NEW
Font size
WorksheetsKuiz Komunikasi NPQEL
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Berikut merupakan elemen komunikasi KECUALI
Sumber
Saluran
Teori
Penerima
Model Komunikasi Aristotle merupakan model komunikasi ...
sehala
dua hala
‘Sumber’ dalam elemen komunikasi merujuk kepada ...
Individu yang menerima mesej.
Medium yang digunakan untuk menyampaikan mesej.
Individu yang menyampaikan mesej.
Maklum balas terhadap mesej.
Komunikasi boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan ...
salah
betul
Halangan komunikasi fizikal ialah…
Jarak, perbezaan bahasa dan salah interpretasi.
Gangguan bunyi, kebimbangan tinggi dan peralatan.
Peralatan komunikasi, perbezaan objektif dan gangguan bunyi.
Jarak, gangguan bunyi dan peralatan komunikasi.
Apakah salah satu ciri gaya komunikasi analitikal?
Mengelak daripada berlakunya konflik.
Pendengar yang baik.
Pernyataan yang diberikan mestilah disokong oleh data yang relevan.
Lebih fokus kepada hasil.
Sesuatu komunikasi itu dikatakan berkesan apabila ...
Komunikasi tersebut berjaya mencapai objektifnya.
Dapat menyampaikan mesej kepada pendengar.
Berkomunikasi menggunakan peralatan yang terkini.
Masa yang digunakan untuk berkomunikasi adalah singkat.
Halangan semantik berlaku disebabkan oleh gangguan emosi semasa proses komunikasi.
betul
salah
Pernyataan yang manakah BENAR tentang komunikasi verbal.
Perilaku yang selain kata-kata yang membentuk sistem kod.
Isyarat komunikasi menggunakan simbol bukan kata-kata.
Disampaikan secara lisan atau tulisan.
Penyampaian maklumat tanpa kata-kata.
Percakapan seorang hakim sewaktu menjatuhkan hukuman kepada seseorang pesalah merupakan contoh komunikasi…
pelbagai hala.
sehala.
dua hala.
intrapersonal.
Komunikasi yang melibatkan sekurang-kurangnya dua orang dinamakan ...
komunikasi massa.
intrapersonal.
interpersonal.
komunikasi kumpulan.
Seorang murid tahun 6 mengisi borang cadangan dan memasukkan borang tersebut ke dalam peti cadangan yang diletakkan di pejabat sekolah dengan harapan cadangan tersebut dibaca dan dipertimbangkan oleh guru besar. Pola komunikasi yang murid ini gunakan ialah ...
bawah ke atas.
pelbagai hala.
mendatar.
atas ke bawah.
Perkara berikut ialah kemahiran asas dalam berkomunikasi KECUALI ...
mendengar.
menyoal.
menganalisis.
menyemak.
mentafsir.
Bagi membolehkan seseorang guru besar berkomunikasi dengan berkesan di sekolah yang dipimpinnya beliau memerlukan kemahiran....
mengurus sumber manusia.
kemahiran keusahawanan.
kemahiran teknikal.
kemahiran mempengaruhi.
Sebagai seorang guru besar, Puan Aminah gemar menggunakan bahasa yang menimbulkan emosi, membina hubungan dengan orang lain, peka kepada respon guru-guru dan murid-muridnya. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pendengar yang baik.
Dalam memimpin sekolahnya, beliau sentiasa mengelakkan daripada berlakunya konflik dengan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti. Puan Aminah mengamalkan gaya komunikasi...
analitikal.
personal.
intuitif.
fungsional.
