wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PQS T4 KSSM: PEL.19- ULUM HADIS & KEPENTINGANNYA

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Dari segi istilah, hadis ialah _____ , _____ , _______ , dan _____ yang disandarkan kepada nabi Muhammad SAW.


Pilih jawapan yang tepat bagi ruangan kosong di atas.

a)

perkataan

b)

perbuatan

c)

pengalaman

d)

taqrir

e)

sifat

2.

Istilah - istilah lain yang sama erti dengan al-hadis ialah


i - الأصول (al-usul)

ii - الأثر (al-athar)

iii - السنة (as-sunnah)

iv - الناسخ (an-nasikhu)

a)

A - i dan ii

b)

B - ii dan iii

c)

C - iii dan iv

d)

D - i dan iv

3.

Terjemahan hadis:

(a)   Aku mendengar al-Barra' RA berkata : bahawa Rasulullah SAW adalah paling tampan wajahnya dan paling baik akhlaknya. (sehingga akhir hadis...) -riwayat al-Bukhari-


Hadis di atas merupakan contoh bagi TAQRIR NABI SAW yang dianggap sebgai al-Hadis.


Tulis BETUL atau SALAH bagi pernyataan di atas.

4.

Terjemahan hadis:

(a)   Nabi SAW telah dihidangkan dengan daging dhab bakar, maka diberitahu kepada Baginda sesungguhnya ia daging dhab maka Baginda tidak mengambilnya, maka Khalid bertanya : adakah ia haram? Baginda bersabda : tidak, binatang tersebut tidak terdapat di kampung kaumku, maka aku berasa tidak suka. Maka Khalid memakannya sedangkan Rasulullah SAW melihatnya -riwayat al-Bukhari-


Hadis di atas merupakan contoh TAQRIR NABI SAW yang dianggap sebagai al-Hadis.


Tulis BETUL atau SALAH bagi pernyataan di atas.

5.

Contoh bagi SIFAT NABI SAW yang dianggap sebagai al-Hadis ialah peristiwa Baginda menunaikan solat di atas haiwan tunggangannya dengan kiblatnya dihadapkan mengikut ke arah mana pun haiwan itu menghadap.

a)

SALAH

b)

BETUL

6.

Contoh bagi PERKATAAN NABI SAW yang dikenali sebagai al-Hadis ialah hadis yang menyebut berkenaan setiap perbuatan itu bergantung kepada apa yang diniatkannya.

a)

SALAH

b)

BETUL

7.

Pilih pernyataan yang BENAR tentang maksud ulum al-hadis dari segi istilah.


i - سواتو علمو يڠ ممبحثکن تنتڠ القرءان دان ڤرکارا يڠ برکاءيتن دڠنڽ

ii - ݢاݢسن علمو يڠ مڠاندوڠي اصول دان قاعده

iii - اونتوق مڠتاهوءي کأداءن سند دان متن

iv - سام سند دان متن ترسبوت دتريما اتاو دتولق

a)

A - i , ii dan iii

b)

B - i , ii dan iv

c)

C - i, iii dan iv

d)

D - ii , iii dan iv

8.

Pernyataan:

i - makna dan lafaznya daripada Allah SWT

ii - dinisbahkan kepada Allah SWT dengan lafaz : قال الله سبحانه وتعالى

a)

HADIS QUDSI

b)

HADIS NABAWI

c)

AL-QURAN

9.

Pernyataan:

i - makna dan lafaznya daripada Rasulullah SAW

ii - dinisbahkan kepada Rasulullah SAW dengan lafaz قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

a)

HADIS QUDSI

b)

HADIS NABAWI

c)

AL-QURAN

10.

Pernyataan:

i - makna daripada Allah SWT dan lafaz daripada Rasulullah SAW

ii - dinisbahkan kepada Rasulullah SAW dengan lafaz قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فيما يرويه عن ربه

a)

HADIS QUDSI

b)

HADIS NABAWI

c)

AL-QURAN

11.

Golongan orientalis ialah golongan _________ yang terdiri daripada orang yahudi dan kristian yang mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai _________ khasnya berkaitan agama Islam, bertujuan untuk menimbulkan ________ umat terhadap agama Islam.

a)

pendakwah barat - hal2 kebaratan - keyakinan

b)

pendakwah barat - hal2 ketimuran - keyakinan

c)

sarjana barat - hal2 ketimuran - keraguan

d)

sarjana timur - hal2 ketimuran - keraguan

12.

Golongan orientalis membuat tuduhan bahawa....

a)

Rasulullah SAW seorang yang maksum

b)

hadis Rasulullah SAW ialah ajaran palsu

c)

hadis hanya muncul pada zaman sayyidina Umar Ibnu al-Khattab RA

d)

Rasulullah SAW pandai menulis dan membaca selepas diajar oleh Jibril AS

13.

Pernyataan:

Mereka yang menolak hadis dan hanya menyeru umat Islam untuk beramal dengan al-Quran sahaja, yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam.


Golongan yang dimaksudkan bagi pernyataan di atas ialah....

a)

golongan anti quran

b)

golongan anti hadis

c)

golongan anti hadis dan quran

d)

golongan ahli bid'ah

14.

