wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 5

Total questions: 25

Worksheet time: 2hrs 5mins

Name
Class
Date
1.

Mak Cik Limah mengukus beberapa _______ jagung di dalam periuk itu.

a)

helai

b)

bilah

c)

bentuk

d)

tongkol

2.

Pilih ayat yang sama maksud.


Encik Zaki menasihatkan Haziz supaya rajin bersenam agar badannya sentiasa sihat.

a)

“Kamu perlu bersenam setiap hari supaya tubuh kamu sihat,” pesan Encik Zaki kepada Haziz.

b)

“Kamu perlu rajin bersenam supaya badan kamu sihat,” pesan

Encik Zaki kepada Haziz.

c)

“Kita perlu bersama-sama bersenam agar tubuh kita sentiasa sihat,” kata Encik Zaki kepada Haziz.

d)

“Kamu berjanji untuk bersenam supaya badan kamu sihat,” kata Encik Zaki kepada Haziz.

3.

Pilih ayat yang betul.

a)

Murid-murid membeli makanan di waktu rehat.

b)

Banyak murid-murid menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah.

c)

Jimmy ialah murid yang terpaling tinggi sekali di kelasnya.

d)

Pejabat pos dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00

petang.

4.

"Bilakah _____________ hendak datang ke kampung saya?" tanya Hani kepada Afiq dan Adib.

a)

kita

b)

awak

c)

kalian

d)

mereka

5.

Junaidi meminta ___________ guru untuk pergi ke kantin.

a)

keizinan

b)

perolehan

c)

persetujuan

d)

perkenan

6.

Datuk saya bukan sahaja pemurah_________ baik hati kerana sering membantu orang-orang miskin di kampung

a)

lantaran

b)

malahan

c)

manakala

d)

walaupun

7.

Puan Maimun __________________ sebuah dulang yang berisi beberapa gelas minuman untuk tetamu yang datang.

a)

mengelek

b)

menatang

c)

menjinjing

d)

mengusung

8.

Sultan Perak akan membuat lawatan rasmi ke Filipina. ______________ akan berada di sana selama seminggu.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Beliau

d)

Patik

9.

Semua yang hadir bekerja seperti __________ untuk memastikan taman tersebut bersih.

a)

lidah biawak

b)

lipas kudung

c)

kera sumbang

d)

ayam tambatan

10.

Pak Abu menjual se__________ pisang yang baru dipetiknya dari kebun pagi tadi kepada Hamdan.

a)

tandan

b)

buah

c)

bekas

d)

batang

11.

Pada musim panas, orang ramai dinasihati agar memakai pakaian yang longgar. Pilih perkataan antonim bagi longgar.

a)

kecil

b)

sendat

c)

labuh

d)

panjang

12.

Pokok mangga itu _____ dan daunnya kekuningan kerana musim kemarau sedang berlaku.

a)

sayu

b)

layu

c)

ayu

d)

kuyu

13.

Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

a)

A merintih

b)

B mengeluh

c)

C mengenang

d)

D mengerang

14.

Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.

a)

A memicit

b)

B melenyek

c)

C memerah

d)

D menindih

15.
Guru yang_______ mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah saya telah bertukar ke Sabah.
a)
mengajar
b)
mengajari
c)
mengajarkan
d)
diajari
16.
Ubi itu akan_______oleh kakak saya sebentar lagi.
a)
ditanak
b)
dijerang
c)
dikukus
d)
direbus
17.
Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini kepadanya.
a)
biji......  buah
b)
tangkai......   biji
c)
berkas......   butir
d)
ulas.......   ikat
18.
Ayah ................ emak sehelai kain suterai sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.
a)
menghadiah
b)
menghadiahi
c)
menghadiahkan
d)
memperhadiahkan
19.

Sanusi dan Faiz akhirnya berdamai dan bermaafan setelah sekian lama tidak bertegur sapa.

Pilih perkataan antonim bagi berdamai

a)

berbaik

b)

bersatu

c)

berbincang

d)

bersengketa

20.

Cari perkataan seerti atau sama maksud bagi perkataan yang bergaris bawah.


Sultan Mahmud sedang beradu dengan lenanya.

a)

makan

b)

duduk

c)

membaca

d)

tidur

21.

Pilih perkataan yang seerti atau sama maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.


Kakak saya bekerja di bandar.

a)

desa

b)

pejabat

c)

kota

d)

kampung

22.

______ hari tidak hujan, latihan bola keranjang itu akan diadakan di gelanggang terbuka.

a)

Namun

b)

Sekiranya

c)

Walaupun

d)

Sungguhpun

23.

“________ adikku sayang, jagalah dirimu baik-baik semasa berada di luar rumah!” pesan Khairul kepada adiknya.

a)

Aduh

b)

Amboi

c)

Wahai

d)

Aduhai

24.

“__________, malang sungguh mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang itu!

a)

Wah

b)

Amboi

c)

Wahai

d)

Aduhai

25.

Rahman dan Kumar ________ dibenarkan masuk ke dalam dewan kerana mereka ______ peserta Program Jati Diri.

a)

tidak … tidak

b)

tidak … bukan

c)

bukan … bukan

d)

bukan … tidak