NEW
Font size
WorksheetsBidalan dan Pepatah S5 - XYF
Total questions: 28
Worksheet time: 14mins
Punitha sentiasa mengingati nasihat ayahnya supaya sentiasa menabung sejak kecil kerana __________.
ada asap ada api
alah bisa tegal biasa
bapa borek anak rintik
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Keadaan Pak Ramli yang seperti __________ itu disebabkan oleh sikap malasnya ketika masih muda.
talam dua muka
musang berbulu ayam
gajah mati tulang setimbun
hidup segan mati tak mahu
Rashid tidak pernah meminta agar ayahnya membelikan barangan yang mahal kerana dia sedar dia perlu __________.
alah bisa tegal biasa
nasi sudah menjadi bubur
ukur baju di badan sendiri
jauhari juga yang mengenal manikam
Makanan di restoran itu tidaklah enak sangat seperti yang dipromosikan di televisyen. Bak kata orang, __________.
talam dua muka
hangat-hangat tahi ayam
ukur baju di badan sendiri
indah khabar daripada rupa
"Jangan memandu dengan laju, kelak akan membahayakan keselamatan kamu juga kerana __________," nasihat ayah kepada abang
ringan tulang, berat perut
rosak badan kerana mulut
indah khabar daripada rupa
ikut hati mati, ikut rasa binasa
Ratna berasa menyesal kerana tidak berlatih bersungguh-sungguh menjelang pertandingan badminton itu. Namun __________.
malu bertanya sesat jalan
rosak badan kerana mulut
nasi sudah menjadi bubur
bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
"Lebih baik kita bertanya kepada Cikgu Tan tentang cara penyelesaian soalan ini kerana jika __________," kata Nani kepada Dania.
ada udang di sebalik batu
malu bertanya sesat jalan
sarang tebuan jangan dijolok
harapkan pagar, pagar makan padi
"Terima kasih kerana telah membantu saya, __________ ," kata Mawi kepada jiran yang telah membantunya itu.
ringan tulang, berat perut
ada ubi ada batas, ada budi ada balas
bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
di mana semut mati kalau tidak di dalam gula
Adli yang pernah mencuri duit kelas seperti __________ apabila melihat guru besar masuk ke kelasnya.
musang berbulu ayam
hati hendak semua jadi
ukur baju di badan sendiri
takut akan bayang-bayang sendiri
Kegiatan pegawai bank yang memalsukan dokumen syarikat itu akhirnya dapat dikesan kerana __________.
alah biasa tegal biasa
ada udang di sebalik batu
malu bertanya sesat jalan
bangkai gajah dapatkan ditutup dengan nyiru
Puan Anisa sering membanding-bandingkan anaknya dengan anak orang lain yang lebih berjaya. Benarlah kata orang, __________
hidup segan mati tak mahu
air sama air, sampah ke tepi juga
jauhari jua yang mengenal manikam
anak di pangkuan diletakkan, kera di hutan disusukan
Penjual jam antik itu pakar dalam menentukan keaslian sesebuah jam antik kerana __________.
ada asap ada api
malu bertanya sesat jalan
air sama air, sampah ke tepi jua
jauhari jua yang mengenal manikam
Kakitangan hotel itu lebih mengutamakan kebajikan pelancong dari luar negara berbanding rakyat tempatan seperti __________.
hidup segan mati tak mahu
gajah mati tulang setimbun
biar putih tulang jangan putih mata
anak di pangkuan diletakkan, kera di hutan disusukan
Rahim tidak takut apabila dipanggil oleh guru disiplin kerana tuduhan mencuri kerana __________.
musang berbulu ayam
rosak badan kerana mulut
takut akan bayang-bayang sendiri
berani kerana benar, takut kerana salah
Selepas pulang dari sekolah, Aishah akan membantu ibunya di warung pula. Walaupun penat, namun bagi Aishah __________.
alah bisa tegal biasa
ikut hati mati, ikut rasa binasa
mengukur baju di badan sendiri
jauhari juga yang mengenal manikam
Yoges terlalu memilih pekerjaan tanpa memikirkan kelulusan yang dimilikinya. Sepatutnya, dia haruslah __________.
alah bisa tegal biasa
ikut hati mati, ikut rasa binasa
mengukur baju di badan sendiri
jauhari juga yang mengenal manikam
Patutlah Karen meminjamkan buku ceritanya kepada Alia. Rupa-rupanya, dia __________ dan mahu Alia membantunya menyiapkan kerja sekolah.
bapa borek anak rintik
indah khabar daripada rupa
ada udang di sebalik batu
jauhari jua yang mengenal manikam
Encik Mat ditipu oleh adik kandung sendiri yang telah melesapkan duit syarikatnya. Dia berasa seperti __________.
ada gula ada semut
beri betis hendak paha
harapkan pagar, pagar makan padi
baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak
Encik Wahid cukup tegas dalam mendidik anak-anaknya bersembahyang sejak kecil kerana __________.
ada ubi ada batas
ikut hati mati, ikut rasa binasa
mengukur baju di badan sendiri
melentur buluh biarlah dari rebungnya
Tini bekerja di kilang berdekatan rumahnya sementara menunggu keputusan SPM. Bak kata orang __________.
alah bisa tegal biasa
ada ubi ada batas, ada budi ada balas
jika benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
baik-baik berjagung dahulu sementara padi masak
Datuk Sofi meninggalkan harta yang sangat banyak untuk isteri dan anak-anaknya setelah meninggal dunia ibarat __________.
beri betis hendak paha
hangat-hangat tahi ayam
gajah mati tulang setimbun
hidup segan mati tak mahu
Impian Rosman pada mulanya hendak membuka kedai runcit hanya __________ apabila dia akhirnya berputus asa apabila tiada modal.
hati hendak semua jadi
malu bertanya sesat jalan
hangat-hangat tahi ayam
kalah jadi abu, menang jadi arang
"Saya tidak akan melupakan kebaikan kamu terhadap kami sekeluarga, __________," kata ayah kepada jiran kami sebelum berpindah.
ringan tulang, berat perut
ada ubi ada batas, ada budi boleh balas
bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
di mana semut mati kalau tidak di dalam gula
Ramlan terpaksa menerima hakikat bahawa Rini menolak cintanya kerana __________.
hidup segan mati tak mahu
biar putih tulang jangan putih mata
di mana semut mati kalau tidak di dalam gula
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
"Kamu seharusnya berfikir sebelum membuat sebarang keputusan, tiada gunanya menyesalinya sekarang ibarat _________," kata Cikgu Latif kepada Wan.
indah khabar daripada rupa
air sama air, sampah ke tepi jua
jauhari yang mengenal manikam
sudah terhantuk baru tengadah
Jika kamu mahu menjadi doktor, kamu haruslah belajar bersungguh-sungguh mulai sekarang. Bak kata orang, __________," pesan ayah.
hati hendak semua jadi
kalah jadi abu, meng jadi arang
jauhari yang mengenal manikam
dada manusia tidak dapat diselami
Syarikat Encik Darus akhirnya muflis kerana diperdaya oleh rakan baiknya sendiri. Bak kata orang __________.
beri betis hendak paha
gajah mati tulang setimbun
ikut hati mati, ikut rasa binasa
harapkan pagar, pagar makan padi
Alman masih meminta wang RM50 000 walaupun ayahnya telah memberikannya modal untuk memulakan perniagaan. Sikapnya itu boleh diibaratkan __________.
beri betis hendak paha
hangat-hangat tahi ayam
dada manusia tidak dapat diselami
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
