wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL SEJARAH SELANGOR 2021 [SET 2]

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Ciri-ciri negara bangsa

b)

Upacara pertabalan raja

c)

Penggunaan gelaran sultan

d)

Sistem pemerintahan demokrasi

2.

Maklumat berikut berkaitan Undang-undang Laut Melaka


Fasal 13.1

Nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama 4 hari


Mengapakah keistimewaan tersebut diperoleh nakhoda kapal?

a)

Dianggap wakil kerajaan

b)

Dikhuatiri berlaku penipuan

c)

Diibaratkan raja dalam pelayaran

d)

Dihormati pedagang di Pelabuhan

3.

Revolusi berikut berlaku di Barat


· Revolusi Keagungan di England

· Revolusi Peranchis


Apakah persamaan yang terdapat antara revolusi tersebut?

a)

Pemulauan proses pilihan raya

b)

Pemberontakan golongan hamba

c)

Pengurangan kuasa panglima tentera

d)

Penentangan terhadap pemerintahan beraja

4.

Jadual berikut berkaitan tindakan pemerintah Thailand


Mengapakah tindakan tersebut diambil oleh baginda?

a)

Menyaingi kuasa besar

b)

Mengekalkan kedaulatan negara

c)

Memantapkan kuasa pemerintah

d)

Memodenkan sistem pendidikan

5.

Maklumat berikut berkaitan nombor rujukan dalam “Cerita Tekukur”


· Tekukur nombor 1874

· Tekukur nombor 1909


Apakah yang dilambangkan dengan nombor tersebut?

a)

Lokasi Kawasan jajahan kuasa barat

b)

Tarikh negeri Melayu dikuasai British

c)

Bilangan anggota pasukan keselamatan

d)

Jumlah mangsa korban dalam peperangan

6.

Novel berikut merupakan karya Ahmad Murad Nasaruddin


· Nyawa di-hujong Pedang


Apakah mesej yang terkandung di dalam novel tersebut?

a)

Ketidakadilan sistem perundangan

b)

Kemunduran rakyat tempatan

c)

Kekejaman tentera Jepun

d)

Kelemahan pihak British

7.

Rajah berikut berkaitan usaha British mengubah status Tanah Melayu


Bagaimanakah usaha tersebut berjaya dilakukan?

a)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

b)

Memperkenalkan Malayan Union

c)

Menggubal perlembagaan merdeka

d)

Membentuk Persekutuan Tanah Melayu

8.

Pekeliling berikut dikeluarkan oleh British pada Disember 1946 di Sarawak


· Pekeliling no 9/1946


Mengapakah pekeliling tersebut dikeluarkan?

a)

Memberi amaran kepada parti politik

b)

Mengawal pelantikan kakitangan kerajaan

c)

Mengingatkan tentang kebebasan bersuara

d)

Melarang penyertaan gerakan antipenyerahan

9.

Mengapakah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) tidak berpuas hati dengan British?

a)

Dianggap golongan berhaluan kiri

b)

Tidak diberi peluang dalam pentadbiran

c)

Diketepikan daripada Jawatankuasa Kerja

d)

Tanah Melayu disatukan dengan Singapura

10.

Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.


Pilih DUA bidang kuasa majlis tersebut

a)

Hal ehwal luar

b)

Ketenteraman awam

c)

Pelantikan pemerintah

d)

Syarat kewarganegaraan

11.

Mengapakah Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu?

a)

Kegagalan menguasi Pulau Jawa

b)

Penubuhan Parti Komunis Nanyang

c)

Keinginan menguasai bahan mentah

d)

Perluasan pengaruh Parti Komunis China

12.

Mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis?

a)

Merampas senjata api

b)

Menimbulkan ketakutan

c)

Melambatkan kemerdekaan

d)

Menonjolkan ketidakupayaan

13.

Apakah idea kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda?

a)

Melayu Raya

b)

Kerjasama kaum

c)

Pemerintah sosialis

d)

Raja Berperlembagaan

14.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949


Pilih DUA objektif yang hendak dicapai melalui penubuhan jawatankuasa tersebut

a)

Mengukuhkan ekonomi negara

b)

Mewujudkan keadaan harmoni

c)

Mengkaji hubungan kaum

d)

Menyelesaikan isu pergaduhan

15.

