Font size
WorksheetsPECUTAN PERCUBAAN 2022
Total questions: 90
Worksheet time: 1hrs 8mins
Undang-undang merupakan aspek penting dan dijadikan panduan dalam pentadbiran sebelum kedatangan Barat.
Apakah kepentingan undang-undang dalam Kerajaan Alam Melayu?
Menjamin kesejahteraan kerajaan
Mengelakkan malapetaka
Mengukuhkan persahabatan
Memajukan kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kemudahan sistem kewangan yang teratur dalam urusan perdagangan.
Apakah tanggungjawab Syahbandar dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?
Mengutip cukai di pelabuhan
Ketua turus angkatan tentera
Panglima tentera laut
Menguruskan perbendaharaan
Nasionalisme di Barat berkembang seterusnya mencetuskan Revolusi Keagungan di England pada tahun 1688.
Apakah kesan perkembangan nasionalisme tersebut?
Berjaya mengukuhkan kuasa rakyat
Memantapkan kedaulatan parlimen
Menjejaskan kedaulatan negara bangsa
Kebangkitan perjuangan kedaulatan raja
“Hilang Gelap Terbitlah Terang” merupakan hasil karya Raden Adjeng Kartini daripada Indonesia.
Karya tersebut mendedahkan tentang
Dasar diskriminasi Belanda
Kemerdekaan negara
Kepentingan kerjasama
Kesetiaan kepada raja
Mengapakah Eropah terjerumus dalam kancah Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 hingga 1918?
Pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary
Pembesaran angkatan tentera Jepun
Penyerangan Jerman ke atas Poland
Perluasan pengaruh Itali di Habsyah
Apakah peranan Giyu Tai dalam gerakan nasionalisme semasa zaman pendudukan Jepun?
Pelopor Persatuan Cina seberang laut
Menguruskan ekonomi Jepun
Melancarkan gerakan gerila
Menjaga ketenteraman awam
Pengistiharan Malayan Union pada 1 April 1946 telah mendapat bantahan Raja-raja Melayu.
Bagaimana bantahan tersebut dilakukan?
I. Membawa kes ke mahkamah England
II. Membuat perjanjian dengan British
III. Meminta bantuan pegawai British
IV. Menghantar surat bantahan ke London
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah reaksi kaum ibu terhadap penyerahan Sarawak kepada British oleh Vyner Brooke?
Memulau pentadbiran British
Melancarkan serangan bersenjata
Mengadakan demonstrasi
Menulis surat bantahan
Mengapakah gerakan nasionalis Melayu Radikal membidas kerajaan British?
Menentang demontrasi yang dianjurkan British dengan orang Melayu
Mengadakan rundingan secara tertutup dengan UMNO
Menghapuskan sistem feudal Melayu
Menyatukan Singapura dengan Tanah Melayu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 memberi kesan penting kepada orang Melayu kerana
Berjaya pulihkan pentadbiran negara
Kebebasan bersuara dibenarkan
Pemberian hak kerakyatan dilonggarkan
Kedudukan istimewa diiktiraf
Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan persidangan di Culcutta India pada tahun 1948.
Apakah gesaan daripada persidangan tersebut?
Berkerjasama dengan British
Menentang kuasa Imperialis
Menubuhkan kerajaan baru
Berbaik-baik dengan Jepun
Berikut menunjukkan usaha yang dijalankan oleh kerajaan bagi membendung ancaman komunis pada 23 Julai 1948.
• Sistem Pendaftaran Kebangsaan
• Penggunaan Kad Pengenalan
Mengapakah kerajaan bertindak sedemikian?
Mengetatkan undang-undang
Mengawal pergerakan penduduk
Memudahkan penempatan penduduk
Membantu mengamankan kampung
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum dibentuk pada bulan Januari 1949 yang menghimpunkan pemimpin dari pelbagai kaum.
Apakah matlamat penubuhan jawatankuasa tersebut?
Mengusir penjajahan barat
Memperjuangkan kemerdekaan
Mengkaji hubungan kaum
Menghadapi pilihan raya
Gabungan PUTERA dan AMCJA telah melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat. Manifesto tersebut mencadangkan
Raja sebagai Ketua Negara
Bersama memajukan ekonomi
Pembentukan Dewan Perundangan
Memilih Ketua Menteri
Pilihan Raya UMUM Pertama telah dilaksanakan pada 1955.
Apakah syarat untuk menjadi calon dalam pilihanraya tersebut?
