Font size
WorksheetsSejarah KSSM T4 Set 4
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Gambar menunjukkan cap mohor Kesultanan Melayu Melaka. Apakah fungsi cap mohor tersebut?
Menunjukkan identiti raja
Memperkukuh kekuasaan raja
Memperakui kedaulatan raja
Mengesahkan arahan daripada raja
Terdapat beberapa jenis hamba dalam Kesultanan Melayu Melaka. Antara berikut, yang manakah DUA hamba tersebut?
Hamba raja
Hamba tawanan
Hamba perang
Hamba berhutang
Mengapakah golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat menentang pengaruh British di Burma?
Menyebarkan tradisi budaya Burma
Mengekalkan sistem birokrasi tempatan
Mengambil alih kuasa pemerintahan
Mengancam kedudukan agama Buddha
Apakah tujuan dasar desentralisasi diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?
Mengembalikan kuasa sultan dan residen
Mengeksploitasi bahan mentah dan sumber asli
Memajukan sistem pendidikan vernakular
Meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk
Bagaimanakah British dan Belanda menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah untuk keperluan industri dan operasi perang?
Menaikkan kadar cukai
Mengenakan sekatan ekonomi
Menyekat laluan perdagangan
Menamatkan kontrak perdagangan
Antara berikut, yang manakah DUA peranan Sybil Kathigasu semasa gerakan penentangan pendudukan Jepun di Tanah Melayu?
Menyebarkan risalah dan propaganda
Membantu mangsa perang dan gerila antiJepun
Mengetuai demonstrasi menentang Jepun
Memberi bantuan ubatan dan khidmat perubatan
Bagaimanakah Dato' Onn Jaafar melibatkan Raja-raja Melayu dalam penentangan gagasan Malayan Union?
Menubuhkan Majlis Raja-raja Melayu
Mempersembahkan resolusi Kongres Melayu
Menghidupkan semula persatuan Melayu
Menghalang kehadiran Sir Harold MacMicheal
Apakah tugas L. D. Gammans iaitu ahli Parlimen British semasa gagasan Malayan Union?
Melantik Gabenor Malayan Union
Mndapatkan tandatangan sultan
Menghalang kegiatan penentangan
Meninjau penentangan orang Melayu
Antara berikut, yang manakah DUA cadangan Raja-raja Melayu semasa pertemuan dengan British pada 27 Mei 1946?
Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan
Penubuhan Persekutuan bertaraf naungan
Raja berkuasa dalam perundangan
Residen Jeneral menggantikan Gabenor
Apakah faktor utama Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya ditubuhkan?
Bertolak ansur antara kaum
Persefahaman antara orang Melayu dan orang dagang
Tindakan agresif Raja-raja Melayu
Kerjasama antara Raja-raja Melayu dan pemimpin UMNO
Mengapakah pengaruh Partai Komunis Indonesia tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu di Tanah Melayu?
Perbezaan dari segi bahasa
Doktrin komunis yang sederhana
Sekatan perundangan
Komunis menggunakan kekerasan
Mengapakah Chin Peng menolak tawaran pengampunan yang ditawarkan dalam Rundingan Baling?
Kerajaan tidak membayar ganti rugi
Ketidaksamaan kaum dalam rundingan
Kerajaan meneruskan Perang Saraf
Keengganan kerajaan mengiktiraf PKM
Penubuhan RIDA adalah bukti tolak ansur orang Melayu ke arah perpaduan kaum. Apakah tolak ansur orang Melayu tersebut?
Menggunakan kaedah permuafakatan
Membenarkan kemasukan golongan imigran
Melonggarkan syarat kewarganegaraan
Mencadangkan sistem pendidikan kebangsaan
Antara berikut, yang manakah DUA tujuan penubuhan Independence of Malayan Party (IMP)?
Menyatukan pelbagai kaum
Menjaga kepentingan penduduk
Mencapai kemerdekaan negara
Menuntut keadilan sosioekonomi
Apakah isu utama yang perlu disepakati sebelum Pilihan Raya Umum Pertama dilaksanakan?
Bilangan ahli MPP
Syarat menjadi calon
Penentuan sempadan pilihan raya
Kelayakan umur mengundi
Apakah parti yang memenangi sebahagian besar kerusi dalam Pilihan Raya Umum 1955?
Parti Negara
Parti Perikatan
Parti Progresif
Parti Islam Se-Tanah Melayu
Apakah persamaan tugas tokoh-tokoh yang terdapat dalam gambar?
Mencapai kerjasama politik pelbagai kaum
Menjadi anggota Suruhanjaya Cobbold
Menyertai rundingan kemerdekaan ke London
Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Antara berikut, yang manakah DUA kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Warna bendera kebangsaan
Adat isitiadat orang Melayu
Kedudukan bahasa Melayu
Sistem demokrasi berparlimen
Pihak manakah yang dipertanggungjawabkan menentukan lagu kebangsaan yang sesuai?
Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
Orkestra Radio Televisyen Malaysia
Jawatankuasa Pusat Perayaan Merdeka
Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan
Apakah kepentingan laungan azan yang berkumandang semasa upacara sambutan kemerdekaan 31 Ogos 1957?
Melambangkan kemegahan negara
Menunjukkan simbol keagungan
Menandakan rasa kesyukuran
Membuktikan kejayaan misi kemerdekaan
