WorksheetsImbuhan Tahun 9 2022
Total questions: 12
Worksheet time: 36mins
Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan (a) (baca) dalam aktiviti harian seseorang pelajar itu.
Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah dan akhbar yang banyak (a) (jual) di kedai-kedai buku itu.
Sebenarnya, amalan ini mempunyai banyak faedah kepada diri pelajar apabila (a) (laku) secara kerap.
Kebaikan yang ketara ialah membaca boleh (a) (tambah) ilmu pengetahuan seseorang itu.
Aktiviti membaca pasti membawa pelajar memperoleh maklumat terkini tentang sesuatu perkara itu seperti penemuan kajian sains yang (a) (kejut) itu.
Lantaran itu, diri pelajar sering (a) (dedah) pada kajian saintis yang sering berubah-ubah mengikut zaman.
Selain itu, membaca juga boleh meningkatkan (a) (mahir) bahasa pelajar.
Penemuan saban hari istilah atau kosa kata baru yang difahami setelah (a) (periksa) kamus itu akan meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar tersebut.
Sesungguhnya, penggunaan kosa kata dalam diri pelajar akan menjadi meluas dan menjadikan pelajar mahir dalam (a) (tulis) pula.
(a) (Tambah) pula, pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila kerap membaca bahan akhbar dan majalah.
Pembacaan menjadikan pelajar (a) (tahu) banyak isu daripada pelbagai sudut pandangan masyarakat itu tanpa mengira positif atau negatif.
Jelaslah, pelajar akan menimbang sendiri semua fakta yang (a) (hurai) dalam pembacaan itu lalu mampu membuat kesimpulan yang bernas.