Dakwaan negatif:

Konsep sunnah tidak pernah disebut pada zaman Rasulullah SAW dan hanya mula timbul pada zaman pemerintahan khalifah Umar


Pilih hujah yang SALAH untuk menolak dakwaan negatif seperti di atas.

Jawapan yang dipilih boleh melebihi daripada satu pilihan jawapan yang munasabah.

a)

Catatan berkenaan ajaran yang dibawa oleh Baginda telah berlaku semasa hayat Baginda lagi, seperti peristiwa dakwah melalui surat yang Baginda kirimkan kepada pemerintah Habsyah (an-Najashi)

b)

Konsep sunnah telah terbukti wujud semenjak zaman Rasulullah seperti yang boleh difahami melalui hadis : hendaklah kamu mengikut sunnahku dan sunnah khulafa' ar-rasyidin yang mendapat petunjuk

c)

Rasulullah SAW memang diakui sebagai seorang manusia biasa tetapi Baginda maksum, ditambah pula Baginda satu-satunya manusia yang dikurniakan wahyu oleh Allah SWT

d)

Gelaran as-Siddiq diberikan kepada Rasulullah SAW oleh penduduk Mekah secara umumnya, sama ada masyarakat arab jahiliah mahupun pengikut Baginda sendiri

15.

Antara hujah untuk menolak dakwaan negatif berkenaan Rasulullah SAW dan hadis Baginda ialah penemuan bukti daripada beberapa sohifah (صحيفه) para shabat dan tabi'in yang mencatatkan hadis di dalamnya.

a)

BETUL

b)

SALAH

16.

Hadith Nabawi ialah

a)

Perbuatan , taqrir dan sifat yang disandarkan kepada Rasulullah SAW

b)

Perbuatan , percakapan atau perkhabaran yang disandarkan kepada Rasulullah SAW

c)

Perkataan, perbuatan , taqrir dan sifat yang disandarkan kepada Rasulullah SAW

d)

Suatu ilham atau mimpi yang baginda Rasulullah alami ketika didalam keadaan tidur

17.

" Peristiwa Khalid bin Al-Walid makan daging dhab di hadapan Rasulullah m sedangkan baginda tidak makan daging dhab "


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Percakapan Rasulullah SAW

b)

Perbuatan Rasulullah SAW

c)

Taqrir Rasulullah SAW

d)

Sifat Rasulullah SAW

18.

Pernyataan manakah yang tidak benar mengenai Ilmu Hadith dan Ulumul Hadith

a)

Al-Hadith juga dikenali sebagai As-Sunnah, Al-Khabar dan Al-Athar

b)

Mempelajari ulumul Hadith untuk mengetahui keadaan sanad atau matan sama ada diterima atau ditolak

c)

Mempelajari ulumul Hadith membolehkan seseorang berpegang kepada Al-Hadith sebagai simber pertama perundangan Islam

d)

Hadith bertindak sebagai pengukuh , pentafsir yang menjadi keterangan sumber hukum di dalam Al-Quran

19.

Ulumul hadith ialah

a)

Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi sama ada perkataan, perbuatan atau sifat

b)

Sesuatu yang dihubungkan kepada Sahabat sama ada perkataan, perbuatan atau sifat

c)

Suatu ilmu yang mengandungi usul dan kaedah untuk mengetahui tentang sanad dan matan sama ada diterima atau ditolak

d)

Suatu kaedah dan ilmu untuk mengetahui tentang keperibadian Rasulullah SAW yang tinggi

20.

Antara berikut manakah bukan kepentingan hadith di dalam kehidupan seorang muslim

a)

Hadith merupakan pelengkap wahyu Al-Quran

b)

Hadith merupakan pengukuh keterangan sumber hukum Al-Quran

c)

Umat Islam mampu mempelajari agama dengan lebih sempurna

d)

Umat Islam dapat membongkar segala rahsia Al-Quran setelah mempelajarinya

21.

Pilih perbezaan antara Al-Quran dengan Hadith Qudsi

a)

Al-Quran makna dan lafaz daripada Allah

b)

Hadith Qudsi makna daripada Allah lafaz daripada Rasulullah

c)

Al-Quran thabit secara qati' dan zonni

d)

Hadith Qudsi tidak mengandungi nama-nama surah

22.

Pilih ciri persamaan antara Hadith Nabawi dengan Hadith Qudsi

a)

Tiada unsur mukjizat

b)

Boleh dibaca didalam solat

c)

Diriwayatkan secara mutawatir dan ahad

d)

Boleh disentuh ketika dalam keadaan berhadas

23.

Antara berikut yang manakah bukan kepentingan mempelajari Ulumul Hadith dalam kehidupan seorang muslim?

a)

Dapat membezakan antara hadith sohih dan hadith dhoif

b)

Dapat menolak dakwaan palsu yang dibuat oleh golongan anti hadith

c)

Dapat membongkar segala rahsia dalam hadith setelah mereka mempelajarinya

d)

Dapat memahami cara dan metodologi ulama' menilai sesuatu hadith

24.

Siapakah golongan Orientalis

a)

Golongan Yahudi dan Nasrani

b)

Penganut agama kristian

c)

Penganut agama Hindu

d)

Penganut Buddha

25.

Hadith merupakan sumber perundangan Islam yang

a)

Pertama

b)

Kedua

c)

Ketiga

d)

Keempat