Mempunyai kekayaan
Berumur tidak lebih 21 tahun
Tinggal dalam Persekutuan Tanah Melayu
Mampu menjamin kestabilan politik negara
Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) setelah memperolehi kemenangan besar dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
Membentuk pakatan murni
Mengamalkan sistem demokrasi
Menjamin keadilan undang-undang
Menggubal undang-undang pentadbiran
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani bagi membentuk sebuah negara yang merdeka hasil kesungguhan Raja-raja Melayu, pemimpin dan rakyat.
Nilai yang boleh dicontohi daripada pernyataan di atas ialah
Pengorbanan
Keberanian
Kejujuran
Berwaspada
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957.
Mengapakah perjanjian ini sangat penting kepada negara kita?
Menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan
Menentukan bakal pemimpin negara
Mengenal pasti sistem pemerintahan negara
Mewujudkan pakatan murni pelbagai kaum
Berikut merupakan tokoh yang memberikan takrifan berkaitan dengan kemerdekaan.
• Soekarno
• Mahatma Ghandi
• Tunku Abdul Rahman
Apakah persamaan sumbangan mereka?
Pelopor kepada pengubalan sistem perundangan
Pejuang kemerdekaan di negara masing-masing
Perkenalkan pelaksanan birokrasi moden
Penentang kepada sistem raja berkuasa mutlak
Peristiwa ini berlaku pada jam 8.15 pagi, 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
• Laungan merdeka sebanyak tujuh kali
• 101 das tembakan dilepaskan
Apakah simbolik daripada peristiwa tersebut?
Menandakan British menyerah kalah
Menandakan kekuatan pengaruh British
Menandakan penghormatan kepada British
Menandakan berakhirnya penjajahan British
Apakah ciri negara berdaulat yang diamalkan oleh Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan?
Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
Mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak
Mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan
Mengamalkan sistem pemerintahan republik
Bagaimanakah rakyat dapat mengekalkan perpaduan kaum?
Menjalinkan hubungan serantau
Mengambil tahu isu semasa
Menghayati prinsip Rukun Negara
Menguasai kepelbagaian budaya
Perlembagaan Persekutuan mempunyai keunikan kerana merangkumi ciri tradisional dan moden.
Undang-undang yang terkandung dalam perlembagaan negara bertujuan agar
Tekanan pihak luar dapat dielakkan
Dunia luar memuji kebolehan Malaysia
Generasi muda kagum dengan perlembagaan
Rakyat mematuhi peraturan yang ditetapkan
Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan pemerintahan beraja berkuasa mutlak.
Antara berikut, manakah bidang kuasa sultan dalam sistem pemerintahan tersebut?
I. Berkuasa mengutip cukai
II. Berkuasa terhadap pentadbiran
III. Berkuasa terhadap kehakiman
IV. Berkuasa memberi pengampunan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Sebagai rakyat yang hidup dalam sebuah negara demokrasi, kita sewajarnya memahami kepentingan pilihan raya.
Mengapakah pilihan raya penting?
Memilih pemimpin berwibawa
Membuktikan kehebatan negara
Melaksanakan tuntutan rakyat
Membentuk kabinet baru
Mengapakah kerjasama politik menekankan soal perkongsian kuasa antara kaum berdasarkan prinsip tolak ansur, perundingan dan pengorbanan?
Untuk memastikan perpaduan terjalin
Bagi memastikan suara setiap kaum diwakili
Untuk memastikan negara kekal aman
Untuk memastikan rakyat mendapat kuasa bersuara
Kerajaan Tempatan merupakan perantara antara Kerajaan Negeri dan rakyat.
Apakah fungsi Kerajaan Tempatan?
Merancangan pembangunan pertanian dan tanah
Mengeluarkan lesen dan kawalan penjaja
Menguatkuasakan undangundang tempatan
Menjaga kesihatan awam secara berkala
*Kerajaan Persekutuan ->> Dasar berkaitan dengan Taman Laut.
*Kerajaan Negeri ->> X
Berikut adalah berkaitan dengan pengurusan Taman Laut antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Apakah X?
Pembersihan taman
Pembangunan taman
Pembersihan pulau
Pembangunan pulau
Penyelarasan pentadbiran dibuat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Bagaimanakah penyelarasan ini dibuat?
Melalui Mesyuarat Kabinet
Melalui Mesyuarat Menteri Besar
Melalui Mesyuarat Ketua Bahagian
Melalui Mesyuarat Dewan
Berikut berkaitan dengan idea tokoh terhadap Pembentukan Malaysia.
