WorksheetsKuiz WAR 2022
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Apakah nama agensi yang bertanggungjawab membanteras rasuah?
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Suruhanjaya Pendidikan Rasuah Malaysia
Siapakah nama penuh Ketua Pesuruhjaya SPRM?
Datuk Razim bin Mohd Noor
Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki
Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil
Dato' Sri Ahmad Khusairi bin Yahaya
Rasuah adalah satu….
jenayah biasa
sukan lasak
jenayah berat
jenayah ringan
Apakah slogan SPRM?
Rasuah Dihindar Maruah Terbilang
Rasuah Dihina Maruah Dibina
Rasuah Disisih Maruah Dibina
Maruah Dibina Rasuah Dihina
Apakah nombor yang patut dihubungi untuk melaporkan perbuatan rasuah?
1-800-88-6001
1-880-88-6000
1-800-88-6000
03-8889-0000
Di Malaysia, rasuah juga dikenali sebagai…….
kawtim
kopi kaw
kueteow
rusuk tumbuh
Berikut adalah perbuatan rasuah kecuali…….
memberi sedekah ikhlas kepada mangsa banjir
memberi hadiah supaya dilantik menjadi AJK Kelab
tidak laporkan perbuatan salah selepas terima duit habuan
melantik adik beradik menjadi Timbalan Pengerusi dan Bendahari persatuan
Akta yang memperuntukkan kesalahan-kesalahan rasuah adalah?
Akta Integriti 2010
Akta Perlindungan Pemberi Rasuah 2009
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
Akta Tolak Rasuah 2008
“Izz seorang pengawas telah menahan Ahmad yang datang lewat ke sekolah. Izz meminta dua ketul ayam goreng daripada Ahmad sekiranya tidak mahu namanya ditulis.” Perbuatan Izz itu adalah….
meminta rasuah
meminta hadiah
meminta bantuan
meminta sumbangan
“Izz seorang pengawas telah menahan Ahmad yang datang lewat ke sekolah. Izz meminta dua ketul ayam goreng daripada Ahmad sekiranya tidak mahu namanya ditulis.” Apakah tindakan yang patut Ahmad lakukan?
Makan ayam goreng bersama Izz.
Memberikan ayam goreng kepada Izz.
Tidak berbuat apa- apa.
Tidak memberi dan melaporkan perbuatan Izz kepada guru displin.
Amin seorang murid yang rajin belajar, tidak meniru dalam peperiksaan, sentiasa bercakap benar, jujur dalam semua perkara dan amanah apabila diberi tanggungjawab. Amin merupakan murid yang……………….
ulat buku.
berintegriti.
suka menunjuk.
ringan tulang.
Lim adalah ketua pasukan bola sepak sekolah. Gurunya meminta Lim untuk memilih ahli pasukan bola sepak yang terbaik untuk mewakili sekolah. Sebagai seorang yang amanah, Lim akan memilih……
Fateh yang merupakan kawan baiknya.
Matthew yang menjaringkan gol terbanyak semasa latihan.
Kumar yang sanggup memberikan RM 100 supaya memilihnya.
Hariz, anak seorang usahawan terkenal yang malas manjalani latihan.
Berikut adalah bentuk- bentuk rasuah kecuali
Upah
Hadiah
Jawatan
Jujur
Pilih kesan negatif akibat jenayah rasuah.
I. Berlaku kenaikan harga barang
II. Pelaku rasuah akan didenda dan dipenjara.
III. Keluarga pelaku rasuah akan dipandang bangga oleh masyarakat.
IV. Menyebabkan harta yang diperoleh daripada rasuah disita dan dirampas.
I dan II
III dan IV
I, III dan IV
I,II dan IV
Siapakah yang boleh terlibat dengan jenayah rasuah?
I. Guru
II. Ahli korporat
III. Pelajar
IV. Pegawai Kerajaan
I dan II
III dan IV
I, III dan IV
Semua diatas
Pada tahun 2001, Andrew telah dipenjarakan kerana terlibat dengan rasuah.
Apakah kesan tindakan Andrew ke atas keluarganya?
Keluarga Andrew menjadi terkenal.
Keluarga Andrew lebih dihormati.
Keluarga Andrew dipandang hina.
Pendapatan keluarga Andrew bertambah baik.
Kesalahan rasuah dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 adalah….