Ordinan berikut telah diperkenalkan pada tahun 1950


· Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan

Apakah kuasa yang diberikan kepada majlis tempatan mengikut ordinan tersebut?

a)

Menubuhkan parti politik

b)

Mengadakan pilihan raya

c)

Menetapkan manifesto

d)

Memilih calon

16.

Gambar menunjukkan barisan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas Pilihan Raya Umum 1955


Apakah peranan kabinet tersebut?

a)

Menamatkan pentadbiran British

b)

Membincangkan hubungan diplomatik

c)

Mengubah sistem berasaskan Westminster

d)

Membincangkan isu keselamatan dalam negeri

17.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 8 Mac 1956.


Mengapakah suruhanjaya ini dibentuk?

a)

Menyusun perlembagaan

b)

Menubuhkan negara baharu

c)

Membuat rundingan di London

d)

Melanjutkan tarikh kemerdekaan

18.

Pilih DUA peranan bahasa Melayu menurut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

a)

Bahasa ilmu

b)

Bahasa pengantar

c)

Bahasa komunikasi

d)

Bahasa tunggal

19.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan menghayati erti kemerdekaan negara?

a)

Mengenali sejarah negara

b)

Meningkatkan kemajuan

c)

Mengukuhkan jati diri

d)

Menjadi pemimpin

20.

Apakah tujuan Rancangan Buku Merah yang dilancarkan pada 25 Januari 1961?

a)

Membuka tanah secara besar-besaran

b)

Memantau projek pembangunan

c)

Menyediakan peluang pekerjaan

d)

Menstabilkan kewangan negara

21.

Rajah menunjukkan ciri-ciri negara yang berdaulat


Apakah X ?

a)

Mempunyai rakyat

b)

Mempunyai agama

c)

Mempunyai lambang

d)

Mempunyai ketenteraan

22.

Maklumat berikut berkaitan peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara


o Menganggotai pasukan keselamatan

o Memberikan maklumat tentang pencerobohan sempadan negara


Apakah aspek yang ditekankan dalam dasar tersebut?

a)

Meningkatkan kewibawaan pemimpin

b)

Membawa kesejahteraan hidup

c)

Mengukuhkan pertahanan

d)

Melicinkan pentadbiran

23.

Berikut berkaitan badan pentadbiran negara


* Parlimen Malaysia


Apakah peranan institusi di atas?

a)

Mengekalkan kedaulatan negara

b)

Melantik Yang di-Pertuan Agong

c)

Membentuk undang-undang

d)

Memilih Timbalan dan Perdana Menteri

24.

Rajah berikut berikut berkaitan pindaan Perlembagaan 1963


Apakah X ?

a)

Penggunaan bahasa Melayu

b)

Pemansuhan kuasa imigresen

c)

Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen

d)

Pengenalan jawatan Yang di-Pertua Negeri

25.

Rajah menunjukkan pengasingan kuasa dalam pemerintahan negara

Apakah peranan X ?

a)

Membuat pindaan perlembagaan

b)

Mentafsirkan undang-undang

c)

Melaksanakan dasar-dasar

d)

Menggubal perlembagaan

26.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa budi bicara pada Yang di-Pertuan Agong.

Apakah tindakan yang membuktikan kuasa tersebut?

a)

Melakukan pindaan perlembagaan

b)

Menyelesaikan perisytiharaan sempadan

c)

Pengisytiharan undang-undang darurat

d)

Pelantikan ketua kerajaan persekutuan

27.

Senarai berikut adalah badan berkanun yang ditubuhkan bagi menjayakan sosioekonomi negara.

· Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)

· Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Apakah faktor kejayaan pengurusan badan berkanun tersebut?

a)

Kepelbagaian kemudahan asas di luar bandar

b)

Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

c)

Kemajuan teknologi moden dalam pertanian

d)

Keberkesanan Dasar Pertanian Negara

28.