Tunku Abdul Rahman -->> Mencadangkan supaya Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu
Mengapakah tokoh tersebut memberikan cadangan sedemikian?
Mengawal kemasukan imigran
Membendung ancaman Komunis
Memperkukuh semangat setia kawan
Mengamalkan konsep pengagihan kuasa
Maklumat berikut berkaitan tindakan kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu.
** Pembentukan Jawatankuasa Antara Kerajaan pada Ogos 1962
Mengapakah jawatankuasa tersebut dibentuk?
Membentuk satu entiti politik
Merdeka bersama wilayah Borneo
Menentukan pemisahan Singapura
Membentuk keperluan melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah
Maklumat berikut berkaitan konfrontasi Indonesia dan Malaysia.
** Perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia
Nyatakan kesan perjanjian tersebut?
Tuntutan wilayah Sabah
Penamatan konfrontasi
Pelantikan Jeneral Suharto
Melaksanakan dekolonisasi
Lee Kuan Yew menggunakan alasan berikut kepada Kerajaan Persekutuan.
• Tuntutan pembukaan pasaran bersama disegerakan
• Mahu mengenakan kadar faedah RM150 juta kepada Kerajaan Persekutuan
Apakah kesan daripada tuntutan tersebut?
Pendidikan maju
Tindakan Mahkamah
Krisis Perlembagaan
Pemisahan Singapura
Dalam usaha menangani isu pembangunan dan ekonomi negara, Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) telah diperkenalkan.
Antara isu yang dihadapi ialah
Peluasan pengaruh komunis
Kekurangan teknologi tinggi
Rakyat tidak berkemahiran
Kedudukan sosioekonomi penduduk berpendapatan rendah
Mengapakah Dasar 1 Murid 1 Sukan dilaksanakan di sekolah?
I. Melahirkan atlet berkaliber
II. Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan
III. Mengharumkan nama sekolah
IV. Pembudayaan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan di bawah menunjukkan prinsip kelima Rukun Negara.
** Kesopanan dan Kesusilaan
Bagaimanakah prinsip tersebut dapat direalisasikan dalam kalangan rakyat Malaysia?
Menghormati lambang negara
Memupuk semangat perpaduan
Mematuhi undang-undang
Memupuk nilai-nilai murni
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dapat mengurangkan kadar kemiskinan. Antara berikut, yang manakah merupakan faktor mendorong kepada mengurangkan kadar kemiskinan tersebut?
I. Kepelbagaian kegiatan ekonomi
II. Perkembangan bidang perkhidmatan
III. Pengurangan cukai
IV. Keperluan tenaga kerja dalam pertanian
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Dasar Aparteid menjadi isu penting yang menarik perhatian negara-negara anggota Komanwel?
Perbandingan hak asasi berasaskan kaum
Penilaian antara kaum dan bangsa
Membezakan hak berdasarkan warna kulit
Memupuk semangat rasis dan perkauman
Apakah isu yang dibincangkan dalam Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro?
Perubahan iklim dunia
Perlumbaan senjata nuklear
Pencemaran alam sekitar
Hakisan persisiran pantai
Mengapakah Malaysia menganggap penerokaan Antartika dilakukan secara tidak adil?
Didominasi sebahagian kecil negara sahaja
Negara membangun dinafikan hak mereka
Tanpa pelibatan ahli PBB
Cadangan Malaysia telah diabaikan
Proses pembinaan negara bangsa Kerajaan Alam Melayu mengambil masa yang lama dan melalui beberapa tahap.
Apakah ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu sebelum kedatangan Barat?
Kedaulatan
Lambang negara
Wilayah Pengaruh
Permuafakatan
Dalam Undang-undang Laut Melaka, malim adalah seorang yang harus arif tentang ilmu pelayaran.
Apakah hukuman kepada malim yang lalai sehingga menyebabkan kerosakan kapal?
Dibuang daerah
Dihukum bunuh
Digantung kerja
Dipenjara
Revolusi Amerika yang berlaku pada tahun 1776 merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British.
Mengapakah revolusi tersebut tercetus?
I. Menegakkan kedaulatan parlimen
II. Pengenalan akta pungutan cukai
III. British tidak melindungi hak penduduk
IV. Mempertahankan pemerintahan autokratik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Penulisan novel berjaya meniupkan nasionalisme dalam kalangan penduduk di negara kita.
