gagasan Malaysia kerana menganggap

a)

penjajahan baru

b)

merugikan ekonomi Singapura

c)

Singapura perlu tunduk kepada Kuala Lumpur

65.

Mengapakah A.M.AZAHARI melalui Parti Rakyat Brunei menentang Brunei menyertai gagasan Malaysia ?

a)

Khuatir Brunei akan hilang kekayaan

b)

Bimbang pengaruh komunis

c)

Menganggap Kuala Lumpur terlalu berkuasa

d)

Lebih berminat bergabung dengan Sabah, Sarawak, dan Kalimantan Utara.

66.

Mengapakah Presiden Macapagal (Filipina) menentang pembentukan Malaysia?

a)

Menuntut wilayah Sabah

b)

Menuntut negeri Sabah

c)

Anggap penjajahan bentuk baru British

67.

Pilih Parti Politik Sarawak yang menentang penyertaan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia.

a)

SUPP

b)

PANAS

c)

PESAKA