WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 1 BAB 1 (1.6)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara berikut merupakan sebab wujudnya perbezaan tafsiran dalam sejarah, KECUALI
perbezaan ideologi
persamaan sumber
tujuan penulisan
perbezaan pandangan
Tafsiran dalam sejarah bermaksud ___________ sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya.
mengkaji
menerangkan
menyelidik
menyebarkan
Apakah yang perlu dilakukan oleh sejarawan agar dapat menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh?
Mengendalikan penulisan
Mengadakan penilaian
Melaksanakan pentafsiran
Menggunakan pelbagai sumber
Pentafsiran dan penerangan yang objektif atau tepat menjadi matlamat utama seseorang sejarawan.
Betul
Salah
Apakah nilai yang perlu dimiliki oleh sejarawan semasa membuat tafsiran sejarah?
I Jujur
II Bekerjasama
III Berat sebelah
IV Bertanggungjawab
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, pernyataan manakah yang merupakan faktor kebangkitan Tok Janggut menurut pengkaji tempatan?
Penentangan peraturan cukai tanah dan hasil hutan yang membebankan orang ramai
Campur tangan pihak British dalam adat istiadat orang Melayu
Rampasan tanah orang Melayu oleh British
Pengenalan cukai pelabuhan yang tinggi
Haji Mat Hasan bin Munas merupakan tokoh yang terlibat dalam gerakan penentangan terhadap kuasa Barat di negara kita. Perjuangan beliau berlaku di ________________
Terengganu
Kelantan
Pahang
Perak
Bagaimanakah pihak Barat mentafsir peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan?
Pemberontak
Pembela
Penentangan rakyat
Pengiktirafan pembesar
Apakah kesan jika sejarawan tidak membuat tafsiran sejarah dengan betul dan tepat?
I Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
II Masyarakat akan mempercayai maklumat yang salah
III Menjejaskan hubungan antara kaum atau sesebuah
negara dengan negara lain
IV Masyarakat akan mempercayai maklumat yang betul
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kepentingan tafsiran dalam sejarah?
I Menghasilkan kajian dengan cepat
II Menjalin kerjasama dengan sejarawan lain
III Mendorong kita supaya berfikiran terbuka dan kritis
IV Menggalakkan penggunaan pelbagai jenis sumber
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