I. meminta dan menerima
II. menawar dan memberi rasuah
III. membuat tuntutan palsu
IV. salah guna kuasa oleh pegawai kerajaan
I dan II
III dan IV
I, III dan IV
Semua diatas
Salah guna kuasa bermaksud……
seorang adiwira menyalah guna kuasa yang dimilikinya.
seorang yang mempunyai kedudukan dalam sesebuah organisasi menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri dan keluarganya.
seorang pegawai kerajaan menggunakan kuasanya untuk membantu mangsa banjir.
seorang pegawai kerajaan memberikan janji palsu kepada saudaranya untuk melakukan sesuatu.
“Roy seorang pelajar kolej berumur 21 tahun ditangkap kerana cuba memberi rasuah RM50.00 kepada seorang anggota polis. Perbuatan tersebut dilakukan setelah beliau ditahan polis kerana kesalahan trafik iaitu tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu. Bagi mengelakkan disaman, beliau telah menghulurkan wang RM50.00 kepada polis yang menahannya.”
Apakah kesalahan Roy dibawah Akta SPRM 2009?
I. meminta dan menerima (Seksyen 16(b) (A))
II. menawar dan memberi rasuah (Seksyen 17(b)
III. membuat tuntutan palsu (Seksyen 18)
IV. salah guna kuasa oleh pegawai kerajaan (Seksyen 23)
I dan II
I sahaja
I, III dan IV
II sahaja
“Sam seorang pelajar kolej berumur 21 tahun ditangkap kerana cuba memberi rasuah RM50.00 kepada seorang anggota polis. Perbuatan tersebut dilakukan setelah beliau ditahan polis kerana kesalahan trafik iaitu tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu. Bagi mengelakkan disaman, beliau telah menghulurkan wang RM50.00 kepada polis yang menahannya.”
Jika Sam didapati bersalah, apakah hukuman denda yang dikenakan keatas beliau?
Sam akan didenda sebanyak RM 100.00 dan penjara.
Sam akan didenda sebanyak RM 10, 00.00 atau penjara.
Sam akan didenda sebanyak RM 10,000.00 dan penjara.
Sam akan didenda sebanyak RM 100.00 atau penjara.
Apakah peranan yang dimainkan oleh agensi di atas?
Memajukan industri pertanian.
Mencegah dan membanteras rasuah.
menjalankan aktiviti sukan
Memberikan bantuan modal dan khidmat latihan kepada usahawan bumiputra bumiputera.
Bagaimanakah jenayah rasuah boleh berlaku?
Membayar gaji
Memberikan bonus
Kerja lebih masa
Memberi sogokan bumiputera.
Berikut adalah langkah- langkah pencegahan rasuah kecuali……
mengukuhkan jati diri.
memaksa pekerja bekerja lebih masa.
menerapkan elemen antirasuah dalam sistem pendidikan.
meningkatkan penguatkuasaan undang- undang dan hukuman.
………………….. merupakan agensi yang ditugaskan untuk mencegah rasuah.
Bomba
Polis
JPJ
SPRM
Hasil yang diperolehi daripada sumber rasuah adalah….
Syubhah
baik
halal
haram
Berikut adalah ciri- ciri perwatakan terpuji murid-murid kecuali…
berbudi bahasa.
sentiasa berfikiran positif.
mengharapakan balasan apabila berbuat baik.
rajin belajar.
Nilai integriti seseorang individu boleh dipertingkatkan apabila…
melihat kelemahan orang lain.
bersikap bodoh sombong.
mengakui kesalahan dan cuba memperbaikinya.
enggan mengakui kelemahan diri sendiri.
Perkataan memberi hadiah dengan ada niat tertentu atau untuk kepentingan diri adalah sama dengan perbuatan …...
baik hati
rasuah
bodek
busuk hati
Di bawah adalah perbuatan tidak berintegriti kecuali…
berani mengaku kesalahan yang dilakukan
tidak melaporkan perbuatan salah yang dilakukan oleh rakan-rakan
membantu rakan membuat kerja sekolah dan meminta balasan wang ringgit
memberikan guru hadiah dengan harapan dapat markah tinggi dalam peperiksaan
Apakah maksud “Integriti”?
Melakukan sesuatu perkara yang betul walaupun tidak dilihat oleh sesiapa.
Melakukan perbuatan yang jahat.
Melakukan sesuatu perkara yang baik dan memberitahu semua orang.
Melakukan perkara yang betul apabila dilihat oleh orang ramai.