Apakah tema penulisan novel tersebut?
Penulisan bertemakan anti imperialisme
Penulisan bertemakan kemajuan ekonomi
Penulisan bertemakan semangat cinta negara
Penulisan bertemakan semangat perjuangan
Penentangan Tok Janggut merupakan hasil daripada kesedaran politik antarabangsa.
Apakah isu penentangan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan?
Mempertahankan agama Islam
Melindungi keselamatan penduduk
Menyekat pengaruh penjajah
Menghapuskan fahaman sekularisme
Pentadbiran Tentera Jepun di Tanah Melayu telah menubuhkan Koa Kunrenjo.
Mengapakah Koa Kunrenjo ditubuhkan?
Menjaga keamanan negara
Melatih pemimpin tempatan mentadbir
Mengawal aktiviti ekonomi Tanah Melayu
Mewujudkan kerjasama antara penduduk
Tujuan utama penubuhan British Military Administration (BMA) ialah
Membentuk pentadbiran British
Mengukuhkan ketenteraan British
Memulihkan kepercayaan rakyat
Memperkukuh sistem pertahanan
Pembentukan Malayan Union pada tahun 1946 menimbulkan rasa tidak puas hati oleh orang Melayu. Bagaimanakah orang Melayu menentang penubuhan tersebut?
I. Mendapatkan sokongan negara luar
II. Menubuhkan gerakan bersenjata
III. Menghidupkan persatuan Melayu
IV. Mengadakan Kongers Melayu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah gabungan PUTERA dan AMCJA menolak rangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Enggan berkompromi dengan penjajah
Jawatankuasa Kerja tidak diwakili semua pihak
Menentang pengembalian kuasa Raja-raja Melayu
Mahu kedudukan istimewa orang Melayu dipulihkan
Perlembagaan Rakyat pernah dicadangkan pelaksanaannya di Tanah Melayu.
Apakah kandungan perlembagaan tersebut?
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Pembentukan senarai persekutuan dan negeri
Pertahanan Tanah Melayu dibawah seliaan British
Penggabungan sebelas buah negeri
Usaha komunis untuk membuka cawangannya di Tanah Melayu tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu.
Mengapa berlaku sedemikian?
Komunis fahaman baharu
Komunis monopoli hasil bumi
Komunis menggunakan kekerasan
Komunis mengancam status quo orang Melayu
** Rundingan Baling 1955 adalah antara pihak kerajaan dengan PKM.
Apakah syarat yang dikemukakan oleh PKM kepada pihak kerajaan dalam rundingan tersebut?
Peletakan senjata diisytiharkan
Hasil rampasan dikembalikan
Tiada penangkapan ahli PKM
Mengakui PKM sebuah parti politik
Perhimpunan rakyat di Maahad Al Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak melahirkan Majlis Agama Islam Tertinggi (MATA) telah melahirkan Hizbul Muslimin.
Apakah matlamat Hizbul Muslimin?
Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sebagai sebuah negara Islam
Kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan
Kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan jalan terbuka secara lembut
Membina satu negara yang teguh dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Maklumat berikut berkaitan sekolah vernakular yang wujud di Tanah Melayu semasa di bawah pentadbiran British.
• Vernakular Melayu
• Vernakular Cina
• Vernakular Tamil
• Vernakular Inggeris
Apakah cabaran yang dihadapi oleh negara kita selepas kemerdekaan kesan wujudnya sistem pendidikan tersebut?
Perkembangan ekonomi terbantut
Perpaduan kaum sukar dicapai
Menimbulkan masalah keselamatan
Taraf pendidikan sukar ditingkatkan
Perikatan UMNO-MCA telah berjaya memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Peringkat Negeri pada tahun 1954.
Apakah kepentingan kemenangan tersebut?
Memelihara kesetian rakyat
Menjamin keselamatan negara
Pembentukan kabinet negara
Penerimaan terhadap kerjasama kaum
Apakah kandungan laporan pilihan raya pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu 1955?
Pembahagian kawasan pilihan raya
Melancarkan kempen pilihan raya
Menyediakan manifesto pilihan raya
Menuntut pilihan raya segera di peringkat negeri
Apakah tujuan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk?