Pilih DUA majlis yang ditubuhkan untuk menyelaras pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

a)

Majlis Persekutuan Negeri

b)

Majlis Khazanah Nasional

c)

Majlis Kewangan Negara

d)

Majlis Tanah Negara

29.

Tokoh berikut adalah Pegawai Tinggi British


* Sir Gerald Templer

* Sir Geofroy Tory Templer


Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?

a)

Mencadangkan penggabungan wilayah

b)

Merancang pengasingan kuasa

c)

Menganggotai Suruhanjaya Cabbold

d)

Membubarkan Dewan Parlimen British

30.

Tarikh asal pembentukan Malaysia 31 Ogos 1963 ditangguhkan kepada 16 September 1963

Mengapakah situasi ini berlaku?

a)

Pembubaran parlimen Tanah Melayu

b)

Kelewatan laporan Setiausaha PBB

c)

Pemisahan Singapura dari Malaysia

d)

Tindakan ketenteraan Indonesia

31.

Maklumat berikut telah diadakan atas arahan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj


· 1 Julai 1965 - Mesyuarat antara Tun Abdul Razak bersama beberapa menteri seperti Dr Ismail Abdul Rahman, Tan Siew Sin dan V.T.Sambathan

Apakah perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut?

a)

Pemisahan Singapura

b)

Pembubaran Parlimen

c)

Pembentukan Malaysia

d)

Pengeboman Tugu Negara

32.

Mengapakah kerajaan melancarkan Operasi Hammer di Sarawak?

a)

Menghentikan rusuhan kaum

b)

Melemahkan parti berhaluan kiri

c)

Menghapuskan ancaman komunis

d)

Menghalang pencerobohan pendatang

33.

Institut Bahasa, Kesusasteraan dan kebudayaan Melayu (IBKKM) ditubuhkan pada 1 Disember 1972 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Apakah peranan institut tersebut?

a)

Pusat penerbitan

b)

Pusat penyelidikan

c)

Pusat pengumpulan

d)

Pusat penterjemahan

34.

Senarai berikut berkaitan sukan yang dianjurkan di negara kita

· Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)

· Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)

· Sukan Malaysia (SUKMA)


Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?

a)

Mengimbangi ekonomi antara kaum

b)

Memajukan industri pelancongan

c)

Memantapkan ekonomi negara

d)

Memperkukuh perpaduan

35.

Rajah berikut berkaitan strategi Dasar Ekonomi baru (DEB)


Apakah X ?

a)

Menggiatkan sektor swasta

b)

Menggalakkan perladangan

c)

Menyusun semula masyarakat

d)

Memajukan perindustrian berat

36.

Pilih DUA cara kerajaan berjaya menurunkan kadar kemiskinan di Malaysia?

a)

Membuka peluang pekerjaan

b)

Menyekat kemasukan imigran

c)

Menyediakan kemudahan pinjaman

d)

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

37.

Antara yang berikut, yang manakah faktor penggubalan dasar luar Malaysia?

a)

Kesaksamaan budaya

b)

Kedudukan strategik

c)

Keperluan nasional

d)

Perlantikan Yang di-Pertuan Agong

38.

Jadual berikut berkaitan dengan penglibatan Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)


Apakah kepentingan perjanjian tersebut?

a)

Pencerobohan Palestin ditamatkan

b)

Peningkatan Kerjasama ekonomi

c)

Pelarian Bosnia ditamatkan

d)

Pengharaman senjata nuklear

39.

Mengapakah Malaysia menjadi transit pemerdagangan orang ke negara lain?

a)

Kedudukan yang strategik

b)

Kemudahan Pelabuhan banyak

c)

Kawalan sempadan yang longgar

d)

Kelemahan penguatkuasaan undang-undang

40.

Bagaimanakah Malaysia berjaya menangani kemelesetan ekonomi pada tahun 1997-1998 ?

a)

Menambat kadar mata wang

b)

Membuat pinjaman bank dunia

c)

Meningkatkan barangan eksport

d)

Menggunakan pelan perancangan IMF