Mempercepatkan kemerdekaan negara
Menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Melantik pegawai pentadbiran kerajaan yang baru
Membincangkan kedudukan Raja-raja Melayu
Antara berikut, manakah draf perlembagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
I. Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
II. Sebuah parlimen dengan dua Majlis Mesyuarat dibentuk
III. Pelaksanaan Pilihan Raya Persekutuan
IV. Kewarganegaraan Jus Soli masyarakat Cina dan India
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
“Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem khalifah dan hapuskan ikatan perkauman”
Petikan ucapan di atas adalah ucapan tokoh tentang makna kemerdekaan.
Tokoh yang di maksudkan ialah
Nelson Mandela
Mahatma Gandhi
Soekarno
Rashid Rida
** Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Penubuhan badan di atas dilakukan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya.
Apakah matlamat penubuhan badan di atas?
Memajukan kawasan tanah baharu
Menggalakan kegiatan perdagangan
Memantau kesihatan penduduk
Memberi kemudahan kewangan
Perkataan Kedaulatan berasal daripada kata "daulah" dalam Bahasa Arab bermaksud
Kebebasan dan kemerdekaan
Kuasa tertinggi pemerintahan negara
Kuasa agung sesebuah pemerintahan
Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan
Apakah kepentingan kedaulatan kepada sesebuah negara?
Memantapkan kuasa parti politik
Menjamin kemakmuran ekonomi
Mengukuhkan kedudukan raja
Untuk meluaskan kuasa
Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Barat?
Sistem Beraja
Sistem Republik
Sistem Monarki
Sistem Demokrasi
** Agama Islam merupakan salah satu ciri tradisional
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?
Residen berkuasa ke atas agama Islam dan adat
Agama Islam diletakkan di bawah kuasa raja di negeri
Raja perlu menerima nasihat daripada penasihat British
Agama Islam diletakkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, sistem pemerintahan beraja iaitu raja berkuasa mutlak telah diamalkan.
Apakah bidang kuasa raja?
Berkuasa terhadap kehakiman
Berkuasa dalam pembangunan
Berkuasa menasihati rakyat
Berkuasa meluaskan wilayah
Bagaimanakah Majlis Raja-Raja memperkenankan perubahan persempadanan negeri?
Mendapat perkenan Dewan Undangan Negeri
Mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong
Mendapat perkenan raja negeri berkenaan
Mendapat kelulusan daripada Dewan Negara
Sistem persekutuan di negara kita mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri.
Sistem persekutuan yang pertama di bentuk di negara kita ialah
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Persekutuan Tanah Melayu
Majlis Mesyuarat Persekutuan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Kerajaan Tempatan merupakan perantara antara Kerajaan Negeri dan rakyat.
Antara berikut, manakah fungsi Kerajaan Tempatan?
I. Menjaga kesihatan awam
II. Menyenggara jalan raya
III. Membina landskap bandar
IV. Menentukan lokasi kediaman penduduk
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Idea lain yang pernah lahir seiring dengan konsep penggabungan seperti idea gagasan Malaysia ialah Melayu Raya.
Apakah idea tersebut?
Memajukan ekonomi negara
Mempercepatkan penggabungan Alam Melayu
Mendapatkan kemerdekaan wilayah Alam Melayu
Menghapuskan tentera Kalimantan
** Kemasukan Singapura dalam Persekutuan akan mewujudkan ketidakseimbangan kompisisi penduduk antara orang Melayu dan orang Cina
Bagaimanakah pemimpin negara berjaya mengimbangi komposisi antara kaum?
Mengabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia
Mengabungkan Tanah Melayu dengan Filipina
Mengabungkan Tanah Melayu dengan Thailand
Mengabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Brunei
Pemisahan Singapura daripada Malaysia tidak dapat dielakkan.
Apakah tuntutan Singapura terhadap Malaysia yang menyebabkan berlakunya pemisahan tersebut?
Hak sama rata bagi semua kaum
Menyusun semula masyarakat
Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
Membuka pejabat pentadbiran kerajaan
Kerajaan telah melaksanakan gerakan perang saraf untuk mengatasi ancaman komunis di Sarawak.
Bagaimanakah gerakan tersebut dijalankan?
Membangunkan pusat perdagangan
Mengadakan perhimpunan awam
Membina pagar sempadan
Memenangi hati rakyat
Akta Bahasa Kebangsaan telah digubal di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Bagaimanakah pelaksanaan akta tersebut dapat mendaulatkan bahasa Melayu?
Menjadi pusat tamadun bangsa
Menjadi bahasa kebangsaan
Menjadi bahasa Lingua Franca
Menjadi bahasa pengantar di sekolah
Maklumat berikut berkaitan citrawarna Malaysia.
** Program citrawarna yang dijalankan termasuklah aktiviti memperagakan kebudayaan, pakaian, tarian dan nyanyian rakyat Malaysia
Apakah peranan program tersebut dalam usaha mengembangkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan?
Menggalakkan semua kaum
Memperagakan kebudayaan
Memperkasakan bahasa
Mempromosi pelancongan
Majlis perundingan negara (MAPEN) ditubuhkan pada januari 1970.
Tujuan penubuhan MAPEN adalah untuk
Meningkatkan ekonomi negara
Membasmikan kemiskinan
Menggubal undang-undang
Memupuk identiti kebangsaan
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui DPN?
Peningkatan peluang pekerjaan
Kerjasama melalui pendidikan
Mencapai perpaduan melalui pengagihan kekayaan
Pertambahan sektor perindustrian
Apakah tujuan Malaysia melaksanakan dasar luar?
Menjamin keamanan negara
Mengeratkan hubungan dengan negara luar
Melindungi kepentingan nasional
Berusaha setanding dengan negara lain
Dasar Aparteid menjadi isu penting yang menarik perhatian negara-negara anggota Komanwel. Apakah dasar tersebut?
Perbandingan berasaskan kaum
Penilaian antara kaum dan bangsa
Membezakan hak berdasarkan warna kulit
Memupuk semangat perkauaman
** Pulau Batu Putih
Bagaimanakah isu pulau tersebut diselesaikan?
Melalui tindakan ketenteraan
Melalui Mahkamah Antarabangsa
Melalui rundingan antara pemimpin
Melalui Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu
Kerajaan negeri Kedah telah mengisytiharkan Langkawi sebagai geopark pada tahun 2006.
Apakah tujuan pengisytiharan tersebut?
Menggalakkan pelancongan
Memelihara tapak warisan
Mengisytiharan Tapak Warisan
Menjamin kelestarian alam sekitar
Kedaulatan memberikan kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar.
Bagaimanakah negara kita melaksanakan dasar pentadbiran negara yang berkesan?
Sistem beraja
Kerajaan Persekutuan
Jemaah Menteri
Demokrasi Berparlimen
Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand. Apakah kesan revolusi tersebut?
Dasar tutup pintu dikuatkuasakan
Sistem raja berkuasa mutlak ditamatkan
Pemerintahan republik dilaksanakan
Kuasa pembesar tempatan diperkukuh
Mengapakah penulisan kreatif berjaya mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?
Memperkenalkan semangat jihad
Mendorong gerakan radikal
Mencetuskan idea revolusi
Menyindir sikap penjajah
Antara berikut yang manakah kuasa eksekutif bagi Yang di Pertuan Agong?
Mengisytiharkan darurat
Melantik Perdana Menteri
Melantik hakim Mahkamah Atasan
Mengampunkan dan menangguhkan hukuman
Apakah bidang tugas jawatankuasa RASCOM?
Merancang gerakan di kawasan RASCOM
Mengawasi keselamatan kawasan RASCOM
Merancang dan melaksanakan kegiatan gerak saraf
Menggubal dasar berkaitan dengan aktiviti harian organisasi RASCOM
Apakah peranan FELCRA?
Membangunkan tanah kerajaan negeri yang terbiar
Membangunkan tanah di wilayah yang kurang pesat
Melaksanakan rancangan pembangunan tanah baharu
Menguruskan dan meyalurkan bantuan kewangan kepada kerajaan negeri
Apakah kandungan Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962? (pilih 2)
Menjanjikan kemerdekaan Sabah dan Sarawak
Kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak
Jaminan khas dan kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak
Memisahkan Singapura daripada Malaysia
"Integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang dapat merapatkan hubungan."
Nyatakan hubungan tersebut.
Hubungan rakyat daropada pelbagai etnik, agama dan wilayah
Hubungan masyarakat antara negri dengan wilayah
Hubungan masyarakat antara berbilang kaum dalam wilayah
Hubungan rakyat daripada pelbagai budaya dan wilayah
Apakah kepentingan pengenalan " ORDE BAHARU ASIA" terhadap kuasa Jepun?
Menguasai Asia Pasifik
Menamatkan konflik dunia
Menamatkan sistem beraja
Mencapai kemajuan teknologi
Antara berikut yang manakah perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963? (pilih 2)
Bahasa Melayu
Struktur Mahkamah Atasan
Jawatan yang diPertua Negeri
Hak istimewa orang Melayu dan kaum lain
